Friday, April 15, 2011

Akak X MAMPU


salam semua

selamat pagi .. dah bfast belum semua ini ??

pagi2 ini mcm biasa akak belek sana belek sini baca paper online kan , tgk lah berita pasal perumahan baru yg akan dibina di Bukit Kinrara ... huhuhu akak x mampu lah .. mati hidup semula punn x terfikir nak buat rumah mcm nie @ nak dapatkan rumah mcm nie .. tapi kan .. kan .. kan .. kalaulah cempedak jadi nangka , x mustahil kan huhuhu

yang pasti .. cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaa 


Model rekaan unit banglo tiga tingkat dengan kemudahan lif bakal dibina di kawasan perumahan Duta Kinrara.

KEDIAMAN dengan kemudahan lif sebagai pengganti tangga bakal menjadi sebahagian daripada gaya hidup masyarakat Malaysia, tidak hanya mampu dinikmati empunya banglo mewah semata-mata.

Terima kasih kepada teknologi dan kepintaran manusia masa kini, terciptanya lif-lif pintar telah membuka peluang buat pemilik-pemilik kediaman bukan bersaiz mega memiliki lif peribadi demi keselesaan hidup bersama keluarga tercinta.

“Di Malaysia banglo dilengkapi dengan lif adalah biasa, tapi belum pernah kita dengar tentang kawasan perumahan yang setiap unit rumahnya tersedia dengan lif,” kata Pengarah Antah Schindler Sdn Bhd, Michael Kok dalam satu temuramah eksklusif bersama Mingguan mStar.

Memandangkan perumahan berlif ini merupakan fenomena baru di Malaysia, Mingguan mStar mendapatkan informasi tentang kemudahan lif kediaman yang dianggap baru di negara ini, persepsi tentang kos pemasangan dan penyelenggaraan serta kelebihannya.


> Lif di rumah menjadi TREND di negara-negara seperti Taiwan, Hong Kong, Singapura, malah di Eropah.

> Ada PERMINTAAN. Projek ini diyakini akan menjadi sebahagian daripada gaya hidup dan ikutan.

> HARGA lif sangat subjektif untuk diperkatakan. Ia bergantung kepada rekaan, material dan fungsi.

> Bagaimanapun untuk projek ini dianggarkan harga sebuah lif bermula dari RM100,000 dan ke atas.

> MODEL lif yang digunakan ialah Schindler 3300 AP, ilham pereka dari ITALI.

> Pemilik BEBAS memilih rekaan dan warna lif. Terdapat lif dengan gaya sofistikated, warna segar dan bersuasana moden.

> Tidak seperti lif konvensional, lif yang diperkenalkan bersaiz KOMPAK, lebih ringan dan tidak makan ruang. Bilik mesin tidak diperlukan.

> Lebih kurang 40 peratus tenaga dapat dijimatkan melalui penggunaan lif ini berbanding lif biasa. Lif yang berada pada mod ‘sedia’ tidak dikira sebagai penggunaan tenaga.

> Lif ini SENYAP dan tidak bergegar ketika beroperasi menjadikan kediaman sentiasa tenang dan selesa.

> Lif ini adalah SELAMAT. Pintu lif hanya akan ditutup jika tiada sebarang objek dikesan.

> Dalam masa TIGA minggu lif yang dipasang akan dapat beroperasi sepenuhnya.

> Sistem penyelenggaraan adalah BERKOMPUTER dan servis beroperasi 24 jam sehari.

> TANGGA masih dikekalkan di kediaman walaupun lif telah dipasang.

dapat beli rumah @ miliki rumah biasa2 pun jadilah .. kalau mewah2 sgt risau jugak , zaman sekarang kalau terlalu mewah org iri hati mcm2 .. silap hb umah jadi perhatian org , mulalah keselamatan tidak terjamin .. pada pandangan akak , biarlah wang banyak utk dibuat perkara2 yg lebih baik utk anak2 dan keluarga , setakat rumah ini , besar2 dan mewah2 sgt punn keluar rumah x nampak matahari , balik pun x nampak matahari .. huhuh dah jadi mcm hotel .., usia makin meningkat ..nak naik tangga / lif punnn dah x daya huhuh

ps : pagi ni akan berlangsung Majlis Pra Graduasi pagi pelajar Diploma Program Kerjasam di UCSA , kalau sempat akak upload pic ya .. nak BW jap
 

36 comments:

  1. heheh..takpela..saya naik lift kat ofis je.. :D

    ReplyDelete
  2. tp kerajaan sarankan gaya hidup sihat dengan menaiki tangga...apooo laaa...tp kalo dpt sebijik umah berlif..sumpah saya tak tolak!wakaka....

    ReplyDelete
  3. rumah akak xdok tangga..hehe
    mmg sengaja cari rumah setingkat ajo..

    ReplyDelete
  4. Assalam Kak Ieda..
    Iyea la saya pun rase sama cam akak X MAMPU deeerrrrr...Yang mampu Tengok jerrrr....hahahahah

    ReplyDelete
  5. samala akak pun, tak mampu nak beli umah semahal itu. tak jauh dari umah akak, bakal dibina lakehouse, sumer umah mengadap tasik, fuhhh memang cantik, kami mampu tengok jela, tak mampu beli pun. bertuah pd sape yg dpt beli

    ReplyDelete
  6. samelah, klu duit gedebuk 10 juta dpt baru beli umah cmni,hehehe

    ReplyDelete
  7. sy lagi la x mampu kak..tapi xpe..angan2 adalah selangkah kepada impian..mane tahu ade rezeki..amin!

    ReplyDelete
  8. cantik utk tgk je la kak.nak bli???mak aii mmg tak mampu.takpela umah kecik pun..itula rumahku syurgaku.

    ReplyDelete
  9. kak, tolong bungkus banglo tu kat saya satu.. ahaksss

    naik lif hari2 pun leh gerun tau

    ReplyDelete
  10. ada lift? lepas ni ada pulak org design rumah ada escalator dalam tu. dah mcm pejabat kerajaan je nanti.

    saya dapat umah model tu pun jadi la. kalau kekecik dulu leh buat rumah barbie kan.

    ReplyDelete
  11. memang pun kak..
    sian golongan maheran nih..hehe :p
    kalo duit juta2 pun susah..
    xda wit pun susah..
    cuma doa je la kia mampu li sebijik..pun jadi la dari takda langsung..:P

    ReplyDelete
  12. klu dpt umah cmtu, mmg x klua umah dahla jwbnye :p

    ReplyDelete
  13. yelah kan kalau rumah je selesa tapi keselamatan tak terjamin susah jugak kan...

    ReplyDelete
  14. Perghh mewah nyer..siap boleh pilih rekaan lif lagi....naik lif kat opis jer la...

    ReplyDelete
  15. wah,
    cantiknya banglo itew,
    mewah giler,
    mana tau rezeki ada kan,
    dpt rumah mcm tue,
    hihihihi....

    ~Amin~

    ReplyDelete
  16. kat kl ada tempat nama bandar kinrara...hehehhehe

    ReplyDelete
  17. Ieda,

    yg iri hati tu selalunya banyak di kg. kalau kat bandar jarang lah..

    kalau mampu apa salah nya..

    ReplyDelete
  18. sekarang ni kak..rumah setingkat size 20x70 je pun dah dekat 200k. gilalah. nanti zaman anak2 kite besar mau berjuta harga umah2 cenonet ni agaknye kan

    ReplyDelete
  19. siap ada lif tuuu....

    sure berjuta2 niii...

    naik tangga lg best....utk menjamin kesihatan seisi keluarga

    ReplyDelete
  20. siap ada lif tuuu....

    sure berjuta2 niii...

    naik tangga lg best....utk menjamin kesihatan seisi keluarga

    ReplyDelete
  21. ieda...akak baru baca komen awk semalam tu..

    akak setuju nk togeder2 blogger kuantan tu..ieda ajak yg ieda kenal..akak ajak yg akak kenal..kat tmn bandar tu mmgt elok sgt buat potluck...bw famili masing2 pom elok kan..kita publish je date dan venue..sapa nk dtg..dtglah pada masa yg ditetapkan...guaner?..ok tak..


    entry publish date n venue ni..seme blogger kuantan buat..baru gempaq...

    kita buat 1 mei bole tak???

    ReplyDelete
  22. mmg sampai bila pun tak mampu...huwaaaa!!

    ReplyDelete
  23. KLU TIGA TINGKAT BIARLAH PAKAI TANGGA .. BOLEH JUGA BERSENAM...

    ReplyDelete
  24. hanya mampu baca dan tgk jelah ;)

    nak berangan memilki tak mungin rasanya T_T

    ReplyDelete
  25. salam

    saya mampu melihat dan telan air liur je..hahha

    ReplyDelete
  26. makanya makin mahal le rege umah sbb kos dah meningkat

    ReplyDelete
  27. kalolah g dpt umah mcm ni...abisslah setiap tingkat dan pelusuk umah tu g englishkan...muahahahaaa

    ReplyDelete
  28. betul janji rumah sendiri tak kesahla macamana pun

    ReplyDelete
  29. waduh..cantiknye..tp mmg x mampulah nk memilikinye..Xpelah..rumah papan pon cukuplah asalkan ada tmpt berteduh.. ;)

    ReplyDelete
  30. wah siap berlif bagai ni huhu..
    rumah cantik & besar ni takut gak
    tapi kalau dapat tak ditolak hehe

    ReplyDelete
  31. Menangis kak saya tengok rumah tu.
    Kadang2 risau jugak dengan jurang sosial rakyat kita ni. Nampak makin lama yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin.

    Tapi kalau lah saya blh dapat rumah macam tu....hari2 sujud syukur kut.

    ReplyDelete
  32. sonokla kalo ade lif,xyah la yg parents panjat tangga tp nti bil letrik melambung tinggi..n makin gumuks serta sng dapat sakit jntung la sbb jarang exercise..hoho

    ReplyDelete
  33. perghhhhh siap ada lif tu...kagum...sy pun xmmapu kak...

    ReplyDelete
  34. skrg ada mapex kan kak dekat ecm.rumah2 skrg semuanya gmpak2 n mahal2.huhu.

    ReplyDelete
  35. tak mampu huhuhu...mampu tgok je lah ekeke

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...