Tuesday, March 22, 2011

X tahulah mcm mana kalau ia terjadi pada KU


 salam semua

ya allahh kalau semua nie terjadi pada akak, mahu akak pengsan waktu hubby beritahu akak .. mcm keadaan ibu kanak2 ini .. huhuhuh x dpt bayangkan mcm mana agaknya budak ini menangis ketakutan .. dan yg paling akak bersyukur sbb pencuri itu tidak mengapa2 kan budak itu .. alhamdulillah .. semua ini ketentuan tuhan .. allah nak bagi pengajaran kepada kita semua bahawa apa sahaja yg terjadi adalah dari kehendak dan kemahuan dia .. kalau bukan dari dia , semua ini x akan berlaku .. maka bersyukur lah kita ..

akak mengurut dada bila tahu budak ini tidak diapa2kan .. risau dan x dpt bayangkan bagaimana kalau kanak2 kecil ini dibunuh atau diculik utk dijadikan pelarian .. huhuhuh , minta dijauhkan kejadian mcm ini berlaku kepada kita kan, mohon semua kawan2 berhati2 ya ... aminnnnnnnnnnnnnnnn


 SYUKUR....Norfaizal bersama Wan Izaratul Azura mencium anak mereka, Ahmad Uqassyah.

Anak diculik empat jam

PORT DICKSON: “Kereta hilang tidak mengapa, tapi jangan nyawa anak jadi taruhan,” kata Norfaizal Md Nor, 31, yang terkejut selepas anak lelakinya berusia empat tahun diculik dan dilarikan bersama Toyota Unser miliknya di pekan Pasir Panjang, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, kanak-kanak terbabit, Ahmad Uqassyah, anak ketiga daripada empat beradik melalui pengalaman menakutkan kira-kira empat jam apabila dilarikan seorang lelaki tidak dikenali kira-kira 30 kilometer dari Pasir Panjang ke Sungai Udang, Melaka.

Norfaizal yang juga kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR), cawangan Pasir Panjang, berkata sebelum kejadian, dia singgah di kedai runcit di pekan berkenaan untuk membeli barang keperluan anaknya itu.
Berikutan hujan, katanya, dia meninggalkan anaknya di tempat duduk penumpang sebelah pemandu selepas meletakkan keretanya empat meter dari pintu kedai tanpa mematikan enjin.

“Tak sampai lima minit berada di dalam kedai, tiba-tiba saya dengar pintu kereta ditutup kuat dan saya ternampak seorang lelaki tidak dikenali berada di tempat duduk pemandu dan memecut menuju ke arah Kuala Sungai Baru.

“Saya cuba mengejar dengan motosikal bersama seorang lelaki, namun selepas kira-kira 500 meter mengejar, kereta itu hilang daripada pandangan dan gagal dikesan,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Pasir Panjang, di sini, semalam.
Beliau berkata, dia panik kerana selain kereta, anaknya turut dilarikan.

“Selepas gagal mengejar kereta itu, saya menghubungi isteri (Wan Izaratul Azura Md Aris, 31) dan membuat laporan di Balai Polis Pasir Panjang.

info lanjut : MyMetro

ps : lunch apa hari ini uols ?? akak .. makan ringan2 jer .. :) geram tul , nak BW punn payah .. tenet lat oppice nie sloww sgt2 .. kejap ada kejap x der .. huhuh


27 comments:

  1. ayah die tak hati2 kn..sape suh tk mtikan enjin..org jaat skrg ramai. 5 minit da ckup nk curik kete

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam Ieda

    Alhamdulillah
    Syukur selamat

    yg silap....buat pengajaran masa akan dtg

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  3. ya Allah kak...kalau sy mesti pengsan puluh kali dah kot..

    ReplyDelete
  4. pape jd pun jauh ke dekat kalau boleh jgnla tggalkan anak2 sendiri dlm kete.dhla skang ni mcm2 kan.kena sentiasa alert.tp tu la kdg2 kita mmg tak perasan n duga camtukan.kena amik ikhtibarla pasni.

    ReplyDelete
  5. dah banyak kejadian macam ni kan
    perlu ambik iktibar
    kalau hujan, tak boleh nak bawak anak turun, takde sape nak jaga, sebaiknya hantar la dulu budak tu balik rumah.. barang tu lain kali boleh beli.

    saya tak salahkan pencuri/penculik tu, sbb memang la dia jahat.
    tapi bapak budak tu, tak beringat. kalaupun takde pencurik, kalau budak tu lemas sbb karbon monoksida ke ape, kan sama je membahayakan anak tu

    ReplyDelete
  6. satu pengajaran dan peringatan buat apaknnya...

    ReplyDelete
  7. jat x turun pun lunch td,pagi2 tapau roti sardin kat zaza.hihi

    ReplyDelete
  8. aduh....boleh kena serangan jantung kak kalau tetiba dapat berita mcm tu dari hubby....udah ler budah tu sebaya batrice...tak terbayang kak ida oit.....

    biar ler hilang harta
    jangan kita hilang anak

    sebab tu...dekat mcm mana pun
    or mcm mana keadaan sekalipun
    takkan biarkan anak tinggal sesorang kat kenderaan..biar ler bersusah sikit janji keselamatan anak tu yang penting

    ReplyDelete
  9. nauzubillah..
    minta simpanglah..
    ibu bapa perlu peka terhadap perkara ni..malang tidak berbau..haihhh..

    ReplyDelete
  10. Akak rasa kes mcm ni dah byk kali la terjadi.. ntah la..kite mudah lupa atau kite pikir sume org mcm kite..pikir2 la.. biar anak berbasah. Sepekara lagi. kenapa la dibwk anak tu klu dh hujan2 mcm tu... aduhai...

    ReplyDelete
  11. kesimpulannya jgn la tgglkan anak dlm kete wpn sekejap..klu nk tggl at least matikan la enjin..hehh..org jahat ni bkn kira..kdg² awek org pn dia bwk lari..apa lagi bdk kecik..hurm..peringatan buat sume parents kan =)

    ReplyDelete
  12. syukur selamat..n jadikan pengajaran...

    ReplyDelete
  13. akak.... saya baca dalam online pun rasa gelabah tak sabar nak baca penghujung citer ni. nasib baik le budak ni selamat. pengajaran pada orang2 dewasa semua ni kan. jgn le biarkan anak2 walaupun sekejap

    uiishshh... kalu le jadi kat saya, mau saya melalak tak berenti kak oi

    ReplyDelete
  14. h4n3 ~ stuju sgt dgn kata2 adik tu .. sgt bagus !!

    ReplyDelete
  15. pencuri dh memang jahat tp nasib kali ni hati dia ade baik ckit dia tk apa2 kn budak tu...kita mk bapak ni kena beringat...

    ReplyDelete
  16. siries ngeri kalau jadi macam ni. takleh bayangkan pun kan.

    ReplyDelete
  17. betul tu kak..bior mende lain yg ilang jgn anak yg hilang..x tau nk ckp le kalo anak ilang...
    bahaya tggl anak dlm kete yg masih belom mati enjin...tuk renungan kita smua

    ReplyDelete
  18. nmo2 ~ haa tahu x per .. kita leh pengsan atau meroyan mcm org giler lahh huhuh ...

    ReplyDelete
  19. ya allah sangat2 menakutkan semoga semua perkara2 begini di jauhkan la dari kita semua kan kak...

    ReplyDelete
  20. ya allah..
    takutnyer.. mmg pengajaran tk kita.. sblum ni dh ada kes camni, y 2 beradik tu. sekurangnya, pencuri ni msh berhati perut pada kanak2..
    alhamdulillah..

    ReplyDelete
  21. nasib baik x jadi ape2 kat budak tu . pengajaran buat family dia dan semua orang . :)

    ReplyDelete
  22. ALLAHUAKBAR..cuainya la bapak budak tu..nasib baik Allah just bg alarm jek..dpt balik anak kesayangan..

    ReplyDelete
  23. zaman sekarang ni....macam2 ancaman ada kat sekeliling. Terlepas pandang sikit, terus jadi mangsa.

    Tak ada anak susah...ada anak pun susah. Ishhh

    ReplyDelete
  24. ya Allah kak...berderau darah bace cite nie.....pengajaran jugak tu kak....lepas ni jgn laa leka tgl kete or anak camtu ajek kan....takut sgt kak....

    ReplyDelete
  25. kat mn2 dh tak selamat skang ni kan

    ReplyDelete
  26. kaseh kan kak..tak pernah tinggalkan kereta ngan enjin running tau.. kalau ada bdak2 dalam tuh pun kaseh bukak tingkap sikit,..pastu kunci keta.. tu masa budak2 kecik lagi..ni dorag dah besar..tiap kali kuar keta..suh dorang kunci dari dalam..takut ar menda2 cenggini...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...