Thursday, February 10, 2011

Ambil Kesempatan Kemalangan & Dosa Berganda


salam semua
selamat pagi :) .. ok erm pagi nie akak ada baca satu artikel pasal kejadian kutip duit rm 75K kemalangan di Kilometer 244 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), dekat susur keluar Pedas.. ingat lagi tak ??
Disini akak nak kongsi sedikit info untuk kita renung2kan bersama pagi2 ini .. jangan ambil mudah dengan perkara yg bukan milik kita .. semoga ia memberi peringatan buat kita semua .. insyaallah



Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah yang boleh dikatakan kepada pemilik wang syiling RM75,000 yang mengalami kemalangan di Kilometer 244 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), dekat susur keluar Pedas. Menurut laporan akhbar-akhbar tempatan, orang ramai dikatakan berpusu-pusu menghentikan kenderaan mereka, sebahagiannya bukan untuk menolong mengutip dan mengembalikan wang yang berteraburan itu tetapi sebaliknya mengambil dan melarikan semua wang syiling yang dikutip.

Tentunya penghargaan wajar diberikan kepada mereka yang datang membantu tetapi bagi mereka yang mengambil kesempatan melarikan wang terbabit, kejadian seperti ini amat mendukacitakan dan jelas memperlihatkan betapa rakusnya nafsu keinginan kepada wang.


Mereka sama sekali tidak mengendahkan persoalan hukum. Demikian amaran Nabi Muhammad :
 

يأتي على المرء زمان لا يبالي المرء ما أخذ منه ، أمن الحلال أم من الحرام

Ertinya : Akan sampai satu zaman dimana manusia tidak lagi menghiraukan dari sumber mana diperolehi hartanya, sama ada dari yag halal atau yang haram ( Riwayat Al-Bukhari)

Lebih teruk dari itu, tiada lagi rasa ‘malu’ dan hiraukan kecederaan tuan punya wang yang berada di tempat yang sama. Mereka juga tidak menghiraukan keselamatan diri mereka sendiri sehingga dilaporkan ada yang mengutipnya di tengah-tengah lebuh raya, sehingga terpaksa akhirnya pihak berkuasa menutup laluan bagi memastikan tiada kemalangan nyawa akibat kerakusan itu.


HUKUM BARANG JUMPA


Bayangkan di dalam Islam, setiap harta yang dijumpai dan tidak diketahui pemilik pun tidak boleh kita nikmati sebelum melalui proses tertentu. Harta yang ditemui tanpa dikethaui pemilik dinamakan ‘Luqatah’ di dalam ilmu Fiqh Islam.


Nabi menyatakan :
من وجد لقطة فليشهد ذا عدل أو ذوي عدل ولا يكتم ولا يغيب فإن وجد صاحبها فليردها عليه وإلا فهو مال الله عز وجل يؤتيه من يشاء

Ertinya : Barangsiapa yang menumpai sesuatu harta, maka wajiblah dia memaklumkannya ( bersaksi) dia menjumpainya kepada orang yang adil atau pihak berkuasa, tidak boleh sama sekali dia menyembunyikan dan menghilangkannya. Sekiranya dapat dijumpai pemiliknya wajiblah dia mengembalikan wang terbabit, jika gagal maka harta tadi adalah dikira milik Allah dan boleh disedeqahkan kepada sesiapa yang diingini.” ( Riwayat Abu Daud )

DOSA BERGANDA

Dosa bagi mereka yang mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain adalah lebih besar berbanding dosa biasa. Merampas dan meragut sememangnya merupakan suatu dosa. Namun apabila ia dilakukan di ketika pemilik harta dalam keadaan cedera kemalangan sama ada di jalanraya atau kemusnahan di dalam rumah. Dosa penjenayah terbabit BERGANDA, KEHINAAN mereka di sisi Allah juga menjadi berganda.


ps : lately nie akak sebuk sungguh di office huhuh nak2 internet di office maha LEMBAB .. sedih sesekali jer leh BW .. kalau tidak waktu lunch atau pagi2 nie .. ermm kalau tidak memang akak akan BW mlm jerlahh huhu harap adik2 dan kawan2 semua paham yer ... :(

 

15 comments:

  1. uish citer pasal duit ni kan kak..semlm kaseh jmpa sampul angpow berisi RM50 each.. kaseh jmpa 3 keping.. lalala..tapi kaseh dah pulangkan balik kat staff ofis nih.. taktau lak sapa punya..dia pun kata bukan dia punya..lantak dia la..janji kaseh dah pulangkan...

    ReplyDelete
  2. apa pun pulanglah kepada yg berhakkkk kan kak

    ReplyDelete
  3. haah kak... nape nak amik hak org kan??? lgpon diaorg nih mcm tak malu jerk duk kutip duit tuh... yg pnting tepuk dada, tanya hati.... sdiri mau ingatla...

    ReplyDelete
  4. dunia dah semakin tua kak...

    ReplyDelete
  5. yg bukan hak milik kite tetap haram kalo kite amik....malu gak mase bace cite ni dulu kak...sebab bangse kita gak yg pakat mengollect tuh.....

    ReplyDelete
  6. IBARAT MEMAKAN HARTA HARAM JUGAK KAN???

    ReplyDelete
  7. yup..obviously hukumnya haram amik duit tu..ala yg amik ni sume jenis xkisah hukum halal haram.main belasah jek..

    ReplyDelete
  8. yang dok tak malu amek tu dah tak heran halal ke haram ke... janji penuh helmet depa ngan syiling tu. sedih kan...

    ReplyDelete
  9. dunia akhir zaman bila manusia hilang malu...perempuan2 hilang malu..
    semogakita semoga berubah kerarah kebaikan..^_^..insap..

    ReplyDelete
  10. kutip mcm ngan sengkek sngtlaaa....
    nampak jelas kan....hak org ckop bekenan.....kena tuan tuh tak HALAL dunia AKHIRAT...sok nie jenuhlaaa

    ReplyDelete
  11. skang ni org dah x kisahkan pada sumber duit tuh..kesian kat owner tuh..org yg amik duit tu plak, xder perasaan malu pun kat owner tuh.huhu
    dunia, dunia

    ReplyDelete
  12. a ah,terbaca gak berita 2.mujurlah duit syiling,cube duit kertas.~xdpt nk imagine~

    ReplyDelete
  13. salam kak.. sori lama x dtg sini.. blk kg line slow sgt.. kt ofis bz tahap gaban skang ni..huhu..

    err kes jmp brg tu kan, semlm gi bli brg dapur, masa Q bayar tu ada org lupa amik brg dia, pastu cashier msk skali dlm troli kita, seb baik tgk, klu x free je teramik brg org..

    ReplyDelete
  14. tulah macam kenduri diorg kutip duit tu.. tapi sebenarnya haram pada diorg...tanggunglah akibatnya...

    ReplyDelete
  15. kutip lgsg tnpa rasa bersalah.yg berdiri muka di blurkan tu mcm pompuan je..haishh memalukan

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...