Friday, April 8, 2011

1001 kisah KARAK - mcm lah boleh tengok


salam semua

ermm semalam ada review pasal cite nie di TV ... not bad .. seram boleh tahan .. dulu masa akak kecik2 selalu jugak saudara mara ceritakan pasal cerita2 seram di lebuh raya karak nie .. tup2 skrg dah ada org buat filem .. paling best ia adalah dari KRU STUDIOS .. pastinya filem ini akan menjadi filem yg hebat .. dan pemilihan pelakon2nya jugak not bad .. paling ditunggu2 adalah shahir .. haa boleh ke dia berlakon ??

ok lah kalau dah ada di pawagam sure ramai yg akan tgk .. akak lak yg xcited .. tapiiiiiiiiiiiiii
adakah akak akan dpt tgk di pawagam ??? huhuu entah lahhh , mintak2 dan doa2 .. tapi kalau cerita seram mcm ini .. anak2 x suke tgk , yg suke cuma nina .


diantara barisan pelakon

Ianya mengisahkan empat pelajar kolej yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan. Mereka mengalami kesesakan yang luar biasa di lebuhraya Karak dan bernekad mencari jalan alternatif iaitu melalui jalan lama tanpa menyedari keputusan ini bakal merubah kehidupan mereka selama-lamanya.


 
Menurut Yusry, pemilihan pelakon yang rata-ratanya adalah terdiri daripada barisan pelakon baru seperti Shahir, Shera Ayob dan KilaFairy adalah berdasarkan keperluan jalan cerita yang memerlukan keaaslian serta kementahan bagi menimbulkan perasaan seolah-olah kejadian di dalam filem ini benar-benar berlaku.

“Karak” juga menampilkan 10 imej entiti makhluk halus dengan gabungan special effects make-up serta CGI dengan mengambil penterjemahan bahawa jin atau syaitan boleh menyerupai pelbagai rupa.

Perlbagai inisiatif promosi akan dijalankan selain daripada kempen promosi melalui media elektronik serta media cetak. Sebelum ini, KRU Studios telah menyiarkan treler filem “Karak” di pawagam mulai Mac 2011 serta di youtube yang kini sudah melebihi 110,00 penonton. Angka ini sungguh menakjubkan memandangkan filem ini hanya akan ditayangkan lebih 7 minggu dari sekarang sekaligus membuktikan keterujaan penonton menyaksikan filem seram ekstrem ini. “Karak” bakal merasuk di pawagam berdekatan mulai 26hb May 2011 nanti.

KRU Studios juga meneruskan tradisi mempromosikan filem ini melalui lagu tema nyanyian Bandi AMUK yang berjudul “KEREK” ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim. KRU Studios juga turut menerbitkan video muzik bagi lagu ini di bawah arahan Wa’an.


petikan : budiey.com


ps ; hikayat merong mahawangsa punn x pi tgk .. inikan pulak cite seram mcm nie .. ada hubby akak cakap " kite beli DVD sudahh " huwaaaaaaaaaaaaaa

24 comments:

  1. kalau saya lak kak...bukan x tengok wayang je..tapi langsung x tengok...
    banyak sgt cerita hantu skrg ni...
    kat tv pun banyak..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Ieda

    tak nak tenguk
    nanti kalau lalu kat karak tu
    teringat pulak

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. mmg sblm tu rasa nk tgk, tp pastu rasa seram plak..hehe..

    saya plak slalu gak beli cd citer hantu tp x tgk pn.. tgk intro pn dh seram..uhuk

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum my dear
    Macam best je....
    Agaknya mana2 yg biasa lalu ikut karak tu....mesti kn teringat2 nanti...:)

    ReplyDelete
  5. ishh macam2 dengar kat karak tu tap tak nak tahu sebab balik kg harus lalu situ dan memang kami suka bertolak malam! huahua..

    ReplyDelete
  6. mcm menarik jer... tapi pelakon semua muka baru... insya Allah, kalau ada masa nak tengok jugak nanti :)

    ReplyDelete
  7. hantu dia canggih kan dlm cite karak ni..

    ReplyDelete
  8. haha..
    betul tu kak ieda..beli DVD la nampaknya..nak tgk wayang tah bila2..huhu

    ReplyDelete
  9. wah bestnye mmg ske kalau ade citer antu kat wayang sbb leh tgk ngan anak2.dorang mmg ske tgk cite antu wlupun belum setat dah berpeluk smpai takble gerak ibu dia.

    ReplyDelete
  10. sprt biasa..tunggu kuar kat youtube je...hik3

    ReplyDelete
  11. xtau la sekarang n, kalau tgk cite hantu jadi teringat-ingat, masa tgk ok je huhu

    ReplyDelete
  12. tengok rupa hantu dalam cerita ni tak nampak macam hantu sangat. dah nampak macam alien je eheheh

    ReplyDelete
  13. aiseh,hantu karak plak,heheh,pasni highway guthrie,nkve,plus,hik3

    ReplyDelete
  14. alaaaaaa sume cite antooo je.lawak2 tak de ke.akk nina tu anak rohana jalil kan?hmmmmmmmmmmmmm. sy baru nk buat entry pasal dye.

    ReplyDelete
  15. tak sabar nk tgk cite ni

    ReplyDelete
  16. mkn byk eh citer antu skang nih... adeiii

    ReplyDelete
  17. ADOI SERAMNYA... DULU MMG SELALU ORG CERITA YG JLN KARAK TU ADA HANTU....PELAKON YG LEHER DIA BESAR TU... TAKUT PULA MENENGOKNYA...

    ReplyDelete
  18. kalau suruh gi pawagam mmm tak akan ada la... tapi tengok kat youtube ada la hehehee

    ReplyDelete
  19. cm takda keberanian nk menengoknya... tp....cm nk tgk jugak:D

    ReplyDelete
  20. etiey ~ ye ke dik :) huhuhu memang seram tuu .. lepas nie x leh bertolak malam lah kan huhu

    ReplyDelete
  21. hah filem ye kak? aiyaaaa..sure seram nih

    ReplyDelete
  22. seram sangat ke..makin seram makin best kak...nie patut tengok nie..hehehe...

    hakikatnye...penakut yang amat..:)

    ReplyDelete
  23. oohhhh kalo saya kompem tak tgk. sebabnya saya nih penakut. buat rugi jek bwk g tgk wayang kalo citer hantu hu3 kompem menyuruk lam baju hubby sy lah camnih ^_^

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...