Sunday, April 17, 2011

X sabar rasanya - Royal Highnes Wedding


salam semua

 & selamat pagi .. huhuhu dah tghari punn .. akak baru dpt online haaa .. settle semua , bfast , kemas2 rumah , membasuh & menyidai kain ... tgk2 kan kerja rumah anak2 .. sambil2 tu akak buka lah blog .... BW kejap2 .. sambil2 buat entry .. ekekkeke banyak tul sambil2 kan :)) tgh ari nie akak x masak dah .. mcm biasa kalau ari minggu ini , akak akan masak nasi lemak membawa ke tghari .. so senang !

ok lah tadi pagi .. adalah tengok preview iklan utk siri dokumentari Perkenalan sehinggalah membawa ke Majlis Perkahwinan Putera William , putera Di raja Britain ini .. amat2 menarik .. memang rasa x sabar nak tgk perkahwinan gilang gemilang ini .. mcm manalahh agaknya kan .. putera william nie handsome orangnya , saling x tumpah wajah mendiang bonda dia Princess Diana .. :)


 putera william dan gadis idaman hatinya .. sungguh bertuah kate ini ... dia bukanlah canik mana punnn .. hahahah ( ayat nak sedapkan ati huhuh )

Untuk mengenali kehidupan monarki Britain dengan lebih dekat lagi, saksikanlah slot istimewa di ntv7 setiap Selasa, bermula 5 April lalu, jam 8.30 hingga 9.30 malam.
Slot bertajuk Special Royal Documentaries ini ke udara di Saluran Ceria Anda. NTV7 turut menjadi penyiar ekslusif Perkahwinan Diraja William dan Kate yang akan ke udara secara langsung pada 29 April nanti.

Ia bermula dengan kisah Prince William and Harry Into The Future yang menemui penonton pada 5 April. Daripada kawalan tentera hinggalah kehidupan sosial, semuanya bagaikan di hujung jari kedua-dua putera muda Britain yang sentiasa mencuri tumpuan ramai ini.



Tiada putera yang lebih terkenal selain mereka berdua. Dokumentari ini mengupas kehidupan peribadi William dan Harry. Seperti kerabat diraja lain, kemasyhuran mereka datang dengan tanggungjawab yang harus dipikul.

Kate: The New Diana? pula akan menyusul pada 12 April, dengan kupasan sama ada Kate Middleton sesuai digelar sebagai pengganti Diana.
Pernah disiarkan di saluran Sky One (saluran hiburan United Kingdom), dokumentari ini mengikuti perjalanan hidup gadis yang sedang bercinta dengan bakal Raja. Rancangan ini menampilkan temu ramah bersama sumber seperti James Hewitt untuk membuktikan bahawa Kate ialah pengganti Diana.

Manakala, Kate Meets William: A Tale of Two Lives yang akan disiarkan pada 19 April mendedahkan perbezaan zaman kanak-kanak antara pasangan diraja popular ini. Dengan gambar, bahan dan sumber seperti rakan rapat, ahli keluarga serta pakar, pelbagai persoalan mengenai mereka bakal dijawab. Antara persoalannya ialah apakah perbezaan antara mereka? Adakah boleh dikatakan mereka bertemu semata-mata atas nama jodoh? Dokumentari ini mengisahkan kehidupan mereka, bagaikan seorang puteri dalam dunia dongeng yang bakal mengahwini putera rajanya.

Pada 26 April pula, William & Kate A Royal Engagement akan disiarkan di mana William, pewaris takhta Britain akan mengahwini Kate Middleton, gadis biasa yang bukan daripada kerabat diraja. Tetapi, apakah yang sebenarnya mengikat tali percintaan mereka? Dari manakah dia berasal dan apakah signifikasi perkahwinan ini terhadap masa depan monarki Britain?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Special Royal Documentaries ini setiap Selasa, bermula 5 April, jam 8.30 malam. Siaran langsung perkahwinan Diraja yang dinanti-nantikan ini pula akan ke udara pada 29 April, jam 3 petang.

 
 moment of Princess Diana & Prince Charles 

Menurut Institut Filem Britain, sebelum ini, sekurang-kurangnya 2.8 bilion penonton televisyen Britain menyaksikan majlis perkahwinan ibu bapa Wiliam, Putera Charles dan Puteri Diana pada 1981.

Sementara majlis pengebumian Puteri Diana pada 1997 di Westminster Abbey, sebuah gereja yang akan digunakan untuk perkahwinan William nanti, dilaporkan ditonton 2.5 bilion orang di seluruh dunia. Dalam pada itu, orang ramai yang ingin menyaksikan upacara perkahwinan William dan Kate Middleton boleh menyaksikan majlis tersebut melalui dua skrin besar di pusat bandar London.

Hanya 1,900 jemputan terdiri daripada keluarga dan rakan terdekat serta diplomat, pegawai asing, tentera dan pekerja kebajikan dijemput menghadiri perkahwinan tersebut di Westminster Abbey. - AP/Reuters
 

Kate Middleton

Catherine Elizabeth Middleton
9 January 1982 ( age 29 )
Berkshire , England
Education : University Of St Andrews
Parents : Michael Francis Middleton
Carole Elizabeth Middleton , nee Goldsmith




*Gereja Westminster Abbey akan menjadi tempat rasmi majlis perkahwinan mereka nanti.. gereja berkenaan juga telah menjadi saksi perkahwinan Puteri Diana dahulu.

* Selesai majlis di gereja pasangan ini nantia kan berarak siap dengan kereta berkuda melalui bangunan parlimen di London sebelum menuju ke Istana Buckingham bagi acara rasmi yang dianjurkan oleh nenek penganti lelaki iaitu Ratu Elizabeth ke 2

* Dan disebelah malam pulak majlis tari menari ala sehati berdansa akan diadakan di Istana yang sama cuma kali ini majlis akan dianjurkan oleh Putera Charles

Kate Middleton yang bakal menjadi isteri seorang Putera waris ke 7 monarki pemerintah Britian nanti akan menguna pakai gelaran yang diberi pada mendiang Puteri Diana suatu ketika dahulu iaitu Her Royal Highness The Princess of Wales.. si Kate nie bukan lah datang dari keluarga yang kolot sangat pun sebab dia memang berasal dari keluarga bangsawan dari afrika.. seorang yang bijak dan berfikiran luas..

 ps : letih betul hari ini .. nak ke tempat tuisyen nina , malas pulak .. ermm tgk lah nanti huhuh , ok ah BW jap .. lepas tuu nak tidur lah .. huhu

20 comments:

  1. betul tu kak.. mesti jadi tumpuan dunia mcm mak dia dulu kan..

    ReplyDelete
  2. teringat pulak kat lady d..

    ReplyDelete
  3. sama2 cantik pasangan ni...

    ReplyDelete
  4. mmg beruntungkan kate ni.. tetiba teringat kat diana tu yg rajin buat amal.

    ReplyDelete
  5. memang... cinta sejati... tak sabar nak tunggu... kita asyik cek astro aja kekalau ada thriller dia ke apa ke

    ReplyDelete
  6. the royal wedding..kisahnya lebih kurang mcm princess diana kan... i likeeeee

    kate mcm old fashion sikit...hu hu

    ReplyDelete
  7. i pon nak tgk dorang~

    :)

    ReplyDelete
  8. tak sabar gak nk tgk kt tv =p

    ReplyDelete
  9. iryani ~ tu lah :) nanti tgk ya

    ReplyDelete
  10. zana ~ aah princess yg dlm hutan tuu duk jauh tapi dpt putera raja .. ekekke .. diana most beutiful & gorgeous :)

    ReplyDelete
  11. cik bidadari ~ tulah .. akak pun duk tgk jugak , rasa x sabar jugak nie :)kate nie memang beruntung

    ReplyDelete
  12. lia ~ aah diana dulu memang rajin buat amal .. cantik dan nampak royal di mata dia kan:)

    ReplyDelete
  13. munna ~ aah sama cantik sama padan :)

    ReplyDelete
  14. farah ~ tulah lady diana jauh cantik dari dia akak rase lah .. ekekke :)

    ReplyDelete
  15. mamahanim ~ aah .. :))

    ReplyDelete
  16. die bertunang 26april time busdayku..ehheheh tk sbr nk tgk wedding die nanti

    ReplyDelete
  17. sy mmg ikuti kt NTV7 tu... kate simple org nye ;)

    ReplyDelete
  18. sy mmg ikuti kt NTV7 tu... kate simple org nye ;)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...