Wednesday, February 9, 2011

Kimora Kembali Lagi Dalam Life In the Fab Lane


salam semua ..

ha uols pernah tgk tak rancangan ini , ermm akak selalu jugak tgk .. Kimora nie amatlah terkenal skrg , dari seorang model , pereka fesyen dan skrg seorang jutawan dlm perniagaan rekaan fesyen nya BABY PHAT .. seronok tgk kisah kehidupan dia dlm rancangan nie , org kaya kan ... bila akak tgk tuu rasa mcm nak jadi dia huhuhu alangkah indahnya ..
( aibbb tetap bersyukur dgn kurniaan allah skrg ini .. ) 

akak ikuti dari 2 org anak dia masih kecil sehinggalah dia bercerai dan berkahwin baru dannn dpt bb baru ..  bawah nie kira pic terbaru dialah .. dia dah gemuk skrg uuuu + anak2 dia dah besar2  specially yg 1st tuu .. semua mcm negro sbb 1st hubby dia pun negro jugak .. kalau lah dia kawin dgn lelaki ingeris sure anak2 dia cumel kan .. sbb dia berdarah kacukan afrika dan asia ..

siri terbaru dia baru jer ditayangkan bersama anak ketiga dia yg dah hampir setahun akak rasa .. sbb semalam baru tgk preview baru dia :)


  

PETALING JAYA, 8 Februari 2011: Secara realitinya, siapakah diantara kita yang tidak mengimpikan kehidupan yang berjaya dan serba mewah? Bagaimanakah anda mendefinasikannya? Adakah dengan berapa banyak wang atau barang yang anda kumpul, atau berapa banyak harta yang anda akan tinggalkan? Bagi Kimora Lee Simmons, dia telah berjaya mencapai ke semuanya.

Untuk anak kelahiran St.Louis Missouri dan idola fesyen terkini ini, kehidupannya bukanlah sentiasa seperti di dalam cerita dongeng. Oleh kerana ketinggiannya dan mempunyai ibubapa campuran Afrika dan Asia, Kimora sering dibuli oleh rakan sekolahnya. Walaupun begitu, ibu Kimora telah mendaftarkannya di dalam kelas peragawati semasa dia berumur 11 tahun dan semenjak itu, kehidupanya telah banyak berubah menjadi bertambah baik.

Kimora Lee Simmons mula diterkenal apabila Karl Lagerfeld telah memilihnya sendiri menjadi peragawati untuk Chanel semasa dia hanya berumur 13 tahun.

Sebagai CEO untuk jenama pakaian Baby Phat, Kimora kini lebih dikenali bukan sahaja di dalam fesyen malah juga di dalam dunia perniagaan. Kimora memiliki segalanya, dari empayar fesyen yang bernilai jutaan ringgit hingga kasihnya yang tidak ternilai terhadap tiga orang anaknya. Apakah rahsia kejayaannya? Tontonila Kimora: Life in the Fab Lane untuk mengetahui lebih lanjut.

artikel penuh DISINI 


ps : hari nie uols BFAST ape ?? akak bfast 4 scoop of cappucino HL :) wallahhhhhh .. haa make sue uols ambil sarapan yg sihat ya utk kesihatan yg terjamin ...

14 comments:

  1. wah, Kimora adalah sgt fabulous! tu word dia suka guna kan. hehe

    ReplyDelete
  2. cantek dia kan tp ye laa dah kaya, boleh buat serba serbi sebb berduet...

    ReplyDelete
  3. salam,

    tak pernah tgk... tapi kengkawan opis ada bercerita... hebatnya dia kan?

    ReplyDelete
  4. selalu jugak tengok cita nie...sebab suka kimora tue gojes..sangat kan...

    ReplyDelete
  5. tgk smlm!
    heheehe..suka dia sbb dia susukan anak dia susu bdn walaupun dia busy.

    cm tak suka dia suke memerintah.heheeh...

    ReplyDelete
  6. suka tgk cite tu..ulangan pun sy tetap tgk jgk....

    ReplyDelete
  7. SELALU GAK LAYAN SHOW DIA NI KAT CHANNEL E...

    ReplyDelete
  8. tak penah tgk gak...best ke cerita dia tu...

    ReplyDelete
  9. Salam ieda,
    suka gak tengok rancangan realiti pasal Kimora tu. hehehe tentang ciskek tu kalau Ieda nak boleh lah. Akak ni dulu nuntut ilmu kalau org dah demand sampai 3 kali tak leh tolak tak baik gitu, hahaha. Bila Ieda nak nanti bagitau ya

    ReplyDelete
  10. aku pun minat giler ngan kimora nie...punyai kuasa & duit....tp mmg dier cerewet kann...tp hasil nyer memang marbeless...smlm tgk dier sambut bday anak dier yg aoki tu..perghhh...dasat2....

    ReplyDelete
  11. saya suka sgt tgk cite ni. suka tgk keletah dia..cara dia layan anak...mmg barbeles semuanya..

    ReplyDelete
  12. azue ~ kekkekek aku suke ayat dasat2 koo tuuu ekekekek

    ReplyDelete
  13. kaseh polo citer dia kak..suka tgk je la tapi takkan mampu bleh ada life cam dier.. anak2 dia la beruntung..apa nak sume dapat..hehehe

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...