Tuesday, April 19, 2011

Jika benar , kita SOKONG


salam semua

 geram bila baca berita pagi ini .. haaa memang akak setuju sgt2 .. x tahulah uolskan .. perkara mcm nie , memang mengaibkan .. x kira kalau individu itu berpengaruh @ org biasa , kita tiada hak untuk memalukan org .. betul tak ?? kalau betullah tindakan akan diambil , alhamdulillah sekurang2nya menjadi pengajaran kepada kita semua .. tapi jika disebaliknya .. uhuhuhu fikirlah sendiri .. akak rasa semuanya hanya utk mengkaburi mata masyarakat , cakap nak kenakan tindakan , tapi SEBALIKnya .. huhuu
 

Trio Datuk T Mungkin Dikenakan Tindakan Tayang Video Seks - Acryl 

KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan akan bertindak ke atas trio Datuk T kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks melibatkan pelaku yang dikatakan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kemungkinan itu wujud berikutan siasatan mengikut Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah itu menjurus kepada mereka, pihak yang menayangkan video. Beliau berkata kertas siasatan kes itu dijangka dihantar ke Pejabat Peguam Negara Khamis ini.

"Ada kemungkinan mereka akan didakwa mengikut Sekyen 292 itu kerana ia menjurus kepada mereka, pihak penayang."
"Namun bukan polis yang menentukan keputusan itu sebaliknya pejabat Peguam Negara. Kami akan adakan sidang akhbar nanti bila segalanya selesai," katanya ketika dihubungi BERNAMA di sini pada Isnin.


Ketika ditanya mengenai perkembangan kertas siasatan, beliau berkata masih terdapat dua lagi perkara yang perlu dikemaskini dan dilengkapkan dalam siasatan itu, sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan.

"Kalau boleh bagi pihak kita seawalnya hantar (kertas) itu pada Khamis ini... sementara itu kami tunggu respons daripada pihak yang menyediakan dua perkara itu.
"Dua perkara ini tidak boleh didedahkan dahulu ketika ini kerana ia lebih kepada pendakwaan dan menganggu tugas pejabat Peguam Negara," katanya.
Ditanya mengenai sama ada polis mempunyai kuasa untuk menahan pelaku dalam video seks itu, Acryl berkata: "Kami (polis) tiada peruntukan undang-undang untuk menahan mereka dan mengambil keterangan.

"Kita kena rujuk kepada pejabat Peguam Negara untuk sebarang penelitian dan semakan. Mungkin mereka ada peruntukan undang-undang terhadap si pelaku," katanya.

Pada 21 Mac lepas, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai "Datuk T" di Carcosa Seri Negara.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.

ps : yg salah tetap salah .. kalau disembunyikan lagi kesalahan itu , x tahulah apa nak jadi dengan institusi undang2 negara kita .. 


30 comments:

  1. kalau betul...setuju dgn tindakan tue...memalukan org je...

    ReplyDelete
  2. jangan hanya kata "nak Ambil tindakan"...lps tu mereka lepas..tiada bukti kukuh utk mengaitkan....seperti kes bombastik altantik...mastermind lepas...kambing itam yg kene sembelih...aduhaiiii...

    ReplyDelete
  3. alah gmbar-gmbur aje tuuu...politik mmg kotor!

    ReplyDelete
  4. betul tue...akhirnya terjawab gakk kan.... siapa???

    ReplyDelete
  5. x kesahla video tu betul atau x, tp sepatutnya video tu x diedarkan pd public...sbb bnda ni mengaibkan n sgt sulit..

    ReplyDelete
  6. membuka keaiban orang utk kepentingan diri sendiri.. tak baik tu..

    ReplyDelete
  7. kotor sgt la dunia politik skang ni kan kak..

    dilla pun sampai tak tau mane yg btul mane yg tidak..kejap kate org ni baik, kejap kate org nih jahat...hmmm..ape nk jadi la...

    ReplyDelete
  8. yeah..sewajarnya mrk didakwa..mrk telah melalkukan jenayah terancang...

    ReplyDelete
  9. no koment...
    apa yg pasti org yang ada akal
    tau fikir
    yg mana betol mana tidak kan?

    ReplyDelete
  10. hmmmmm xbrani nak komen lelebey kan...

    ReplyDelete
  11. munna mmg sokong sangat tindakan tu... baru diaorg tahu

    ReplyDelete
  12. harap yg salah tu dihukum lah dengan hukuman yg sepatutnya.

    ReplyDelete
  13. dah besar panjang pun masih tak tahu nak fikir mana yang betul, mana yang salah..ish..ish..sumenya terpengaruh dgn kuasa & wang..

    ReplyDelete
  14. zura ~ ha tahu x per dik geram kan .. huhuh

    ReplyDelete
  15. eye nee ~ tulah biasanya berita mcm nie nak tutup mulut masyrakat je .. lepas nie diamlah kan .. tu je tujuan mereka .. ingat rakyat bodo .. herghh :(

    ReplyDelete
  16. SS Lady ~ tulah sokong .. politik skrg memang KOTOR !

    ReplyDelete
  17. angah ~ ermm entah akak x tahu layie .. sbb video tu sahih cuma pelakon dia x konperm .. :(

    ReplyDelete
  18. mmg no komenla kalau bab2 politik ni sbb org politik smenya tak betul...sme jaga kepentingan masing2...

    ReplyDelete
  19. sha as ~ yes dik setuju , walau dalam apa jua keadaan kita x leh nak aibkan org .. bila bangsa lain tgk , dia ketwakan kita tau sbb tgk sesama bangsa boleh terang2 nak jatuhkan bangsa sendiri .. sedih dik :(

    ReplyDelete
  20. h4N3 ~ haa tahu x per .. akak geram jugak nie :)

    ReplyDelete
  21. dilla ~ ya dik .. politik skrg semua pentingkan diri .. konon rakyat didahulukan .. erghhh cakap je ! .. haa kan dah emo akak nie .. huhuhu

    ReplyDelete
  22. manusia pembohong, pengkhianat, pemfitnah dan pembunuh tak layak jadi pemimpin sebenarnya. sibuk nak betulkan org lain sedangkan diri sendiri pun jalan senget sebelah.

    ReplyDelete
  23. Cakap jer nak ambil tindakan.. depan masyarakat iyer2 jer tapi di sebaliknyaa.. hampeh.. senyap jerk gitu..

    Fitnah nak menjatuhkan org nie.. ish..tak tau laa nak kata apa lagik..

    ReplyDelete
  24. ratu ~ tu akak akui dik .. kita try amik yg baik2 jer .. tapi skrg nie ada yg baik ker ?? kalau baik itu ada kepentingan kan huhuhu

    ciannn kat kite rakyat jelata nie huhuhu

    ReplyDelete
  25. shahromnasrudin ~ ya sokong2 hukum tetap hukum .. salah tetap salah !

    ReplyDelete
  26. nana ~ yes dik .. setuju !

    ReplyDelete
  27. eida ~ komen yg membina ok dik .. berani kerana benar .. aperlahh bonda amani nie .. kisx3 kanngggg :))

    ReplyDelete
  28. alida ~ ye .. diri sendiri berani buat nak tuduh2 org lak kan .. mencik akak .. uhuhu

    ReplyDelete
  29. rinna ~ ya rinna .. aku setuju apa yg ko cakap , peliknya masih ramai yg x paham dan masih sokong huhuh sedih2

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...