Wednesday, March 2, 2011

8 Tip Mudah Penjagaan Kesihatan PAYU


salam semua
suspen jer tajuk tuu kan ekekekke
tips ini sebahagian sahaja ok ...
haa ini entry KHAS buat yg bernama WANITA .. sapa bukan wanita .. aibbbb jgn baca .. tgk jer ekekekek , baca jugak apa salahnya .. infoo nie .. elok utk dikongsi bersama .. kan .. kan .. kan .. ouchhh 


Bagi mendapatkan bentuk payudara yang menawan, anda digalakkan untuk membuat beberapa senaman bagi menguatkan otot pektoral dan yoga. Senaman ini dapat memberi kepuasan kepada anda kerana ia akan menjadikan payudara anda cantik, montok dan menawan. Di sini ada beberapa cara untuk menguatkan otot pektoral :

i) Senaman biasa
-tekan kedua telapak tangan ke dinding sambil anda memandang ke atas.
-anda diminta untuk menahan beberapa minit dan lepaskan secara perlahan.
-posisi ini haruslah diulang beberapa kali dan ia boleh dilakukan di dalam bilik mandi.
-lakukan mengangkat dan menurunkan bahu secara berulang-ulang untuk memperkuatkan otot payudara anda.

ii) Yoga
-untuk melakukan senaman secara yoga anda perlu menenangkan fikiran dahulu sambil menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan-lahan.
-kedua lengan didepakan separas bahu dan gerakan perlahan-lahan lengan kanan ke atas dan lengan kiri ke bawah.
-berhenti lima saat dan sambung semula dalam posisi yang sama tetapi lengan kiri ke atas
-lakukan gerakan tersebut sebanyak 10 kali setiap hari.

Sentuhan lembut
Percaya atau tidak sebenarnya minyak aromaterapi boleh digunakan untuk mengurut serta menganjalkan payudara. Sentuhan yang lembut dan urutan yang sempurna akan dapat memberi ransangan kepada saluran darah di payudara anda. Cara urutan yang disyorkan kepada anda adalah dengan mengurut ke luar, ke bawah dan ke dalam mengikut aliran payudara anda. Jika dibandingkan dengan penggunaan masker dank rim, cara menggunakan minyak aromaterapi lebih efektif kerana ia akan memudahkan urutan dan minyak akan lebih cepat menyerap ke dalam saluran.

Menjaga kebersihan payudara
Kita digalakkan untuk menjaga kebersihan diri termasuk jugalah dengan payudara kerana payudara yang bersih akan membuat payudara bertambah cantik. Apabila anda melakukan pemeriksaan, anda haruslah memberikan sepenuh tumpuan pada bahagian puting kerana ia merupakan kilang pengeluaran susu minyak. Pengeluaran minyak adalah bertujuan untuk melicinkan bahagian putting dan arela supaya ia tidak kering serta kulit tidak pecah. Cara penggunaan kapas dan minyak zaitun juga boleh dipratikkan untuk membersihkan kelenjar minyak yang melekat di bahagian puting.

Guna baju dalam yang sesuai
Apabila anda memilih baju dalam, anda haruslah memilih mengikut kesesuaian anda. Contohnya memakai baju dalam ketika hamil dan tempoh menyusu anda, haruslah sesuai mengikut situasi tersebut. Ini kerana untuk memastikan payudara berada di dalam keadaan yang betul.

Penyusuan
Ketika menyusukan bayi, anda haruslah meletakkan bayi di dalam posisi yang betul agar bayi anda tidak menarik payudara anda. Di dalam proses penyusuan berlaku, terdapat masalah yang dihadapi oleh segelintir wanita yang dipanggil bengkak susu. Masalah ini dapat diatasi dengan cara memerah susu secara lembut untuk mengurangkan kesakitan atau dengan cara menuam payudara menggunakan air suam.
Anda juga perlu tahu, dengan menyusukan anak ia dapat membantu mengecutkan rahim dengan cepat kepada asal dan menghindarkan daripada terkena penyakit barah yang ditakuti oleh wanita di dunia ini.


 haaa ini PENTING !!

Jangan ramas payudara anda

Anda dinasihatkan agar tidak meramas payudara ketika melakukan hubungan kelamin, ini kerana ia boleh membuatkan payudara anda lebih cepat kendur daripada biasa. Jadi anda harus mengingatkan pasangan tentang perkara ini.

info : isteripuas.com


** haaa amacam adik2 dan kawan2 sekalian .. :)
  

24 comments:

  1. Haha kak,xleh ramas2 eh? Blushing2 org yg x kawen ni baca tau O.o

    ReplyDelete
  2. Ieda betul tu , akak pernah tanya doktor, dia kata kena buat senaman cam Ieda tulis kat atas, kalau nak dapat payu dara yang tegang dan menawan.thanks info menarik.

    ReplyDelete
  3. zati ~ aippp dah cakap kan x kawin kena tgk jer ekekkekek

    ReplyDelete
  4. CIMDDC ~ haa kak .. info nie berguna sgt2 .. ieda pun baca dan amalkan .. :) penting buat kita sbb sebahagian dari penjagaa kesihatan kann :)

    ReplyDelete
  5. thnks 4 da info k.eida.ni utk org yg dh kawen eh.yg otw nk kawen pon boleh kan.hehe

    ReplyDelete
  6. hhehe nice entry lah kak :)

    ReplyDelete
  7. info yg bagus ni k.eida..tq2..hehe..

    ReplyDelete
  8. ermmmm...
    menarik tipsnya yaa...!
    info yg berguna gituuu;)

    ReplyDelete
  9. eerr.. bab note penting tu kan..
    jgn ramas sndr ke.. atau psgn takleh ramas??





    lllaaaarrrikkkssss!!!

    ReplyDelete
  10. bab penutup tue x thn....pepun tips amat baikbg psgn yg dh kahwin

    ReplyDelete
  11. kak ngah ~ ekekekek akakkkkk .. kena niee kangggg ekekekekke

    ReplyDelete
  12. mia ~ ekkekek yer miaaaaaaa .. its really gud 4 uuu dear :))

    ReplyDelete
  13. safura ~ bolehh dikkkk .. silakan hayati erkkk ekekekke

    ReplyDelete
  14. farra & mama hanim ~ hahahah ok2 :) ur are welcome dear :)

    ReplyDelete
  15. kak kartini ~ ok kakkk .. ur welcome kak ;)

    ReplyDelete
  16. ooo xboleh ramas yer..thanx for the info..

    ReplyDelete
  17. ooooooooooooo jgn ramas eh kak..hahaha

    ReplyDelete
  18. Mekasih kak ieda...brnda penting yang perlu dijaga...huhuhuhu..thx for sharing :)

    ReplyDelete
  19. OPSSSSSSSSSSSSSSSSS...tak leh ek....dah terrr lee........hik2

    ReplyDelete
  20. ramas xleh?
    kalo belai urut2 mcm taruh aromaterapi tu ok kan kan kan kannn...kahkahkahkahhhh

    ReplyDelete
  21. akak....tau tak minyak aromaterapi yg macam mana yg boleh digunakan? boleh kasik nama2 minyak tu? sori byk tanya....sbb nina tak tau sangat pasal menda2 gini....

    ReplyDelete
  22. malu-malu kucing baca statement yg last tu..hihi

    ReplyDelete
  23. bagus la tips akak nie..info yang menarik..sebab ia adalah aset terpenting bg wanita..kene jg baik2 nie..:)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...