Friday, March 4, 2011

Sejadah & Yasin bersama mayat BAYI


salam semua

pagi2 lagi dah baca berita yg sedih dan x menyedapkan hati .. kasihan mayat bayi lelaki ditinggalkan bersama sejadah dan surat yassin .. apakah maknanya itu ?? macam2 hal dunia skrg .. apalah salahnya dari letak sejadah dan surah yassin tu bukan ker lebih baik di kebumikan bayi itu dengan lebih sempurna .. tapi mayat bayi dijumpai didalam komuter dibawah tempat duduk penumpang ... subhanallah ..

PELABUHAN KLANG: Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat dan dibungkus dalam plastik hitam ditemui di bawah tempat duduk gerabak hadapan komuter yang berhenti di stesen Pelabuhan Klang sini, Khamis.

Mayat bayi itu dibalut dengan selimut bercorak bunga dan turut diletakkan bersama mayat itu ialah sehelai sejadah dan surah Yasin. Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.15 pagi dan mayat bayi itu dipercayai dibuang ketika komuter berkenaan dalam perjalanan ke stesen Pelabuhan Klang di sini.

"Mayat bayi itu ditemui seorang tukang cuci gerabak komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ketika membersihkan gerabak komuter itu di stesen Pelabuhan Klang," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata komuter itu memulakan perjalanan pada pukul 5.35 pagi ke Batu Caves sebelum berpatah balik dan tiba di stesen Pelabuhan Klang pada pukul 8.15 pagi.
Mohamad berkata mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dekat sini untuk bedah siasat.

Beliau meminta orang ramai atau penumpang komuter berkenaan yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Siti Khalijah Mat Zain, 37, yang menemui mayat bayi itu berkata pada mulanya beliau menyangka plastik hitam yang diletakkan di bawah tempat duduk itu ialah sampah yang ditinggalkan penumpang.

"Bagaimanapun, saya rasa tak sedap hati dan memanggil seorang lagi rakan sekerja saya...kami berdua terkejut apabila melihat ada kesan darah pada bungkusan itu."Apabila dilihat lebih dekat, kami nampak mayat bayi lelaki yang dibalut dengan selimut corak berbunga-bunga. Kami juga menemui sehelai sejadah dan surah Yasin yang diletakkan bersama mayat itu," katanya yang kemudian menghubungi polis.

sumber : mstaronline  
 

29 comments:

  1. tu la kak...bace berita pagi2 tadi pun tekejut lieya.....ape laa dibuat camtu...kebumikan laa betul2......sian baby tu..s.eksa mayat die.......

    ReplyDelete
  2. sedih nyer baca berita mcm nie...tersentap rase hati..

    ReplyDelete
  3. sedih baca berita gini... mmg bangang sgguh... ingat dgn letak sejadah dan yasin tuh, blh tebus dosa ker bila buang bayi tak berdosa tuh???? gerammmm.... emo saya kak pagi2 nih bila baca brita nih...

    ReplyDelete
  4. السلم عليكم ورحمة الله

    Betapa manusia sudah tidak mengenal erti kehidupan sebenarnya, disalahgunakan dengan jalan yang menyimpang dari syariat agama.

    ReplyDelete
  5. sian kan kt baby tu...aduhh taktaula nk kate apa...sensitip betol kalau bace hal2 yg cmni..

    ReplyDelete
  6. kesian ye la baby 2..xsempat nak kenal dunia~

    ReplyDelete
  7. ape motifnya dia letak sejadah dan yasin??? nape tak bagi kat baby hatch je huhuhuhhhh

    ReplyDelete
  8. dgr kat radip pagi tadi..memang sedih..al fatihah untuk arwah baby tu...
    hb kat sini..

    ReplyDelete
  9. dgr kat radip pagi tadi..memang sedih..al fatihah untuk arwah baby tu...
    hb kat sini..

    ReplyDelete
  10. sedih..saya mmg sedih dan sensitif bab² buang baby ni..umm huhu~ jahat dorang ni!

    ReplyDelete
  11. Assalam Ieda,

    anak2 ni bakal mencari mak bapak nya di padang mahsyar.

    ReplyDelete
  12. sedey sangat eida dengar pagi tadi dekat radio..sampai hati manusia yang buat camtue kan...

    ReplyDelete
  13. ish ish.mintak jauh la dengan semua mcm ni. :)

    ReplyDelete
  14. sedih klu baca part mcm ni...mmg *(^&*$%*^*&( betul..gerammm

    *hb

    ReplyDelete
  15. Issh pendek betul akal org yg wat gini yer..tu le pe salahnya dikebumikan aje.. nie mesti anak luar nikah nie..kang kalau dikebumikan tentu nak kena repot polis plak.. tuh yg ditinggalkan gitu..

    ReplyDelete
  16. Astaghfirullahaladzim.. sedihnya :(

    ReplyDelete
  17. saya sayu baca kisah ni akak. saya pernah terfikir, kalu ada sesape yang tak nak anak, letak la kat depan umh saya...

    ReplyDelete
  18. Alahai..sedihnye baca kisah nih..
    Sian kat Baby yg x bersalah tu..

    ReplyDelete
  19. apa motif dia letak yasin..klu btol ingt Allah xkn la tergamak buang nyawa mcm sampah tu..hehh..ngeri tau bc brita cemni =_=

    ReplyDelete
  20. uittt angah pun tak tahu nie kena terjah nie baca surat khabar..hehehe


    kesian budak kecik tue...ya allah apa nak jadi la sekarang nie

    ReplyDelete
  21. sangat tak berperikemanusiaan..

    kalo cgg tau angkara sape, cgg mintak pendakwaraya jatuhkan hukuman plg berat

    ReplyDelete
  22. astaghfirullah..apa nak jadi la manusia ni..sedih la denga..
    sian baby...

    ReplyDelete
  23. hiba hati baca cerita cam ni..harap empunya bayi tersebut mendapat hidayahNya..

    ReplyDelete
  24. bila nafsu menguasai diri
    hilang sudah kewarasan dan tercalar keimanan !:(

    ReplyDelete
  25. huhu,dgn sejadah dan yasin?entah apela motif org 2.

    kakak2 kat ofismate semua da bising2 psl yg kes buang bayi nih.huhu

    ReplyDelete
  26. salam

    ada juga yang tak reti bahasa macam ni...

    ReplyDelete
  27. kesiannya baby yang tak berdosa tu, makin berleluasa kes pembuangan bayi ni.mmg tak btgungjwb betul membuang anak sedemikian rupa.

    ReplyDelete
  28. sedih dengan berita ini...apa lah motif agaknya... nak bagi tahu satu dunia agaknya yg buang bayi tu org islam...

    ReplyDelete
  29. x suka berita cam nie, sedih.. tapi itulah realiti yang berlaku... dah x tau nak komen lagi bila isu buang bayi diperkatakan... mudah mudahan masyarakat makin sedar dan mudah2an Allah memberikan petunjuk n hidayahnya pada kita semua.. amin..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...