Friday, February 11, 2011

Aduh Gila Apa Lelaki Tuuu


 Lelaki Cedera Ditikam Selepas Motosikal Bergesel Dengan Kereta


KUANTAN: Seorang lelaki cedera parah ditikam selepas motosikal yang ditungganginya bergesel dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Gambang-Panching di sini, awal pagi Rabu. 

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Asisten Supritendan Noor Asyikin Shamsuri berkata kejadian berlaku pada kira-kira 4 pagi itu semasa lelaki berumur 21tahun itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Panching, apabila motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah kereta di satu persimpangan lampu isyarat Jaya Gading, di sini.

Beliau berkata insiden itu mencetuskan pertengkaran kecil antara lelaki itu dengan penumpang kereta terbabit, dan mereka kemudiannya beredar dari situ, sebelum terserempak sekali lagi di persimpangan lampu isyarat Jalan Gambang-Panching, kira-kira satu kilometer dari tempat berlaku kemalangan.

"Seorang lelaki kemudiannya meluru keluar dari kereta tersebut dan menikam penunggang motosikal itu dua kali dengan sebilah pisau sebelum melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Katanya penunggang motosikal yang ditikam di bahagian rusuk kiri itu kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk rawatan. Moor Asyikin berkata polis yang menerima laporan daripada abang penunggang itu kira-kira sejam selepas kejadian, berjaya menahan seorang suspek di sekitar kawasan kejadian dan turut menemui sebilah pisau, parang, serta mata lembing dalam kereta dinaikinya. - BERNAMA

 macam2 hal dunia skrg .. pelik sgt2 sbb hanya kemalangan kecil sahaja , kenapa yg bertikam lidah dan bertengkar , kitakan org melayu dan islam , kenapa ? dah x boleh berbincang cara lebih baik ke ?? 
dah gaduh2 tu sampai hati si pemandu tu menikam pulak pembawa motosikal tuu , kasihan ... 

ada akal ke tidak pemandu kereta tu .. ke dia seorang psikik !
herm minta di jauhkan kita dari berperasaan mcm tu , dan akak pun memang risau sbb akak pernah mengalami kejadian seumpama ini tapi tidak lah sampai bertikam2 ni .. masa tu akak tergesel motor seorang pakcik nie .. tidak lah tua sangat baya2 ayah akak , akak cakap baik2 mohon maaf sbb akak betul2 x nampak , masa tu akak bawa kereta hubby (hilux) , tinggikan bila akak masuk selekoh , bumper akak bergesel dgn bontot motor dia sehingga tumbang .. 

akak ketepi dan mohon maaf pada pakcik tu .. dia bukan main marah .. marah yg macam motor dia tuu dah hancur akak lenyekkan .. erghhh masa tu hubby akak x der .. dia siap mintak no tel hubby dan amik no tel akak .. akak beri dan berkali2 akak cakap akak minta maaf sbb akak betul2 x nampak dan akak dlm keadaan tergesa2 .. fuhhh puaslah jugak akak sebut maaf2 sampailah dia merendahkan nada suara dia .. lepas tuu dia berlalu pergi .. 

haaa tgk , atitude org sekarang , kita cakap baik2 bukannya kita x nak bayar tapi sesetengah org nie ingat bila kita berkereta besar dia nak marah2 nak tekan kita agaknya .. tapi sampai skrg dia x call pun akak mahupun hubby , mungkin bila dia balik family dia cakap .. alah perkara kecil jer nie .. motor dia x cedera apa2 punn cuma tumbang aje ... huhuhuuhuhuhu

syukur allah lindungi akak dari berlaku perkara yg lebih buruk


27 comments:

  1. Org skrg ramai yg dah sakit mental kot...bt sesuatu x pikir dgn rasional....

    ReplyDelete
  2. mcm2 hal skrg nih... bergesel sket jerk pon... blh ckp elok2 kan??? bncang elok2... klu kena bayar, bayar jerlah... xyah smp gi tikam org tuh sbb x puas hati.... mmg mental sgguh....

    ReplyDelete
  3. hb kt sini.... akak... iklan hb baru dah kuar tau... xde valentine pon... akak copy code terbaru kt hb akak... sajer nak bgtau akak... hehehehe....

    ReplyDelete
  4. samseng betul la dorang ni, tikam menikam ingat ni dalam filem ke apa? satu hal laki ni baran skit. kena bawak byk2 bersabar. bila marah cuba control. ni tak, melulu je bertindak.

    ReplyDelete
  5. mak ai. Yelah kenapa sampai nak bertikam mcm tu.

    Isnin lepas saya pun terlanggar motor, marah jugalah abang tu, tp mmg saya tak nampak dia. Alhamdulillah, dapat settle cara baik..

    ReplyDelete
  6. takut gak ek...
    skang ni ramai yg orang kurang waras...

    ReplyDelete
  7. mcm2x hal di dunia nie..benda kecik pn jd parah akhirnya

    ReplyDelete
  8. tu le kak...skrang ni perkara2 tak dijangke2 terjadi....pisau tu dah mcm bende wajib org gune tol menyelesaikan masalah....mudah-mudahan family kite dijauhkan laa musibah mcm nie.....

    ReplyDelete
  9. mmg ramai dah road bully skang ni kak.. arituh adik kaseh kena langgor keta dia secara sengaja tapi india la yg langgar... sib baik ada pakcik tu suami isteri stop keta dorang nak tolong..last2 india2 tu cabut...kalau tak..taktaula apa jadi..nauzubillah..

    ReplyDelete
  10. giler sampai nak membunuh..takde iman ke aper????

    hish..riso la manusia jenis cam gini..benda kecik sampai nak membunuh..ya allah...

    ReplyDelete
  11. ntahlah...org sekrg nie..salah nye sikit je tp hukuman nk bg tue smpai melibatkan nyawa...

    ReplyDelete
  12. semakin parah tekanan perasaan di kalangan masyarakat kita kan..

    tak taulah apa punca2 nya kan...

    ReplyDelete
  13. sekarang ni manusia hilang kewarasan fikiran.

    ReplyDelete
  14. kak ieda dua sekarang nie macam2 kan???

    ReplyDelete
  15. Manusia.. Kita susah sangat nak jangka sekarang.. Kan akak.. Hmmmm..

    ReplyDelete
  16. itulah sikap antara manusia skrg..
    kdg2dia tgk dulu
    jika kita berckp baik..dia mcm nk buli kita lak..

    serba xkena..akak kalu ada apa2 hal gini..tel hubby aje..kita xpyh nk nego2 dulu..takutkan sb kita pompuan..

    ReplyDelete
  17. entahlah dunia sekarang makin tk selamat rasanya...nk gi mana2 kena berhati-hati and baca doa perlindungan diri dan anak-anak,kdg pergi kedai je t bleh plak kena ragut dan temui ajal...jom buat aiskrim kak ieda...

    ReplyDelete
  18. emm..sesuka hati je nak bunuh..apa nak jadi lah..haihhh

    ReplyDelete
  19. x suka org panas baran x bertempat sampai xde pertimbangan..

    ReplyDelete
  20. takutnya kalau jumpa samseng jalanraya macam tu... setakat munna tak pernah lagi langgar org... org yg langgar keta munna adalah...

    ReplyDelete
  21. betul2 sis.jat tahu..kdg2 org yg kita terlanggar ni,diorg akan reda marah bila kita minta maaf..O.o

    ReplyDelete
  22. tapi kalau dalam kereta ada banyak senjata tajam, mmg sah2lah diorang tu penjahat. ntah perompak ker, penyamun ker... huhuhu.. mengerikan. baca entry sambil klik2...

    ReplyDelete
  23. ada jg org mcm ni, minta maaf berkali, makin la naik kepala...lagi2 klau kita perempuan.

    ReplyDelete
  24. bila perasaan menguasai diri manusia kan..macam2 benda boleh berlaku..huhuh mintak simpang la..menakutkan..

    ReplyDelete
  25. kak!!! ;)
    nadia dah click hb.. ;))

    ReplyDelete
  26. manusia makin hilang pertimbangan akal..huhu

    ReplyDelete
  27. isau ngat ngn dunia skarang..
    harap2 kte dijauhkan ngn
    mnde2 tu kan kak..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...