Monday, April 18, 2011

Lor ! dah nak tunang ke ??


salam semua

wahai wanita2 solehah di luar sana .. jejaka ini akan menjadi milik org x lama lagi hhuhuhu ( adehhh awat lak akak yg emo muahhahahah ) .. sila lah doakan yg terbaik buat dia .. dan TAHNIAH buat si pemilik hati jejaka ini ... aduhhhhhh ..


 

Ashraf Muslim Tunang 23 April, Nikah Tahun Ini 

PETALING JAYA: Pelakon Ashraf Muslim, 30, (gambar) menamatkan teka-teki tentang statusnya apabila dia akan bertunang dengan wanita berusia 24 tahun pada 23 April ini di rumah wanita itu di Gombak.

Dia yang menjangkakan akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini, bagaimanapun enggan mendedahkan nama wanita tersebut yang kini sedang menjalani latihan praktikal sebagai doktor perubatan di sebuah hospital di Melaka.

Kata pelakon yang popular menerusi drama Ustaz Amirul itu, dia belum bersedia untuk mendedahkan tentang buah hatinya itu sehingga tiba majlis pertunangannya nanti.
Selepas majlis pertunangan yang dijangka berlangsung pada pukul 11 pagi itu, pada hari yang sama Ashraf turut akan mengadakan majlis perasmian kliniknya iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah di Gombak pada pukul 12 tengah hari.



Klinik tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Menurut pelakon filem Aku Masih Dara ini, klinik itu telah beroperasi sejak 11 tahun lalu dan perasmian ini sempena dengan penukaran nama barunya setelah dia menyertai rakan kongsinya, Lokman Abdul Hamid.

“Kalau mahu mengenali siapa tunang saya, jemputlah ke majlis pertunangan dan klinik saya semasa majlis perasmian nanti. Setelah berbincang, kami memutuskan untuk membuat kedua-dua majlis itu pada hari yang sama.

“Kebetulan, rumah dia dan klinik saya agak berdekatan. Menariknya, stesen TV9 juga akan membuat siaran langsung majlis pertunangan dan perasmian klinik saya pada hari itu,” kata pengamal perubatan Islam yang mendalami bidang tersebut sejak dua tahun lalu.

Bercerita tentang hubungan mereka, Ashraf mengenali wanita itu lebih setahun lalu dan berhasrat menyunting wanita itu pada bulan lalu. “Kami kenal setelah selalu berjumpa di klinik itu dan dia merupakan seorang yang suka merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang dan selesa dengannya.

“Yang penting, saya tertarik dengan hati budinya yang suka merendah diri dan baik hati serta selalu menasihati saya. “Kalau boleh saya tidak mahu bertunang terlalu lama dan jika diizinkan Allah, kami mahu segera nikah pada tahun ini,” ujarnya.

Tambahnya: “Sejak sibuk dengan klinik, saya sudah kurang berlakon dan selepas ini akan lebih berhati-hati memilih cerita dan watak demi mengelak timbulnya fitnah.
“Saya akan mengelak dari adegan berpegang-pegangan tangan atau bersentuhan dengan wanita termasuk semasa sesi fotografi. Jadi, saya tidak akan bergambar berdua-duaan dengan wanita dan berharap semua pihak meghormati keputusan saya.”
Dalam perkembangan lain, Ashraf juga muncul di program Nasi Lemak Kopi O di TV9 pada setiap Jumaat, pukul 8 hingga 10 pagi. Ashraf mengendalikan sebuah slot yang memaparkan tentang cara perubatan Islam.

ps : nak makan laporrrrrrrrrrrrrr .. tapi kena tunggu dulu huwaaaaaaaaaaaaaaaa

30 comments:

  1. dh tunang ye...tahniah le tuk dia.. =)

    salam kenal...=)

    ReplyDelete
  2. ala...dh nk tunang ke...
    huk..huk...
    uishh..ekekekke (ter emo gak..)
    sabor je la...
    selamat berbahagia pada jejaka impian gadis tu..

    ReplyDelete
  3. ramai yg makan ati termasuklah eyqa.. huks! -.-" hihihi...

    ReplyDelete
  4. suka dgn dia ni.... tahniah buat dia... at least takdelah dia pilih pelakon tu..siapa tu sherry ye nama dia

    ReplyDelete
  5. emmm...tahniah tuk dia..

    satu masjid akan dibina

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.....moga terus berkekalan hingga ke jinjang pelamin, lepas tu hingga ke anak cucu..

    ReplyDelete
  7. alamak ustaz amirul dh nk tunang.ade dgr kat radio sirna td pg.untungnye bakal tunang dia tu kan.takpe la...sib ade ustaz amirul kecik kt umah ratu :)

    ReplyDelete
  8. hebat kan ustad amiruL nie..sekali nak btunang ngan DOKTOR tuh..saheh CHANTIKK nieh......

    TAHNIAH ustad AMIRUL....^___^

    ReplyDelete
  9. da nk tunang da die kan...sampai jugak jodoh die kan..moga kekal bahagia ke jinjang pelamin..

    ReplyDelete
  10. wahh dah nak tunang yerrrrr..tahniahhhh

    ReplyDelete
  11. nasib baik saya tak minat dia...takde la rasa melepas...hehehe...

    ReplyDelete
  12. lain mcm je bunyi kak ieda ni...tak kan kecewa kot...hikhikhi...
    Xpe, iqram masih solo ...hehehe

    ReplyDelete
  13. noriz ~ ekekek bukan keciwa .. tapi sedeyyy ahahha .. ikram .. haa sibb baik muhhahhaha

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. dorg kata muka ashraf ni mcm muka adek sy.hehehe

    ReplyDelete
  16. Urm..dh nk kawin pn ustz ni ye..tahniah3..

    ReplyDelete
  17. sape la wanita bertuah tu kan
    suke tgk dia ni

    ReplyDelete
  18. semoga mereka berdua berbahagia hendaknya..

    ReplyDelete
  19. ttiba rsa frust kan akk hehe

    bila lah plak sy nk ikot jjak lgkah dy ni..nk kwen3 hehe

    npa xmkn g kak??kna tggu sapa tu

    latest entry : Doa Agar Dipermudahkan Segala Urusan

    ReplyDelete
  20. congrates untuk dia kakieda.mesti bakal tunang dia tu cantik luaran dan dalaman.

    ReplyDelete
  21. ooooooooooooo..tu je yg mampu reply...psl x minat pn dia..ehehe

    ReplyDelete
  22. Akak rasa siapalah orang yang pertama menangis sebab dia btunang nanti..

    Kalau dah sampai seru...buat apa nak halang kan..

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah..selamat bertunang

    akak da buat sticky post tu ieda..jom terjah..jika apa2 kurang..tulun2 tambah deh..

    ReplyDelete
  24. mesti ramai yg frust..ihiks

    ReplyDelete
  25. huhuhu ustaz nie dah nak tuna.. cam xcaya jerk kan umur die dah 30thn..tp nampak cam dua puluh lebih jerk hhehhe

    ReplyDelete
  26. suka lakonan dia sejak dr dulu lagi.. semoga jodohnya berkekalan

    ReplyDelete
  27. Alala sweetnya.semoga berkekalan jodoh.

    ReplyDelete
  28. eloklah yang wajib disegerakan. tunang lama-lama banyak dugaan.

    ReplyDelete
  29. tuelah pasal,
    wanie pun dpt tahu dr blogger lain,
    apapun selamat bakal menempuhi alam pertunangan buat ustaz amirul,
    hihihihihi

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...