Tuesday, March 1, 2011

Rumah urut berleluasa


 salam semua

hermm inilah yg akak x suka .. selalu dah dgr berita mcm nie .. tapi tgh ari nie tadi ada dengar berita di channel 9 feedback dari laporan2 ini .. haaaa baguslah .. :) alhamdulillah semoga allah melindungi kita semua 

 

PETALING JAYA - Kemunculan pusat urut di merata kawasan di Selangor terutama sejak dua tahun lalu yang mengeksploitasi ramai wanita warga asing mengundang persoalan mengenai apa yang sedang berlaku di negeri itu yang sudah mencapai status negeri maju.

Jumlah pusat urut begitu banyak sehingga menyebabkan ada pihak berkuasa tempatan (PBT) sendiri tidak tahu jumlah sebenar pusat urut di kawasan masing-masing.
Realitinya hanya tiga PBT iaitu Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang sanggup mendedahkan jumlah sebenar rumah urut berlesen di kawasan masing-masing.
Bagaimanapun, ketika diminta mendedahkan jumlah rumah urut haram, pegawai MPSp dan MPAJ enggan memberikan sebarang butiran.

Itu belum dikira lagi pendedahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai kewujudan kira-kira 4,000 pusat hiburan di Selangor yang ada di antaranya menawarkan khidmat urut.

Banyak pihak percaya dasar liberal kerajaan negeri dalam pengeluaran lesen pusat urut menjadi punca kegiatan tersebut berleluasa berbanding sebelum ini.
Tinjauan wartawan Kosmo! di beberapa lokasi seperti Kota Damansara, Petaling Jaya, Kajang, Ampang, Selayang, Subang dan Puchong mendapati kelemahan penguatkuasaan sebagai punca utama kewujudan pusat-pusat urut baru.

Jangan terkejut jika ada pusat urut di Selangor ketika ini beroperasi seawal pukul 10 pagi dan masih menerima pelanggan sehingga pukul 12 tengah malam.

petikan : kosmoONLINE

dalam berita tgh ari tadi , rupe2nya lesen rumah urut di selangor dah di gantung dan tidak keluarkan lagi buat sementara waktu ini .. alhamdulillahh .. semoga dgn pergantunggan lesen ini akan menyedarkan masyarakat kita yg tiada akhlak ini .. dan semoga dengan tindakan kerajaan selangor ini menjadi ikutan dan contoh bagi negeri2 lain di malaysia ini .. Ini lah sahaja cara utk mengurangkan walau tidak melupuskan jenayah pelacuran di negara kita nie .. ( adehh dah mcm KARAM singh walia dahh akak nie .. ekkeke )



ps : dah rasa badan riena semakin ok .. dah kebah .. dia dah berpeluh .. leh lah akak kerja esok .. huyeyyyyyy ... xleh beriya sgt .. mengah baru lepas makan nasi ekekek




22 comments:

  1. geli la tgk rumah2 urut ni.. tah hape2 tah..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Ieda

    yg buat rosaknya, mereka berselindung nama rumah urut...

    moga riena cepat sembuh

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..

    negeri selangor semua ada..maklumla, penduduknya yg sgt padat kan...

    ReplyDelete
  4. adehh susah jugak byk rumah urut ni.. =_=

    ReplyDelete
  5. kak, jom p berurut kak...bacan sengal2 ni...hehehe

    ReplyDelete
  6. salah org yg keluarkn lesen sesuka hati jekkk..:)

    ReplyDelete
  7. agak2 kak, kat kuantan ni ada ke rumah2 urut camtu eh?

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. As Salam,kak...bila dah balik Msia ni baru tau mcamna keadaan sbnr maslh sosial kat sini.Makin byk org asing bertapak kat tanah air kita.Takut bertambah2 yg negatif boleh jadi.


    Kebanayakkan yg nak diurut tu lelaki.Jaranglah perempuan yg nak dtg urut tempat macam tu sebab servis yg nak diberi pun khs utk lelaki

    ReplyDelete
  10. liyana ~ huhuh aah , tak paham sampai ada yg buat seks lepas urut .. aper kes ??

    ReplyDelete
  11. bro rozali ~ haaa bukan setakat berselindung bro .. mereka nie siap ada langganan bulanan layie hhuh

    ReplyDelete
  12. sahrom ~ dikk semua negeri padat .. cara menanggani kena pandai .. barulah rakyat repect .. apa2 pun kita doakan negara kita nie x akan terlalu tercemar dari sekarang .. huhu

    ReplyDelete
  13. amiah ~ huhuh yer betul dikk .. akak kalau tgk umar urut nie naik bulu roma .. huhuh

    ReplyDelete
  14. cikmot ~ x yah umah urut .. ko mai sini akak urutkan .. :))

    ReplyDelete
  15. mrs Edy ~ haaa tul tuuu .. gi kuar kan lesen suke2 ati wat per .. api sib baik dah dibekukan .. sampai bila x tahu .. harap2 sampai semua dah bersih sekurang2nya lahhh :)

    ReplyDelete
  16. zati ~ ekekke x pernah lak tahu dikk tapi semua negeri ada .. cuma banyak dan sikit jer :)

    ReplyDelete
  17. ummuabdullah ~ tu lah dikk malu jer kan .. risau pun ada .. bila org luar dah berani buat sesuka hati .. dah lah kes bunuh ikut suke ati jer .. yg mati mahupun yg membunuh kebanyakan dari org luar .. kita dari bumi mesia sendiri dah jadi x selamat di bumi sendiri huhuhu

    ReplyDelete
  18. sabo jer lah, moga rumah2 urut gini berkurangan lah lepas ni kan

    ReplyDelete
  19. yg selalunya .. diorg upah org asing yg pakai seksi jadi tukang urut... nasib baik kat area munna takde lagi2 benda ni

    ReplyDelete
  20. dorang ni berselindung dibawah nama kedai urut padahal dorang buat aktivit lain...

    ReplyDelete
  21. adeh..takut mmg..mntk dijauhkann la..

    ReplyDelete
  22. rumah urut kadang-kadang jadi rumah pelacuran sekali.kalau nak urut sebenar baiklah pergi spa yang diiktiraf.

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...