Tuesday, April 5, 2011

Kasihan Jimmy


 salam semua

dan selamat pagi ... dah makan belum nie .. haaa make sure amik bfast tau .. kalau tidak akak x nak kawan ! ekekek .. akak .. ermm akak shake pagi2 nie .. :) oh ya bila belek2 berita pagi2 nie terbaca kisah jimmy nie .. kasihan pulak .. dia sedaya upaya nak pertahankan perkahwinan dia dan isteri demi anak yg bakal lahir .. 

dan yg akak pelik .. si isteri dia nie x tahu dan sedar ke yg U dah mengandung , x kasihankah kepada bayi yg akan lahir itu ... huhuhu kalau dilihat samalah kes dengan Anne Ngasri kan !
 

 

SHAH ALAM: Pengacara Jimmy Shanley, berkata isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy pernah melahirkan hasrat untuk bercerai pada pertemuan terakhir mereka di luar rumah keluarga mentuanya di Sungai Buloh, dekat sini, November tahun lalu.
Bagaimanapun, katanya, dia tidak mengikut kemahuan isterinya dan sejak itu mereka terputus hubungan sehinggalah Nursuhaila hadir di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam. “Selepas itu terus tiada hubungan. Panggilan telefon tidak berjawab. Mesej tidak berbalas. Jumpa pun tak mahu.

“(Nursuhaila) pergi umrah pun tidak meminta izin saya atau memohon maaf. Saya kata pada dia solat itu wajib, mentaati suami itu wajib. Pergi umrah itu sunat.
“Kalau dahulukan perkara sunat. Susahlah,” katanya selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini menangguhkan sebutan semula kes perintah kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya pada 25 Mei depan. Jimmy, 31, atau nama sebenarnya Jimmy Norjahan Salleh memfailkan perintah kembali taat diikuti permohonan nusyuz terhadap Nursuhaila, 25, di mahkamah sama, masing-masing pada 3 dan 27 Januari lalu.

Pengacara Akademi Fantasia ke-8 itu dan isterinya tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010 atau hanya 20 hari selepas mereka bernikah di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.

Nursuhaila yang juga anak jutawan produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim, kini dilaporkan hamil enam bulan dan tinggal di rumah keluarganya.
Jimmy berkata, dia sanggup mengenepikan ego dan perasaan malu dengan memfailkan permohonan itu dalam usaha menyelamatkan rumah tangganya.

Pengendali program Itu Dia di Astro Ria berkata, dia tidak mahu mengakhiri mahligai perkahwinan mereka dengan perpisahan kerana ia hanya akan memperjudikan masa depan anak yang bakal dilahirkan.

" dimana perginya pertimbangan kita sebagai seorang isteri dan ibu .. jika suami dah beria nak menyelamatkan hubungan .. berilah dia peluang walau seribu kali .. kerana yg pahit itu bila kita merasa hempedunya "


ps : semoga ada jalan penyelesaian dan sedih kerana mereka baru sahaja kawin .. kenapa sebelum kawin x fikir nak bercerai dulu .. huhuhu geram akak memikirkan anak yg bakal lahir .. selalulah anak2 menjadi mangsa .. :(

38 comments:

  1. kesian suami tu...

    isk tak patut gak dia kene camtu..
    sian dia

    ReplyDelete
  2. kita doakan yg terbaik buat jimmy dan isterinya..

    ReplyDelete
  3. hurmm...mmg sedih...anyway sy first time komen kat blog akak ni tau....

    ReplyDelete
  4. Keciankan jimmy ni...dia nampak btl2 sayang isteri dia ni...

    ReplyDelete
  5. masya Allah..pegi umrah tnpa izin dan permohonan maaf dr suami..smga Allah menunjukkan kebenaran pd isteri dia utk kembali ke jln yg benar dan diredhai..

    ReplyDelete
  6. sekurang2nya N dah sampai anak ke 3. ni cuma 20 hari.. kengkadang tak faham..

    ReplyDelete
  7. hermm..knp la tak nak terima? laki nak mengalah mcm tu..

    ReplyDelete
  8. semoga Jimmy dapat yg trbaik dlm hidup dia...

    ReplyDelete
  9. kesian jimmy....mak mertuapun...bagi support moral kat anak....haissshh

    ReplyDelete
  10. biasalah kak..lelagi pompuan tu dtg dr family kaya.takde laki pun takpe pd dorang.small matter.maybe dorang lom terkena pape musibah tu yg takde kesedaran lg tu...

    ReplyDelete
  11. ratu ~ tu lah dikk .. yg akak rasalah kan agaknya isteri dia nie dah ada lelaki lain kuut .. sampai x nak beri peluang langsung .. sedangkan mereka baru sahaja berkahwin ... huhuhu

    ReplyDelete
  12. minta dijauhkan perkara2 mcm nie dr kita semua..amin...
    sian Jimmy, sanggup tepikan ego demi anak..tapi isteri?

    ReplyDelete
  13. akak saye pelik lah dgn bini dye tu.knp eh.kawen 20hari je kot.then dh duk berasingan.ntah la.ke jimmy tu jd paksanggup je.haih jahat plak mulut pg2 ni.tp geram kt bini dye tu.

    ReplyDelete
  14. masa awal2 kenal dulu, wife dia yg minat giler dgn jimmy tu...skang jdi cam ni lak...iskhhh...semoga alllah berkati hidup mereka...

    ReplyDelete
  15. tgk jimmy berusaha nak selamatkan perkahwinan dia..haaiii si isteri itu seperti tidak bersyukur je..
    semoga segala2nya dipermudahkan untuk mereka berdua..amin..

    ReplyDelete
  16. kesian kat jimmy. dia sebolehnya nak pertahankan umhtangga. tak taula knp isteri dia betul2 keras hati.

    harap jodoh mereka masih panjang dan moga hati isteri dia kembali terbuka utk jimmy demi anak yg bakal dilahirkan

    ReplyDelete
  17. mgm kesian..
    jimmy siap bli brg2 baby
    sedih tengok
    semoga ada jalan penyelsaian utk diorg ni

    ReplyDelete
  18. susah nak cakap kan kak, kita tak tau masalah diorang..harap ada jalan yg terbaik utk kedua2 pihak.

    ReplyDelete
  19. alahai.. apa kes la dorang tu...
    kesian plak, dpt somi mcm tu pn ttp nk cerai..
    tp tataw la plak kes sebenar dorang, 20 hari aje kawen & sah lakibini.. huhuhu

    ReplyDelete
  20. semoga ader jln penyelesaian buat mereka...

    ReplyDelete
  21. mintak2lah hubungan mereka ni akan terjalin semula.kesian baby tu.:-(

    ReplyDelete
  22. akak xnak kwan dgn kiter gak ka??

    xsmpat bfast la..klas direct smpai ptg sob3..sdey x?hehe

    latest entry : Kawen Sebelum atau Selepas Belajar???

    ReplyDelete
  23. sedihnya kak ieda...kesian jimmy...

    ReplyDelete
  24. semoga rumahtangga mereka selamat..amin..

    ReplyDelete
  25. hmm..
    kenapa dia kahwin on the first place?
    thats the only thing i'm curious to know.

    ReplyDelete
  26. siannye kt jimmy...

    arap die byk bersabar la..

    ReplyDelete
  27. nape ye die x nak blk kt jimmy... klu masalah kecik.. hrap leh selesai kn la.. kan.. rugi je rasa

    ReplyDelete
  28. KASIHANI Jimmy.......ujian yg berat di awal perkahiwinan.....

    mementanglaa kaya takyahlaaaa SESUKA hatI nak men perasaan org kan.....=(

    ReplyDelete
  29. kenape jd smpi camni xde sape yg tau kan..semoga dibukakan pintu hati masing2 , moga pjg lg jodoh mereka

    ReplyDelete
  30. semua ~ kita doakan yg terbaik buat jimmy .. pelik sgt sbb dah jimmy mengalah , dia masih x nak .. ada mcm x kena disitu .. pelik pun ada .. kita nie kalau dah suami mohon maaf .. kita maafkan lah .. kerana title "jan" tu minta dijauhkan kan huhuhuh

    ReplyDelete
  31. mukanya dah nampak sgt kesian.. hehhe

    ReplyDelete
  32. besar sgt ke salah jimmy ye kak sampai isterinya berpatah arang? huhu...

    ReplyDelete
  33. Terkadang sgt org berfikir baru buat ...selalunya org akan buat baru fikir..

    ReplyDelete
  34. Kesian sangat kat dia , nampak sangat dia betul2 nak berbaik dan pulihkan keadaan. Mane la letak fikiran isteri dia sehingga sanggup ketepikan suami..dunia kalau di kaburi dengan kemewahan jadi amcam nie la

    ReplyDelete
  35. 20 hariiii?????siannya....hope semuanya berakhir dgn benda2 yg baik...

    ReplyDelete
  36. dia kawen sbb nak get preknen jer kot? taknak suami? hehehe.. pepandai jer propa

    ReplyDelete
  37. tak ramai lelaki ak pertahankan perkahwinan kalau isteri dh tk mahu. tp yg ni lain sikit. utk apa la isteri tu pergi umrah sebenarnya. org sekarang ni kadang2 ada yg buat umrah dan haji sekadar utk suka2..tunjuk2 alim atau kononnya nak bertaubat minta petunjuk itu ini. tapi hasilnya takde perubahan dlm diri atau perbuatan mereka.

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...