Tuesday, February 15, 2011

Dia Dah Tua Mcm Tu lah - Norlia GHANI


 salam semua

baca artikel nie rasa lucu .. ermm jelas dan nyata norlia ghanie nie dah nyanyuk disebabkan faktor usia dia .. x heran lahhh .. alahhhh janji dia ada bukti .. lantaklah dia nak buat kenyaataan apa .. toksah lah deme2 nie nak sebuk2 yg dia buat kenyataan kerana gimik .. yang korang wartawan2 tuu bukan apa nak cari duit lebih lah tuu buat cerita itu dan ini .. semua org tahu kalau kes mcm nie , x heran sbb dia dah tua ..

For sure dia dah lupa .. and its NORMAL ok ..
toksah lah besar2kan isu tuuuu adehhhhhhhhhhhhhhhh
kesiann kat mak norlia ghani .. bawak bersabar ya makk .. sudah2 lah bertaubatlah , lebih baik x yah berlakon lagi .. akan menyiksakan minda dan badan jer .. huhuhu ( tul ker apa yg akak cakap nie ??? )

 
 
 sumber : mystar online

Kenyatan Bercanggah, Norlia Ghani Tolak Tuduhan Buat Gimik Kena Ragut 

PETALING JAYA: Pelakon veteran, Norlia Ghani, 63, (gambar) menafikan dia membuat gimik semata-mata ingin meraih publisiti murah kononnya wang pendahuluan untuk drama bersiri Mata Air sebanyak RM8,000 lesap akibat diragut.

Ia berikutan percanggahan kenyataannya mengenai laporan polis yang dibuat.

Norlia dalam kenyataan kepada mStar Online yang dihubungi beberapa jam selepas kejadian berkenaan pada Jumaat lalu memberitahu membuat laporan di sebuah pondok polis berhampiran pusat beli-belah Ampang Park, di mana lokasi kejadian ragut tersebut berlaku.
Kenyataan yang sama turut disiarkan di kebanyakan akhbar pada Ahad lalu.

Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnanin Abdul Rahman berkata, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian tersebut. Dalam masa yang sama ada sumber memberitahu peristiwa berkenaan sebenarnya gimik pelakon itu sahaja.
Norlia ketika dihubungi mStar Online, Isnin, bagi menjelaskan perkara terbabit bagaimanapun berkata tidak membuat laporan polis selepas insiden tersebut kerana terkejut dengan apa yang berlaku.

“Astaghfirullah, saya belum gila untuk membuat publisiti seperti itu. Bagaimanapun sebenarnya memang saya tidak pergi membuat laporan polis kerana agak terkejut dan trauma dengan insiden tersebut.
“Lagipun, kalau saya buat laporan polis, saya tidak yakin yang duit itu akan dapat semula kepada saya,” katanya.

Norlia juga menafikan dakwaan yang dia mengeluarkan wang RM8,000 sekali gus dari sebuah bank sebaliknya hanya mengeluarkan sejumlah RM3,000 sahaja wang daripada deposit drama berkenaan.

“Waktu itu, saya sudah mempunyai RM5,000 di tangan dan baki lagi RM3,000 dikeluarkan daripada bank. Saya mahu gunakan duit RM8,000 untuk membayar pinjaman rumah yang tertunggak selama tiga bulan,” ujarnya lagi.

Dalam kejadian Jumaat lalu, Norlia yang popular dengan gelaran Joyah menerusi drama Opah pada tahun 1980-an, mendakwa diragut oleh dua lelaki bermotosikal ketika sedang menunggu teksi di luar pusat beli-belah Ampang Park, dekat sini.
Menurutnya, wang berkenaan merupakan pendahuluan yang diterima daripada syarikat Zeel Production sebelum menjalani penggambaran drama Mata Air di Perlis pada 17 Februari depan.


ps : sakit2 lutut akak nie .. siap semua kerja2 umah , melipat , menyidai , membasuh , memasak .. opsss x masak ari nie sbb akak dah masak nasi lemak banyak soo anak2 makan tu jer .. pasni nak BW dan ingat nak ke pasar .. ekekekek aci tak ?? org ke pasar pagi2 .. akak ke pasar dah tgh ari .. huhuhu


29 comments:

  1. la takkan da nyanyuk kot kak??

    ReplyDelete
  2. Walaupun kenyataan tu menafikan tuduhan bukan-bukan oleh wartawan, somehow I don't think she would be pleased if she read this. He he he...

    ReplyDelete
  3. salam

    baru tahu kes ni...apakah gimik atau beliau mmg sudah nyuk? huhuh

    ReplyDelete
  4. farra ~ x mustahil dia dah nyanyuk dikk kita x tahu .. memandangkan usia ia tuu .. kalau dia gimik punn dia dpt apa ... huhuh org yg mensensasikan citer nie jer dpt banyak duit .. dia huhu

    ReplyDelete
  5. gen fujita ~ yes .. mana tahukan :)

    ReplyDelete
  6. sisyira ~ huhuh faktro nyanyuk tuu dah ada dikk .. :)

    ReplyDelete
  7. hehehe,kesian gak..dibuatnye citer ragut mmg betul2,naya je..

    samelah kt sini kak ida,zt masak spageti je,trus utk lunch hahaha

    ReplyDelete
  8. comey ibu dan anak2...

    begitulah kehidupan artis.. andai sakit di mata kita, saya rasa kita doakanlah yg terbaik utk dia..

    ReplyDelete
  9. macam-macam.. kalo dah mmg cerita betul, dituduh nyanyuk & reka2 cerita.. nasib baik x jadi artis.. cehhhhh....

    ReplyDelete
  10. aikk.. blh tukar2 citer lak ek.. hehe.. takkan nyanyuk kot.. cian lak kat dia.

    ReplyDelete
  11. Ketinggalan betul lah..sue baru ja tau cita ni..hehehheee...
    Tu lah artis..cita mcm tu pun bleh dipublisitikan..heeee

    ReplyDelete
  12. dh lama jugak tak nmpk dia belakon...

    ReplyDelete
  13. ha, gi pasar tengahari ke kak...klu kat tempat mia di kg...layu dah ikan..tp percaya klu di bandar...ayah mia suke beli time lwt ptg,kata ayah 'ikan br samapai'..

    ReplyDelete
  14. aduyai..
    harap2 dibukakan pntu hatinya,
    sama2 kte doakan :)

    ReplyDelete
  15. artis biasalah tu, suka cakap putar alam.lagilah faktor usia, cepat lupa.

    ReplyDelete
  16. mcm² kisah artis nih..xtau mana yg btol dh..mcm² versi ada..huhu~

    sy xmsk pon..hekhek..pi terjah rmh membe..dia tlg mskkan..aci x? =P

    ReplyDelete
  17. kalo betol kene ragut...kesian la kat dia....tp pe benefit nya dia nak make up cerita?sbb tu duit pendahuluan ke?

    ReplyDelete
  18. xtau akak sal ni..tu tandanya xbaca berita dn xdgr berita..bizi weh..seb baik sempat lyn blog..

    ReplyDelete
  19. ermm..ape ler..tuh pun nak buat2..

    kak eida..tak pe, pasar tgh ari pun ade lagi barang..

    ReplyDelete
  20. Salam Ieda,
    akak pun baru tahu. Nampak sangat tak mengikuti perkembangan berita, hehehe

    ReplyDelete
  21. Salam Kak Ieda, heheee macam2 artis ni kan kak =))

    ReplyDelete
  22. dunia artis ni macam2 kan kak.. hee :)

    ReplyDelete
  23. he2...agak nyayuk sedikit la tu..hehehhe

    ReplyDelete
  24. huhu,kesian sama dia.ntah2 dia da gabra sgt kot,smpai terkluar statement belit2 O.o

    ReplyDelete
  25. kesian kan jelah makcik ni... biarlah dia...wartawan pun tak patut nak ungkit sgt

    ReplyDelete
  26. hehe memacam cerita kan, apa2 pun bahaya bawak cash banyak2 gitu kan

    ReplyDelete
  27. huhu, macam2. Kita memang tak boleh percaya 100% dengan laporan akhbar sekarang. Mesti ada yang di putarbelitkan. Artis ni pun satu, entah mana satu betul pun tak tahu.

    Setuju dengan ieda, bawa2 berehatlah mak Norlia.

    ReplyDelete
  28. wah...bukan nyanyuk...cima lupa kot...besa ar dah2 berumur ni..kahkah,,,;d

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...