Thursday, February 24, 2011

Bapa Mertua Masih Tak Restu Perkahwinan Raisuddin Hamzah


 salam semua

ermm akak ada baca berita nie semalam .. entahlah apa nak cakap .. apa2 pun pada akak lah kalau perkahwinan tanpa restu nie , inilah cth yg akan terjadi .. senang ke hati mereka2 ini nanti .. dlm kehidupan kita nie .. kalau selagi kita di kelilingi keluarga kenalah pandai membawa diri dan x lupa siapa diri kita .. sentiasa berpijak di bumi nyata .. jgn ikutkan nafsu kelak binasa badan .. dan raisuddin hamzah nie bukanlah muda lagi .. huhuhuh


 
  Raisuddin (kiri) dan Siti Fatimah.

SHAH ALAM: Walaupun peristiwa penyanyi popular tahun 80-an, Raisuddin Hamzah bernikah kali kedua di Selatan Thailand telah empat tahun berlalu, bapa wanita terbabit masih tidak merestui perkahwinan itu yang dibuat tanpa pengetahuannya.

Suberi Abdullah, 51, berkata, Raisuddin yang dikenalinya sejak tahun 2002 apabila sering datang ke kedai makan yang diusahakannya juga tidak pernah memaklumkan hasrat untuk berkahwin dengan anaknya, Siti Fatimah.

“Selain itu, mereka tidak sepadan dari segi umur dan ia melibatkan maruah keluarga saya,” katanya ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Rabu. Dia yang disoal oleh peguam syarie Nor Azmi Mohd Ariff yang mewakili Raisuddin, 55, dan Siti Fatimah, 25, seterusnya memberitahu bahawa dia hanya dimaklumkan mengenai perkahwinan itu beberapa bulan selepas ia berlaku.

Tambah Suberi, 50, semasa itu anak sulungnya itu yang sedang menuntut di Universiti Selangor (Unisel) di Batang Berjuntai pulang ke rumah mereka yang terletak di Hulu Kelang, dekat sini.

“Siti Fatimah beritahu saya bahawa Raisuddin mahu berjumpa dengan saya. Saya jumpa dia di sebuah kedai makan di Ukay Perdana, Ampang dan Raisuddin cakap dia dah kahwin dengan anak saya. Saya beristifar,” katanya.

lagi info penuh DISINI

" Bergaduh, meninggikan suara, menggertak dan memutuskan hubungan kekeluargaan dengan ibu bapa jika mereka membantah bukan tindakan yang baik. Ia boleh membawa perasaan kecil hati kepada ibu bapa. Ini berlawanan dengan suruhan Allah yang menyuruh ibu bapa ditaati sehingga jangan mengatakan perkataan ‘uh’ kepada mereka. (al-Israa: 23-24 ")




UOLS SUKA KE PERKAHWINAN TANPA RESTU ??

ps : semalam ke klinik lagi bawa hubby , makan ais krim vanila tu x jalan huuhu dia masih sakit .. sampai klinik dr cek tonsil dia memang dah membengkak dan merah .. last2 dr decide tukar antibiotik dan CUCUK huhuhhu .. " sakit bangg " .. sakitttt lahhhhhhhhhh sambil pejam2 mata ... pagi nie alhamdulillah dah berpeluh dan kebah sikit .. harap2 ok lah .. mgkin antibiotik kurang kuat kelmarin .. so mlm tadi memang cucuk antibiotik yg kuat sikit ... insyaallahhh semoga dia cepat2 sihat .. :)) TERIMA KASIH SEMUA YG MENDOAKAN HUBBY AKAK ...

21 comments:

  1. huhu, 25 tahun?sama baya dgn jat.huhu.cinta betul lah xkenal usia.

    ReplyDelete
  2. sy pn xsuka klu kahwin tanpa restu ni..arwah nenek sy pernah pesan, jgn buat menda yg mak x restu..nnt xde keberkatan dlm apa yg kita buat tu..smpi skrg sy pegang kata² arwah nenek sy =)

    ReplyDelete
  3. susah juga kan tapi dah suka sama suka nak buat macammana..orang sekarang buat perkara kadang2 ketepikan pendapat orang tua tu yang susah tu..

    Harap hubby akak cepat sihat.

    ReplyDelete
  4. emm susahlah nak ckp,patutnya raisudin ni kenalah pndai ambil hati bapak mertua dulu sebelum nk ambil anak dara orang...insyaAllah kalau tua sekalipun if bapa mertua dh berkenan mesti dia terima...mcm hubby yana pn tua 13 tahun dr yana...

    ReplyDelete
  5. kawen tanpa restu ibu bapa tak berkat kan kak.. haishh..mintak dijauhkan la kaseh dari kawen ngn orang tua beruban puteh camtuh...dan yg lebih penting...mintak dijauhkan dari kawen ngan laki org..

    ReplyDelete
  6. kire mcm citer nenek kebayan la ni jugak kawin muda.ehehe...mmg susah nk dpt restu keluarga.ratu dulu pun camtu dulu...cinta terhalang.alhamdulillah berkat tak putus ada berdoa...n hati kami yg ikhlas n kuat...akhirnya kami direstui.... :)

    ReplyDelete
  7. tapi kan.. mereka dah kawen... takkan nak suruh cerai..? Moga2 dapat hidayah Ilahi..

    ReplyDelete
  8. mmg hot isu dieorg ni....mcm2 hal kan......moga2 bahagia laa hendaknye...amin!~

    sian abg akak....mesti dah tahap teruk tu tonsil tu...moga2 lepas amik injection tu terus sihat yeak kak......

    ReplyDelete
  9. camne ler perasaan istri tua dia kan.....hehe

    ReplyDelete
  10. ho ho tunggu anak dia buat kat dia plak..isk isk isk

    ReplyDelete
  11. susah le kahwin tanpa restu ni....kalau bahagia pun tak lama...rasa mcm hidup tak tenteram je...

    kalau leh doa selalu agar dilembutkan hati mak ayah dan sentiasa berusaha nk baik dgn derang balik...

    ReplyDelete
  12. Hmm..masih tak restu lagik yer..walaupun dah 4th berlalu.. hmm..tah laa tak reti nak komen pasal dia org nie.. sendiri yg menhadapinya kan..

    Alhamdullillah hubby Ieda dah beransur sembuh..bagus laa gitu..tapi jgn lupa makan ubat lagik ye..:)

    ReplyDelete
  13. kadanag tak faham dengan sikap orang amcam nie.. sian kat wife tuanya..

    ReplyDelete
  14. tak setuju kawin tanpa restu ni.. lama2 nnti mesti kita akan rasa serba salah..

    ReplyDelete
  15. apapun bg nadia, yg penting restu keluarga....sbb keberkatan and kebahagiaan tu bermula dari restu ibu bapa...

    ReplyDelete
  16. lorrrr anak nk kwin dia pun nak kawin
    kawin lak ngan budak 25 taun...ish2..mmglah jodoh tp x sesuai ok

    smoga hubby akk cepat sembuh :)

    ReplyDelete
  17. Jika ada restu keluarga, InsyaAllah ada lah restu dari NYA.. tapi jika tiada?? harap2 kelaurga mereka merestui lah sbb dah kawin pun..

    ReplyDelete
  18. ermayana ~ eh yer ker dikk ermmm kalau direstui semua akan menjadi dan bahgia selalu .. kerana usia bukan ukuran kan :)

    ReplyDelete
  19. nurul aima ~ ekekkek aah skrg nie balasan cash kan dik :)

    ReplyDelete
  20. ini ke yang dikatakan cinta itu buta? aduh...konfius!

    ReplyDelete
  21. erm...anak dia sara pun dh nk kawin tp kes dia xselesai2 jgak...erm...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...