Wednesday, April 6, 2011

Kewibawaan Seseorang Yg Kita Pertikaikan


 salam semua
selamat pagi .. hari nie bukak berita belek sana belek sini .. ada berita best yg nak kan pandangan uols .. 

pada akak lah memang sedih dgn berita kematian pelajar tahun 1 itu .. mangsa masih kecil dan x tahu apa2 .. walau mangsa yg dikatakan amat2 nakal .. tapi kita sebagai manusia x ada hak nak memperlakukan mangsa sebegitu rupa .. perlaku dianggap seperti syaitan yg x de perasaan ! ... hakikatnya mangsa sudah pergi meninggalkan kita dengan tenang .. doakan semoga rohnya dicucuri rahmat .. 

dan disini bukan "parti" yg kita patut persalahkan , tetapi perilaku seseorang itu yg perlu kita selidik dan kaji sedalam2nya sebelum menerimanya .. dan akak percaya kalau dia dari "parti" mana2 punn sikap seseorang itu kita x boleh nak jangka .. pengajaran kepada kita , kerana perbuatan seseorang itu sama ada baik atau jahat bukan diukur dari "parti" manakah dia .. 

kita perlu lakukan sesuatu agar imej warga pendidik tidak akan tercemar lagi .. dan akak rasa semua sudah paham dan maklum , bukan semua pendidik bersikap begitu .. hanya segelintir sahaja .. dan kerana segelintir inilah .. yg membuatkan kita sentiasa berjaga2 .. kerana bahaya dan ancaman ada dimana2 .. wallahualammm 




PAS Mohon Maaf Atas Kematian Murid 7 Tahun

KANGAR: PAS Perlis memohon maaf kepada rakyat Malaysia berhubung kematian seorang pelajar berusia tujuh tahun dua hari lepas yang dikaitkan dengan tindakan hukuman seorang ustaz yang berlaku di Sekolah Rendah Islam Al Furqan kelolaan parti itu di Jejawi dekat sini.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin berkata, pihaknya juga memohon maaf kepada para guru berhubung peristiwa yang telah mencalar imej dan persepsi umum terhadap warga pendidik.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Ahad selepas dipercayai dipukul seorang ustaz yang juga warden asrama sekolah itu pada Khamis ketika menyiasat kes kecurian.

"Kejadian ini sesuatu yang amat memeranjatkan setelah lebih 25 tahun mengelola institusi pendidikan milik parti," katanya selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis di sini Selasa.

Hashim, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sanglang menambah, PAS Perlis berharap proses siasatan dan perbicaraan dilaksana secara rapi dan mendalam bagi menegakkan keadilan kepada semua pihak terbabit.

Pengerusi Lembaga Tadbir sekolah itu, Rus'sele Eizan pula berkata, pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan semua institusi pendidikan milik parti itu beroperasi dalam suasana pembelajaran yang selamat dan lancar.

Dalam pada itu, Ketua Umno Bahagian Arau Datuk Seri Shahidan Kassim berharap sekolah agama rakyat seperti itu melantik hanya guru-guru bertauliah bagi mengelak kejadian seumpama itu daripada berulang.

"Setiap guru yang dilantik perlu melalui proses latihan perguruan meskipun mereka memiliki kelayakan akademik yang tinggi," katanya.



21 comments:

  1. betul..bunag pun sedih..sebab pendidik adalah cita2 bunga..

    ReplyDelete
  2. yer lerrr...biler sampai tahap melibatkan kematian nie...susah nak ckp...manusia kalau dah di pengaruhi oleh bisikan syaitan....sehingga x terkawal emosi...mcm nie ler...semoga allah berikan pengampunan kepadanya

    ReplyDelete
  3. memang sedih dgn news tu..takkan la tak ingat dunia pukul anak org....harap cikgu tu dpt hukuman yg setimpal...

    ReplyDelete
  4. dh la nama cikgu..tgamak nya sampai buat mcm tu..ape lah..

    ReplyDelete
  5. alfatihah...
    musti guru tuh dibayangi kelak kan?

    ReplyDelete
  6. budak perlu dididik kan kak.. walaupun kadangkala anak didik amat mencabar kesabaran, tapi pendidik sejati takkan ambik jalan singkat mcm kes nie kan...

    pendidik pekerjaan yang mulia, mudah mudahan kes nie boleh jadi iktibar buat semua..

    alfatihah untuk arwah.. damailah disana hendaknya

    ReplyDelete
  7. sedih kan bila dapat tau pasal berita tue....besar sungguh kesalahan budak tue...sampai ajal yang dia terima kesan dari kesalahan dia..huhuhu cikgu....ntah la...satu peranan yang sangat besar..tapi...sebaliknya yang berlaku...sedih...

    ReplyDelete
  8. mmg kuwang hajar, lelaki tu. kalo akak, akak takkan ampun dia. rasa keciwa sgt dengan cara dia tu

    ReplyDelete
  9. tetiba terkenang guru2 masa sekolah rendah dulu, tegas tapi baik..ajaran kekal di ingatan hingga sekarang..

    pentingnya sifat SABAR terutama untuk seorang guru.

    ReplyDelete
  10. errmmm.. setuju:-)
    sbb perilaku seseorg dari diri masing2.. xde kaitan dgn mana2 parti politik sekali pon...

    ReplyDelete
  11. mesti tak tenang hati cikgu tu ...tu laa mase amik tindakan tak pikir pakai otak...main belasah budak kecik tu sampai camtu sekali.....

    takut kan kak dgn kes2 mcm nie....

    ReplyDelete
  12. ye betul
    perangai orang takde kena mengena dgn parti
    kalo parti biru, tapi perangai teramatlah sekular sampai cara hidup dah mcm orang takde agama, 2x5 aje tu

    ReplyDelete
  13. mmg munna hangin betul bila tgk berita pasal arwah ... semoga tenang arwah di sana... itulah bila manusia dah tak mampu mengawal perasaan amarah lagi...

    ReplyDelete
  14. lieya & munna ~ memang risau kan anak2 skrg nie .. x semetinya di sek agama sahaja .. dimana2 sek pun sama .. harap2 perkara mcm nie x berlaku pada sesiapa specially anak2 kecil yg x tahu apa2 .. huhu

    ReplyDelete
  15. Sedih + Marah bila baca berita tu...namun yg pasti sikecil telah pon pergi..Yg guru muda pasti akan terima hukuman..Apa yg sebenarnya terjadi hanya ALlah yg mengetahui..semoga roh sikecil aman dan bahagia disana..bagi guru muda pula..bersedialah menerima apa saja ketentuan Allah nnt...

    ReplyDelete
  16. mcm2 rasa ada kak bila baca kes tu..

    mudah2an jadi pengajaran buat cikgu tu.. dan semua..

    ReplyDelete
  17. ena ~ ya dikk akak harap2 sgt mcm tu ..

    eye nee ~ ya betul tuu .. kita sama2 doakan si kecil ini dilimpahkan rahmat selama2nya .. dengar cerita dia anak yatim .. huhuh

    h4N3 ~ tulah memang x der kena mengena dengan parti kan .. sikap manusia memang mcm2 jenis .. yg pati minta dijauhkan dari yg jahat tuu huhuhu

    ReplyDelete
  18. org kalu otak letak kt lutu mmg camtu la..bukan parti mane pun sebenarnya, tpi sikap org tu..patut die kena bijak kawal marah die..lagi pulak status die tu..memalukan jek..

    ReplyDelete
  19. sudah diberitahu sabar itu separuh dari iman. bila hilang sabar byk benda boleh terjadi. salah satunya hilang pertimbanagn diri.

    ReplyDelete
  20. budak2 sedang tu mmg tengah nakal. Tp nak wat mcm mana..guru tu pun tak terkawal perasaan dia masa tu.
    Mgkn niat nak pukul pelan jer..tp...ntah laa..apa2 pun..semuanya sudah qada dan qadar.

    ReplyDelete
  21. tuhla kan..cpt sgt nak tding jari salahkan pihak lain..hurm patutnye masing2 tingkatkan lagi tahap seorang poendidik tu supaya kes sama tak berulang bukan bising nak marah org tu marah org ni..no point la...politik malaysia masih di takuk lama...haih

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...