Sunday, March 6, 2011

Tips Agar Wanita Boleh Hamil


 salam semua ..

tips2 yg diharapkan dapat membantu adik2 dan kawan2 sekalian ;)
sharing si caring !!

Ramai yang ingin berumahtangga dengan pasangan yang dicintai. Setelah berumahtangga ingin mengeratkan kasihsayang berpanjangan dengan tawa riang, senda gurau dan suasana riang dan bising bersama anak2 cahaya mata dan penyejuk mata dan waris yang bakal menyambung dan memberi pahala dan mengurangi dosa kita setelah meninggal dunia nanti.

 pic : mr guggle , anak2 zul yahya

Namun begitu masih ramai yang belum di beri anugerah terindah itu lagi; Cahaya Mata. Disini, ada beberapa tips.. Insya-Allah ada hasilnya buat anda berdua.

1. Berdoa agar ISTERI cepat hamil
Sentiasalah berdoa kepada Yang Maha Esa agar di beri zuriat yang soleh atau solehah. Dan kemudian, melakukan semua tips ini, kerana Doa tanpa USAHA tiada hasilnya.

2. Lakukan hubungan intim dengan isteri ketika tahap kesuburan isteri tinggi.
Tambahan, ketika tahap sensitive hidung isteri meningkat atau berkesan (iaitu tidak selsema atau sakit hidung). Menurut pemerhati, jika seseorang wanita dimana tahap sensitiviti hidung kepada bauan adalah tinggi, dia berada dalam keadaan subur. Jadi, jangan sia-siakan peluang ini, bercintalah dengannya. Dan jangan lupa baca doa dahulu.

3. Kesabaran yang tinggi.
Diperlukan kesabaran mengatasi fakta bahawa hamil hanya 15% setiap bulan. Menurut pakar, Wanita berusia 30an keatas memerlukan 8 bulan dan melakukan hubungan intim sebanyak 140 kali agar dapat hamil. Perlukan tahap kesabaran yang tinggi di samping berdoa selalu.

4. Kesihatan gigi dan rongga mulut.
Ini adalah syarat yang PENTING jika seseorang itu menginginkan anak. Kesihatan dan kebersihan di bahagian ini hendaklah diberi perhatian. Menurut pakar, infeksi gusi (infection) adalah salah satu penyebab kelahiran pramatang atau kematian janin. Selain itu, ia berpotensi melemahkan Sperma yang akan bercantum dengan sel telur wanita. Oleh itu, jaga kebersihan dan kesihatan rongga mulut dan gigi. Tambahan, kalau mulut anda berbau, tentu pasangan anda malas untuk mencium anda kan?

5. Foreplay atau pemanasan.
Ini bukan pemanasan global tetapi proses pemanasan atau “ringan2″ sebelum ‘exercise’. Menurut pakar, bagi lelaki yang melakukan foreplay sebelum ejakusi atau ‘klimaks’ akan mengeluarkan 25 juta sperma. Oleh itu, tambahkan adegan foreplay yang berkesan sebagai cara tepat agar wanita anda lebih mudah hamil.

sumber : tipswanita

insyaallahhh usaha itu tangga kejayaan , tanpa usaha tiada maknanya .. dan itu semua janji allah bukanlah kata2 semata2 , maka janganlah berputus asa .. percayalah bahawa janji allah itu benar2 belaka . ..

ps ; kemana nak bawak budak2 nie petang2 nie .. huhuhuh letih memikiorrkan :)

24 comments:

  1. bagus info ni..
    yg berusaha hendak anak..macam2 dibuat..sedangkan di luar sana..ada aje berita buang bayi..huhu

    **jom bowok anok gi tmn bandar..ehhee

    ReplyDelete
  2. Good info kak..sharing is caring kan

    ReplyDelete
  3. thanks kak iedaaa suka entry ini.

    ReplyDelete
  4. ehehe...lom smpai seru nk tambah product...tp good info bg yg lum hamil n nk hamil..

    ReplyDelete
  5. thx k.ieda...
    dah masuk 9bln kawin ni..
    masih belum ade tanda2..risau gak ni..

    ReplyDelete
  6. TQ sis...
    tmbah pengetahuan sy n hubby nie..tambah-tambah kitaorg ni lum ada baby lagi :)

    ReplyDelete
  7. TQ sis...
    tmbah pengetahuan sy n hubby nie..tambah-tambah kitaorg ni lum ada baby lagi :)

    ReplyDelete
  8. gud info kak..mueheh

    ReplyDelete
  9. gud info kakieda, specially kepada yang tengah berusaha menginginkan cahaya mata

    ReplyDelete
  10. semoga info ini dimanfaatkan bersama2..
    terima kasih syer info yer

    ReplyDelete
  11. susumimie ~ dikk jgn putus asa utk usaha tau ;)

    ReplyDelete
  12. kak sarah ~ akakkkk hubby xder huhuhu .. saya di rumah jewww :)

    ReplyDelete
  13. emy & astina ~ u are welcome dikk .. cubalah mana yg termampu ya dikk :)

    ReplyDelete
  14. kasih annuar ~ ok dikk :)

    ratu siput ~ ekekek ok2 info nie , mana tahu leh gune for next bb :))

    ReplyDelete
  15. salam akak,

    good info..paling penting that couple kena think positive..insyaAllah tetap ada rezeki memasing..cepat @ lambat aje kan..;-)

    ReplyDelete
  16. citarasa riduan ~ thanx ayu :)

    ReplyDelete
  17. sedih bila baca akhbar tentang pembuangan bayi. ramai di luar sana yang menginginkan, sehingga ada yang mengambil anak angkat di sebabkan tiada rezeki anak kandung sendiri.

    terima kasih untuk tips ini, kerana saya juga salah seorang yang menginginkannya.... Insya Allah, semoga ada rezeki nanti

    ReplyDelete
  18. mama zarfan ~ thanx suzie ;)

    ReplyDelete
  19. eelobor ~ tulah sedih kan .. hari2 ada berita2 pasal penganiyaan dan pembuangan anak / bb .. sedih sbb ramai yg menginginkannya .. ;)

    insyaallah dikk doa banyak2 tau .. jgn putus2 harap ;)

    ReplyDelete
  20. bagus la info nie..hehehe..leh dguna pakai tok masa akan datang..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...