Friday, February 25, 2011

NAK BUANG ANAK PUNYA PASAL


salam semua

pagi2 lagi dah baca berita mcm nie .. sedih sgt2 .. mlm tadi tgk 999 lagilah sedihhh .. apalah nak jadi dunia skrg .. sungguh2 hilang pertimbangan , paling menyedihkan bila yg melakukan ini anak2 melayu dan org islam kita .. kita jarang sekali dgr dari anak2 bangsa asing yg melakukan ini .. dan mungkin kalau ada pun mereka x kesah kuuut .. dan sedih sgt2 bila perlaku adalah gadis remaja IPTA .. huhuhuhu 

Siswi tunggang motor 300km

PONTIAN: Misteri ibu kepada bayi yang ditemui dalam mangkuk tandas di stesen minyak di Jalan Api-Api di sini, Ahad lalu, terbongkar selepas polis menahan seorang pelajar tahun akhir institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di rumah keluarganya, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin ketika dihubungi berkata, gadis berusia 20-an itu ditahan selepas pihaknya mendapatkan gambarannya daripada pekerja stesen minyak berkenaan tidak lama selepas penemuan mayat bayi terbabit.
“Hasil maklumat, lokasi kediamannya dikesan dan kami ke sana jam 9 malam Rabu lalu, sebelum menahannya bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati gadis itu melahirkan bayi lelaki berkenaan di dalam tandas rumah sewanya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan,” katanya, semalam.

Menurut Zahaliman, siasatan mendapati pelajar tahun akhir itu menunggang motosikal seorang diri sejauh kira-kira 300 kilometer dari rumah sewanya untuk ke stesen minyak berkenaan. 

Beliau berkata, gadis terbabit bimbang rahsianya melahirkan anak terbongkar dan nekad untuk cuba menutup perkara terbabit.

“Siasatan mendapati bayi itu dipercayai meninggal dunia sehari selepas dilahirkan, gadis terbabit kemudiannya diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah untuk siasatan lanjut,” katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi, sabit kesalahan membawa kepada hukuman penjara dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam kejadian jam 9 malam Ahad lalu, seorang pengawal keselamatan berusia 72 tahun terkejut apabila terjumpa mayat bayi di dalam tandas sebelum memaklumkannya kepada pekerja stesen minyak itu. Polis yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati bayi yang dibungkus dengan kain berkenaan sudah meninggal dunia.  

sumber : hmetro 

ps : mcm2 hal dunia skrg nie .. takut sgt2 mcm mana anak2 kita akan dtg ..


17 comments:

  1. sepatutnya tarik sekali lelaki yg buat dgn siswi 2.dah tahun akhir,gelap je masa depan.

    ReplyDelete
  2. mcm2 la budak remaja skrg...belajar tinggi2 pun takleh nak fikir dgn betul...

    ReplyDelete
  3. tak sula baca pasal buang2 baby nie..sian kat baby2 yg tak berdosa tu...mcm sampah dibuatnya..kan comel2 baby tu..tak sayang ke?
    org lain mcm2 usaha nak kan baby, yg dpt main buang2 jer..

    ReplyDelete
  4. belajar je tinggi2..otak kat lutut camtuhla jadiknya..bodo...nyusahkan org..

    ReplyDelete
  5. ingt kn yg x skolah je x pandai..
    yg belajar tgi pon x pandai rupe nye..
    ssh btol la budak zmn skrg ni.... ishh nk wat camne ni

    ReplyDelete
  6. Nauzubillah..manusia akhir zaman.
    Semoga kita semua terpelihara dari segala kejahatan & semoga Allah memberi hidayah utk mereka2 yg berhati zalim.

    ReplyDelete
  7. As salam ieda....nie la anak2 skrg..x hargai pengorbanan ibubapa yg berssh pyh htr depa ke U...tp buat perangai xsenonoh.X pikir masa depan depa nih!..yg herannya mudah jer bersalin.......kita yg halal nie pon sakit bkn main bila nk melahirkn bayi..harap2 pasni dia insaf lar..mana dosa berzina..lahirkn anak luar nikah..

    ReplyDelete
  8. allhuakbar..ape nk jadi lah kan..

    *hb

    ReplyDelete
  9. serius memang x suke.........dengar berita mcm nie......

    *jemput singgah blog sy heheheh*

    ReplyDelete
  10. setiap kali keluar berita pasal buang baby, rasa mcm nak menangis.. x tahulah dimana silapnya, generasi muda sekarang semakin pincang akhlaknya... yang sekolah tinggi pon boleh hanyut dibuai nafsu... sedih kan kak... mudah mudahan Allah pelihara negara kita dari ditimpa bala.. semoga kita semua sentiasa diberi petunjuk & hidayah oleh Nya

    ReplyDelete
  11. Aduhaii.. apa laa nak jadi dgn remaja skrg nie.. Esok dah kawin Allah tak kurniakan anak haa baru pandan ngan muka..

    ReplyDelete
  12. yelah..risau je apa jd dgn generasi akn dtg ni..hehh..kena buat yg terbaek didik anak² dgn ilmu agama =)

    ReplyDelete
  13. Astaghfirulahalazim..inilah jadinya kalau terlalu ikutkan nafsu..last2 masa depan sendiri yg merana kan k'ieda.. :(

    ReplyDelete
  14. aduhai...dunia...dunia...buang bayi mcm buang sampah jek.....takut kak bace cite2 mcm nie.....kdg2 terpikir, camne laa leh terpikir nak buang kan...kite kendong selama 9 bulan dlm perut ni penuh susah payah.....ni laa akibat nafsu muda....

    ReplyDelete
  15. Ya Allah ... apalah nak jadi pada manusia sekarang ni... masa seronok tak ingat dunia bila dah terdesak tahu takut azab dunia...

    ReplyDelete
  16. pg2 da baca psl cite ni gakk...

    tak tau la apa nk jd ngan remaja skang...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...