Tuesday, April 12, 2011

alangkah manisnya bila kita mendapat NURnya


salam semua

alhamdulillah , semua kata2nya menyentuh jiwa .. semoga kita mendapat pengajaran dan sekurang2nya kita dapat membuka minda dan menjadi yg terbaik disisi allah .. memandangkan dunia skrg terlalu banyak daif nya .. suka utk akak share kan kata2 manis dan pujian dari peminat2 asyraf sendiri ..
akak sungguh2 teruja :)





Cerita Tentang Ashraf Muslim – Email Daripada Pembaca BeautifulNara

assalamualaikum Abang Nara. apa khabar? semoga semua bagus2 Insya Allah.
Saya teringin nak berkongsi tentang Ashraf Muslim. Dia jadi cover untuk Majalah i terbitan Karangkraf. Bercerita tentang kehidupannya dan bagaimana hidayah Allah menyapa, dan cabaran-cabaran yang dia telah dan sedang hadapi untuk mengekalkan hidayah yang Allah telah tumbuhkan dalam jiwanya.

Katanya, dia mula berubah sejak dia mula merenung diri dan melihat betapa banyaknya dosa yang dia telah lakukan. Hidupnya yang penuh gaya tidak menjanjikan ketenangan, malahan membuatkan dia terperangkap antara ketenangan, kemewahan dan kepuasan, tetapi dia tidak mahu mengaku kalah dengan kecamuk jiwanya, lalu dia bangkit cuba mencari jawapan kepada setiap persoalan yang mengganggu jiwa. Dia mula menyusuh langkah untuk menjadi manusia yang lebih baik walaupun dugaan cukup banyak.

Dia berfikir, adakah setakat solat telah cukup untuk menjadikannya sebagai muslim yang baik sedangkan dia bukanlah seorang individu yang gemar meninggalkan solat sebelumnya? Persoalan jiwa ini, dia tanyakan kepada kenalannya yang dianggap sebagai saudara, Hj Lokman yang membuka Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, dan jawapan yang diberikan mudah sahaja, tetapi sangat menyentuh.


“Dekatkanlah diri dengan Allah,”. 

Manusia banyak sekali dosanya yang wajib bertaubat bersungguh-sungguh. Dan salah satu jalannya, dia dinasihatkan supaya menunaikan umrah, dan carilah umrah yang mabrur, beribadah seikhlasnya, dan betulkan niat. Ashraf mengambil masa setahun untuk menyediakan diri ke Makkah. Dia mendekatkan diri kepada Allah, solat taubat dan meninggalkan perkara yang ditegah.Namun katanya, pada waktu itu dia masih berlakon, dan dia merasakan ada percanggahan dalam dirinya. Kerana dia masih harus melakukan adegan-adegan yang tak sepatutnya seperti memegang tangan bukan muhrim dan lain-lain lagi. Dia juga mengalami masalah kewangan untuk mempersiapkan diri ke tanah suci dan seluruh kerisauannya diadukan kepada Allah, dan dia mendapat tawaran lakonan dengan bayaran yang sangat tinggi berbeza nilainya dengan sebelum-sebelum ini.

Di Makkah dia melakukan ibadah sesungguh hati, bersyukur dengan segala yang Allah kurniakan dan selalu memohon semoga Allah tidak mencabut hidayah yang telah diberikan kepada dirinya. Dia juga katanya, semakin menyedari keindahan islam, serta sangat bersyukur kerana diberikan perasaan sangat mencintai al-Quran yang membuatkan kefahamannya mengenai islam semakin mendalam dan keyakinan juga semakin bertambah.

Ashraf juga bercerita mengenai ujian-ujian yang perlu dia hadapi dalam mengharungi perubahan. Terutama sekali dalam kariernya sebagai seorang pelakon. Di Makkah dia memohon kepada Allah semoga hatinya dikuatkan untuk berubah, dan diberikan tawaran watak yang sesuai dengan pendirian barunya. Sekembalinya dari Makkah, dia mendapat banyak tawaran termasuklah watak-watak yang diidamkan sebelum ini, namun pada masa itu masih terdapat percanggahan konflik dalam dirinya, antara tuntutan dan komitmennya dengan kehendak diri sendiri. Malah dalam siri Ustaz Amirul pun, dia mengakui masih banyak perkara yang tidak selari dengan kehendak dirinya sendiri. Dia berdepan dengan dilema antara melakukan kehendak orang lain atau berpegang teguh dengan pendirian diri.

Demi menghormati komitmen dan tuntutannya terhadap agama, Ashraf mengambil keputusan untuk berhenti seketika dari bidang lakonan, dan menggunakan masa rehat ini untuk memperkasakan dirinya, agar jiwa menjadi lebih kuat sebelum bersedia berlakon semula dengan cara yang lebih baik.

Buat masa sekarang, Ashraf menekuni bidang perubatan berasaskan al-Quran, dan ini boleh digunakan sebagai salah satu cabang dakwah. Mudah-mudahan dengan menggunakan al-Quran sebagai salah satu rawatan, orang akan lebih mencintai al-Quran, dan mendorong mereka yang selama ini jauh daripada agama lebih dekat dengan al-Quran. Dia juga bersama Hj Lokman telah menubuhkan rumah khas untuk anak yatim, di samping merancang untuk menubuhkan sebuah pusat penyelidikan dan rawatan untuk pesakit kanser, serta menubuhkan rumah kebajikan untuk orang-orang tua beragama islam. Malah mereka juga bekerjasama dengan sebuah agensi menawarkan pakej umrah dan rawatan di tanah suci.

Saya tertarik dengan harapan Ashraf di akhir artikel tersebut. Katanya :

“Saya berharap suatu hari nanti industri perfileman kita akan berubah. Dengan menggunakan teknik-teknik tertentu dan beberapa idea lain, mungkin adegan-adegan di tempat tidur dan rogol misalnya dapat dihindarkan. Walaupun kita tidak menunjukkan secara detail, tetapi dengan kepakaran yang kita ada, mesej yang ingin disampaikan kepada penonton sampai, tanpa perlu mengheret pelakon melakukan hal-hal yang tidak selari dengan kehendak agama.”


apa lagi yg perlu kita katakan lagi .. renung2kanlah utk kebaikan kita bersama .. 
Ashraf dipilih Allah untuk merasai manisnya iman, dan indahnya hidup beragama, dan mudah-mudahan dengan perkongsian ini, akan mendorong lebih ramai lagi orang lain untuk menjadi kuat dan tabah sepertinya, dalam mencari redha Allah.

30 comments:

  1. eida suka dia nie....tengok muka dia cam tenang sangat....

    ReplyDelete
  2. hensem ustaz ni i like

    ReplyDelete
  3. suka tgk muka dia
    bersih je

    ReplyDelete
  4. mudah mudahan kita pun sentiasa mendapat hidayah Nya, amin

    ReplyDelete
  5. HKL minat giler ustaz ashraff muslim ni..hensem weh...dlm cite Aku Masih Dara.....

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. cute plak tu kan..

    ReplyDelete
  7. dia insan terpilih..bertuah dia..

    ReplyDelete
  8. bertuah ashraf nih kan kak..tak semua org dapat peluang camni..

    mmg seswai watak ustaz amirul die tu..

    ReplyDelete
  9. Suka tgk muka Ashraf nie.. hensem.. dan bagus laa dia..telah terdorong ke arah ini.. :)

    ReplyDelete
  10. sejuk jer tengok muka dia..hehehe

    rara follow blog sis

    http://puingcinta.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. he he he..pg td br jek kami borak2 psl asgraf muslim sbb ade sorg akk ni g berubat ke hj lokman tu la n jumpa ashraf muslim in real...
    "he is so damn handsome"..kata akk tu...
    tmpt rawatn tu kt gombak dgn cas bayaran serendah rm50..cuma giliran utk mendapatkan arwatan (appointment) memakan ms berminggu2...

    ReplyDelete
  12. MMG SUKA TGK MUKA ASHRAF SKARANG.. TENANG SGT2.. NMPAK NUR DI WAJAHNYA.. SGT2 BERBEZA MASA TGK DIA BERLAKON DLM CITER MANJALARA DULU...

    AIR MUKANYA SGT2 BERBEZA.. BLH NMPAK JELAS KETENANGANNYA

    ReplyDelete
  13. kak..saye nk kumpul duit byk2 nk masuk meminang ashraf nie ...

    ReplyDelete
  14. sejak2 dia berubah ni, sy suka sgt tgk lakonan dia..dh jd peminat setia ni :)

    ReplyDelete
  15. naddia ~ ekekek lawak dik .. cer try tgk :)) ekekek

    ReplyDelete
  16. big fan of ashrafff....
    idaman gadis melayu..

    hehe..pengsan kalo jumpa..:P

    ReplyDelete
  17. Bagusnya dia. saya nak jadi macam dia jugak la kak. Insya'Allah.

    ReplyDelete
  18. tgk muka asyraf ni mmg akan sejuk je mata..bukan sebab dia ensem tp mugkin nur yg terpancar kot..

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah..syukurrr...

    ReplyDelete
  20. Syukur Alhamdulillah..
    Tenang jer bila tgk muke diakan..

    ReplyDelete
  21. mmg suke tgk dia ni..sejuk je mata memandang.suara pun sopan je.tgk dia belakon mmg mcm bebetul2 dia kat luar kan kak...tu yg anak ratu beriya2 nk jd ustaz tu...nama dia pun kan amirul... :)

    ReplyDelete
  22. syukur..suka tengok dia..sejuk je mata ni....

    ReplyDelete
  23. artis kedua yang ai minat... ish... hensem sungguh!

    ReplyDelete
  24. pandang dia lama-lama tak jemu....


    setiap tutur kata diaa......tertib jaa.......

    nilaa role ModeLL org yg berimah...syOOKnyaa kalO dapat jadik cam dia...FULL PAKEJ

    ReplyDelete
  25. op ida ~ ekekke ingatkan syok nya kalau dpt jadi gurl prend dia ekekek :)
    apa2 pun yg baik ituu jadikan panduan dlm perjalanan hidup kita nie :) kan dik

    ReplyDelete
  26. muka dia pon sejuk je..macam tenang gitu..dah la hensem..syukur sangatt

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...