Monday, April 25, 2011

mari kita SEDARkan minda


 salam semua

ok moh baca ini .. lately nie banyak sgt info2 yg sihat utk kita kongsikan bersama .. akak pun dah agak lama x layan makanan2 mcm ini .. serius memang akak ambil berat akan pengambilan makanan segera nie .. sebulan sekali sahaja utk anak2 .. itupun ada sukatan :))

well sesekali menikmati ok .. tapi bila dah jadi kemestian , itu sesuatu yg merbahaya ok ! .. haa bagi sesiapa yg x menjamahnya utk sekian lama .. silakan , nikmati tapi make sure ada hadnya .. sama2 kita jaga kesihatan kita dan keluarga ... 

Penggunaan bahan pengawet dalam makanan segera banyak memberi kesan buruk terhadap kesihatan kita. Makanan segera menggunakan bahan pengawet dalam kuantiti yang tinggi kerana ia diproses dan diawet untuk memastikannya tahan lama. Selain itu, kandungan lemak dalam makanan segera juga lebih tinggi berbanding bahan mentah biasa. Memakan makanan segera dalam kuantiti tidak terkawal akan mendedahkan kita kepada pelbagai jenis penyakit seperti:
 
a) Kerosakan gigi
b) Sembelit
c) Tekanan darah tinggi
d) Pembuluh darah tersumbat
e) Obesiti
f) Kenaikan tahap kolesterol





Jenis makanan: Burger daging (1/2 paun)
Kandungan sebenar: Ia mengandungi 2 auns lemak tulen. Turut membekalkan protein, zat besi, dan vitamin B12. Kandungan serat yang sedikit tetapi banyak bahan penambah kimia.

Jenis makanan: Ayam Goreng
Kandungan Sebenar: Tinggi kandungan lemak (60 peratus kalori diperolehi dari lemak). Kandungan garamnya juga tinggi. Namun ia turut membekalkan protein, niasin, dan vitamin B6. Tepung yang dijadikan bahan salutannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

klik utk baca

Jenis makanan: Susu Kocak
Kandungan sebenar: 5 aun susu dalam 10 aun minuman ini telah bercampur dengan udara dan air. Proses menghasilkan susu kocak memerlukan bahan pekatan kimia, penstabil, dan pengawet. Ia turut mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu kaya dengan kalsium dan protein, tetapi kandungan gula dalam susu kocak adalah sebanyak lapan sudu teh gula bagi bekas bersaiz sederhana.

Jenis makanan: Kentang Goreng

Kandungan sebenar: Seperti yang diketahui ramai, ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Keburukan makanan ini adalah ia mengandungi lemak dan kandungan garam yang tinggi. Warna keemasannya pula disebabkan penggunaan warna tiruan.

Jenis makanan: Minuman Cola
Kandungan sebenar: Kaya dengan kandungan gula (sebuah bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula), pewarna kimia dan kafein. Minuman ini tidak mempunyai sebarang zat. 

sumber : myfoodtech

 SO APA LUNCH UOLS HARI INI ?? KALAU MAKAN NASI , MAKE SURE LEBIHKAN SAYURAN & IKAN , MULAKAN DENGAN BUAH2 AN :))

27 comments:

  1. wo ho ho... aku la org itu ;p

    ReplyDelete
  2. huhu bila sedar akan penyakit mulalah takut nak makan.. tapi bila makannnn tak henagt dunia!! huhu

    ReplyDelete
  3. alamak..bila makan semua hilang kak. bila dah kenyang baru sedar pasal bahaya makanan ni..huhu

    ReplyDelete
  4. Bukan pengemar fast food....

    ReplyDelete
  5. lamanyaa g berkabung...hik2...
    ari ni br ada mood sket nk jenguk kawan2....

    k.ieda...yg merbahaya tu lah yg sodappp....huhu

    ReplyDelete
  6. ieda tu yang sedap.sekarang umur akak dah lanjut sikit, dah berjaga-jaga bab makan ni. nasib baik berger akak tak suka.

    ReplyDelete
  7. wah!.. nampaknya kena kurang kan makan fast food lepas ni...

    ReplyDelete
  8. nice info! fast food ni boleh buat org fat dengan fastnya ehehe

    ReplyDelete
  9. bila tengok menu makan sedap jer tapi bila dah gemuk ke???opsss terkasar lak..berisi & berpenyakit cepat2 cari penawarnya..... mcm angah la kalau dah berisi hehehe nafsu...nafsuuu

    ReplyDelete
  10. nengok best je kan tapi ada kesan sampingannya..kena beringat pasni, makan blh tapi kena kurangkan:)

    ReplyDelete
  11. mslhnye kak, yg x elok mkn tu la yg sedap tu...hishhh

    ReplyDelete
  12. sha as ~ ekkek tulah .. kalau boleh try avoid .. avoid lah :)

    ReplyDelete
  13. hr ni sy lunch spaghetti + mushroom soup + garlic bread and air pepsi..mmg sgt tak sehat! isk isk..=(

    ReplyDelete
  14. gemaishak ~ yes dik .. makan x salah tapi memang kena kurangkn .. nak2 pemakanan skrg nie .. mengerikan huhuhu

    ReplyDelete
  15. yana ~ wah2 .. bila nak belanja akak nie .. sedap tuu garlic bread tuu :))

    ReplyDelete
  16. angah ~ ubat2 skrg pun x menjanjikan sihat dik .. huhu melainkan kita sendiri kena beringat selalu sblm terlambat huhuh
    jarang kalau gemuk tu sihat dik uhuhuh

    ReplyDelete
  17. munna ~ yes dik kurangkan ! :))

    ReplyDelete
  18. CIMNDDC ~ ya kak .. bila dah berumur nie lagi kena jaga ..sbb og dulu boleh idup lama sbb pemakanan mereka x tercemar lagi .. berbanding skrg .. saya pun selalu berjaga2 , amalkan makan maajun buatan sendiri dan minum akar2kayu nie ..
    sedapp kak :))

    ReplyDelete
  19. amal ~ yes dikk !! :)

    ReplyDelete
  20. Gee ~ slow2 kurangkan dik :))

    ReplyDelete
  21. normaliza ~ tulah .. tapi akak selalu beringat mgkin sbb anak2 akak yg sihat semula jadi tuu .. sellau control semua pemakanan mereka .. tu yg dah terbiasa :)

    ReplyDelete
  22. etiey ~ yes .. selalunya bila makan x hinggat .. bila dah tgk info2 mcm nie rasa ralat sgt sbb x jaga .. nak2 bila dah sakit huuh .. dah xder apa yg boleh dikesalkan huhuhu

    ReplyDelete
  23. kak, kalau mekdi mmg saya tak boleh nak tolak...feveret sesgt tu...huhu...

    ReplyDelete
  24. hehe..

    kak, dulu kan ena sangat tak suka makan fast food ni tau.. pastu sokmo rasa nak marah bila huby nak makan.. tp bila dah selalu sangat jadi kesukaan huby.. lama2 ena pun suka gak.. tp tak la makan selalu.. sebulan sekali ada la.. tp huby ena memg addict la ngan mende ni.. risau sangat ngan dier.. huhu..

    ReplyDelete
  25. memang biasanya yg sedap tula yg bawak penyakit
    hehehhe


    kak ieda.. bila nak bagi address ni?
    kat hanie78@yahoo.com. yer

    ReplyDelete
  26. mmmm.. semua tu la yang sedap kak... mmmm...

    ReplyDelete
  27. wah..
    semua tu TK suka makan, kecuali yg last tu, mmg TK x minat..
    tp jarang2 gak, klau slalu sangat pokai gak..
    mkn nasik lauk ikan goreng je hari2..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...