Tuesday, April 12, 2011

lagi tragedi


 salam semua

pagi2 nie akak ada baca berita pasal heli terhempas di Sibu , dah lama kita x dengar berita mcm nie kan .. bukan nak dgr , tapi rasa dah lama lahh kan tragedi mcm nie x berlaku .. risau kalau selepas ini akan terjadi lagi tragedi yg sama .. perkara2 mcm nie selalunya seperti bermusim .. bila dah lama x ada .. akan ada .. lepas tu bila dah ada tuu bersilih ganti .. 

harap2 ia x betul kan .. dan paling sedih juruterbang dia yg kritikal semalam .. akhirnya meninggal dunia .. alfatihah buat arwah ..:(


 
Sebuah helikopter terhempas setelah menurunkan tiga penumpang termasuk Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pelajaran Hafiz Abdul Halim, di Dataran Sibu pada jam 1.40 tengah hari, Isnin. Manakala Juruterbang helikopter itu dikejarkan ke Hospital Sibu dan keadaanya masih tidak diketahui. - Foto BERNAMA 

Juruterbang Helikopter Terhempas Meninggal Dunia

SIBU: Juruterbang Kapten Sahimi Razali, yang cedera parah setelah helikopter yang dipandunya terhempas tengah hari tadi, meninggal dunia pada 8.30 malam Isnin di Hospital Sibu.



Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Shafie Ismail berkata, jenazah Sahimi, 38, akan diuruskan keluarganya yang akan datang ke Sibu dari Kuala Lumpur malam ini. Sahimi cedera parah apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu di sini pada pukul 1.50 tengah hari setelah menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pelajaran Hafiz Abdul Halim.

Beliau yang mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus digegaskan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM). Shafie berkata, helikopter yang baru tiba dari Bintangor, Sarikei merupakan sebuah daripada tiga buah helikopter, yang membawa rombongan Muhyiddin melakukan tinjauan di sana.

Beliau berkata, sebaik sahaja menurunkan semua penumpang, helikopter berkenaan mahu meneruskan penerbangan ke Lapangan Terbang Sibu.
"Tiba-tiba helikopter yang berada pada ketinggian kira-kira tiga meter itu dipercayai hilang kawalan dan terhuyung-hayang sebelum jatuh," katanya kepada pemberita di sini. Shafie berkata, juruterbang yang bersendirian dalam helikopter itu, tersepit sebelum orang ramai membantu untuk mengeluarkannya.

"Empat orang awam menarik juruterbang keluar dari pesawat. Mangsa telah digegaskan ke Hospital Sibu oleh pasukan JPAM," katanya.  '"punca kejadian masih disiasat. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menghantar sebuah pasukan untuk membuat siasatan esok," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman melawat Sahimi yang menjalani pembedahan di Hospital Sibu kira-kira pukul 4 petang.
Muhyiddin yang menghabiskan kira-kira 15 minit di luar dewan pembedahan telah menyaksikan proses pembedahan yang dijalankan.

"Saya rasa dukacita dengan kemalangan yang berlaku ke atas Kapten Sahimi. Saya telah menyaksikan pembedahan yang sedang dilakukan.

petikan : MStar

ps : pagi ini akak ada meeting lagi ... meeting utk FIESTA PENDAFTARAN UCSA di kuantan prade pada 16 & 17hb nie .. insyallah kalau sempat akak BW ya :) dah bfast lum semua nie .. kalau belum , jgn lupa bfast ok :)



18 comments:

  1. innalillah... moga rohnya ditempat dalam kalangan org beriman. amin

    ReplyDelete
  2. al fatihah.. sedih dgr brita ni kat radio pg td

    ReplyDelete
  3. Innalillah...
    Al-Fatihah untuk arwah...

    ReplyDelete
  4. takut kan kak...dah la sya nak ke perth minggu depan ni..seram je rasa...

    ReplyDelete
  5. allahuakbar..kesiannya..takziah utk family pemandu heli tu..

    ReplyDelete
  6. ya alh..kesiaannya...takziah..

    ReplyDelete
  7. dah b/fast dah..hehehe..
    ciannye kat mangsa2 tu..doakan yang terbaik tok mereka, amin..

    ReplyDelete
  8. emmm... xtahu lah nk cakap apa.. ajal dimana2

    ReplyDelete
  9. Innalillah...al fatihah buat arwah....

    ReplyDelete
  10. Alfatihah..
    & salam takziah tuk kuarga arwah..

    ReplyDelete
  11. al-fatihah buat juruterbang tersebut

    ReplyDelete
  12. norisz ~ nak ke perth .. hati2lah .. semoga semua selamat dik .. atas urusan kerja ya ?? atau holiday .. sama2 berdoa

    nak FM ! ekekkeek :))

    ReplyDelete
  13. al-fatihah...dariNYA kita datang...kepadaNYA kita kembali..

    ReplyDelete
  14. semua ~ sama2 kita doakan .. dan ajal maut semua di tangan allah .. berdoa sahaja ok :)

    ReplyDelete
  15. alfatihah tuk arwah..

    moga die ditempatkan di kalangan yg beriman..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...