Monday, February 28, 2011

Anakku Comel Giveaway by LittleStoryFromLittleFamily


 salam semua

haa akak nak joint GA layie .. tadi jalan2 umah zana .. dia buat 1st GA .. soo apa layie akak join jer lahh mana tahu ada luck kan :) 
so sape2 yg nak join .. moh ke SINI



 pic yg dipertaruhkan adalah

v
v

v

v

v

v



harap2 ada lah tuah zahrien nie ... :)


kena TAQ 2 org 
tapi mcm biasa , sure ramai yg nak sertainya kan .. soo mcm biasa kepada semua followers akak yg tersayang , silalahhhhhhhhhh sertainya ...


tarikh tutup 12.03.2011 jam 11.59 pm


Lemak Labu & ikan masin bersama Terung Grg Berlada


salam semua 

meh nak citer pasal menu ari nie .. 
hari nie best sgt .. dpt jumpa ELIZA , adik blogger dari KL .. dia ke kuantan dari semalam atas urusan suami .. so petang tadi sebelum balik akak jumpa lah dia di kolej .. kecik molek orgnya .. sama2 gile mcm akak ekekkeke ok eliz nanti jgn lupe upload pic tau .. akak nak copy gak upload kat sini nanti erkk

soo balik je umah .. terus masak nie .. grg berlada terung , masak lemak labu ikan masin nie akak masak semalam dirumah mak .. memang cadang masak lebih utk akak bawak balik ke ktn umah akak .. so ari nie kira dinner kami masak lemak labu ikan masin dan terung grg berlada ..
ada sambal tempoyak tapi x sempat nak take pic lah .. x tahan , lepas masak petang tadi akak terus makan .. ekekekek kalau sedap2 mcm nie mana boleh tunggu malam kann bahaya ekekekek

ok lah moh layan jer pic2 nie :)



 
 terung grg berlada:)


masak lemak labu & ikan masin
x berapa nampak ikan masin sbb ditengelami kuah ekekek


ps : yuk ramai2 tgk SYTYCD sesson 7... minggu nie minggu ke2 tau .. akak x nak miss .. peminat tarian lah katakannn .. zazzzzzzzzzzz upssss nanti bila habis akak BW yer .. tunggu :))


Kak Pah GIVEAWAY


salam semua

arini akak merajinkan diri menjoint GA .. bukan di TAQ oleh sesiapa ekekke
tapi sendiri mau join .. moh ramai2 terjah SINI utk join bersama :)


 kena TAQ 3 org 

tapi

akak nak TAQ semua follower2 akak yg tersayang :)
silalah buat , mana yg dah buat GUD LUCK ...

tarikh tutup : 12 Mac 2011


Makan JAMU tak ??


salam semua

haa nak tanya uols , selain pil2 supliment uols suka makan jamu tak ??
kelmarin akak ada lah terbaca satu artikel pasal Jamu Mak Dara dalam satu paper nie .. x berapa menyakinkan .. terus akak search dalam google 
.. ermm baru lah merasa sedikit yakin ..

walaupun akak x makan jamu2 nie .. sbb akak dah makan maajun yg dibuat oleh nenek saudara akak .. tapi Jamu Mak Dara nie salah satu jamu yang amat2 bagus dan membantu kaum wanita khususnya .. banyak cerita2 dan pengalaman2 yg akak dpt baca pasal jamu ini .. ok kalau uols nak cuba atau nak baca bolehlah google aja .. :)


Tip Ibu Halimah
  • Apabila megambil jamu, jangan amalkan minum air kelapa kerana ia akan meneutralkan semula badan
  • Untuk wanita lepas bersalin, pegambilan jamu boleh dimulakan pada jari ketujuh selepas melahirkan anak sehingga habis tempoh berpantang.
  • Wanita yang bersalin secara pembedahan, digalakan mengambil jamu selepas 2 atau 4 minggu setelah luka pembedahan pulih
  • Amalan berpilis bertujuan menghalang darah meroyan naik ke mata manakala bertungku dan berbengkung pula dapat merapatkan pintu rahim
  • Dalam tempoh 44 hari berpantang. jangan bersama dengan suami untuk  mengelakkan kerosakan faraj.
  • Sekiranya mendapati diri hamil, elakan mengambil jamu atau sebarang ubat-ubatan lain.
  • Apabila usia mencecah 40 tahun, kurangkan pemgambilan makanan laut sebalikanya lebihkan ulam-ulaman
  • Bagi wanita, kurangkan pengambilan makanan dan minuman sejuk utnuk mengekalkan kesihatan
  • Jangan amalkan makan bersulamkan air kerana ia boleh menyebabkan perut buncit

kita org perempuan ini kena selalu jaga kesihatan dan kecantikan .. x kira luar atau dlm .. tapi lebih titik beratkan dalaman ok .. sbb dalaman ini nak pakai lama .. bagi yg sudah berkahwin lah .. yg belum pun apa salahnya .. jaga dan terapi ia secukupnya .. barulah bila suami mendapatkan kita dia akan tersenyum puas :)


ps : mlm tadi akak lupa makan maajun akak tu .. nina siap cakap .. " eh ibu x makan ubat ibu ker mlm nie " ekekkekek sabor jerlah anak dara aku tuuu .. ( dlm hati bagusnyaaa , dah ada org perasan akak makan maajun ekekek )

Akhirnya Mereka Bersatu


salam semua

akhirnya .. tahniah buat sarah dan shuib .. akak minat shuib sbb SEPAH .. minat sarah sebab suke lagu duet dia dan jamal abdillah .. harap2 perkahwinan mereka boleh kekal bahagia sehingga ke anak cucu ..
insyaallahhh .. sama2 kita doakan ya .. ermm setahu akak lah bukan ker sarah ini eprnah bertunang dgn seorang mat salleh dan mereka putus kan ?? .. ekekekkek ermmmmmmmmmmmmm



KUALA LUMPUR: Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Sarah Raisuddin, 27, kini sah bergelar isteri kepada salah seorang ahli kumpulan Sepah, Shahmira Muhahamad (Shuib), pada majlis pernikahan mereka yang diadakan di Jeumpa D'Ramo, Bangsar, di sini, Sabtu.
Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 5.45 petang oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Nizar Mohd Nadzir, yang juga merupakan Pembantu Hal Ehwal Islam di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.
Pada majlis yang serba ringkas itu, Sarah kelihatan anggun dengan busana rekaan Hatta Dolmat berwarna salmon peach menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 serta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dengan berbalas tujuh dulang.
Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak.




Momen bersejarah pasangan mempelai itu disaksikan oleh kira-kira 200 orang tetamu termasuklah ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat mereka.
Ditemui selepas majlis berakhir, Sarah yang kelihatan gembira sebaik selesai akad nikah itu melahirkan rasa syukur kerana hubungan cinta mereka yang terjalin selama enam bulan itu berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan.

"Alhamdulillah, segala perancangan berjalan dengan lancar. Sepanjang saya mengenali Shuib, dia seorang yang jujur dan telus.

"Kami seperti mempunyai satu hala tuju yang sama,” tutur Sarah.
Sementara itu, Shuib juga turut memanjatkan kesyukuran apabila majlis bersejarah mereka itu berjalan dengan lancar dan kini sah bergelar suami kepada Sarah.


sumber : Mstar online

ps : pagi nie akak shake jer .. uols makan apa .. mood nak bfast x der .. keletihan semalam x habis lagi .. huhu



Saturday, February 26, 2011

Adoi Lipas


salam semua 

ermm selamat pagi semua ..  pagi2 akak bangun untuk sediakan bfast utk anak2 dan hubby , hari nie ummi akak ada dirumah soo cepat2 lah masak itu dan ini sbb nanti tgh ari akak kena kerja , KSP ada karnival pendidikan di ECM , so perasmiannya jam 2.00 ptg nanti .. jadi akak kena prepare bfast yg berat2 ari nie .. dah plan ngan ummi mcm biasa nak buat nasi lemak ..

Xceli bukan nak cerita pasal nasi lemak sebenarnya .. tapi x tahan nak cerita pasal binatang nie .. huhuh akak mengemas dapur pagi tadi .. masukkan barang2 dapur yg akak beli semalam di GIANT .. mak aiiii berlari2 anak si LIPAS nie .. adehhhh x tahan dgn bau dia .. banyak tullll .. bersembunyi !
eermm sambil2 mengemas akak berleterkan hubby .. ingatkan dia suh beli ubat lipas .. akak x pecaya sgt guna ubat lipas nie .. pakai sekejap pastu dtg balik huwaaaaaaaaaaa .. hubby cakap itu sahaja lah caranya .. dia cakap .. cer cari petua2 org lama nak hilangkan lipas kat umah .. ummi akak pun ada lah cakap pasal daun pandan nie .. 
haaa boleh percaya ker ??
huhuhuhuhu 


   petua : melayu lama
 
" Daun pandan boleh menghalau lipas yang tinggal dalam kereta, kabinet di dapur atau almari pakaian. Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat yang didiami lipas. "


ps : siap semua sarapan dan makan tghari terus .. pasni nak bersiap utk ke ECM .. hubby dan anak2 akan amik akak kul 5 nanti , leh lah merewang jalan2 bersama ummi di ECM nanti ..


Friday, February 25, 2011

Alhamdulillah


salam semua

ok back tu cerita di KL aritu ..
balik dari kenduri akak dah x daya nak bawak kereta , hubby pun sama .. last2 adik akak yg bawak .. dia cakap nak merasa bawak kereta baru nie ... ekekekke , so merasa lah dia bawak .. :)) alhamdulillah bila dpt ini barulah akak dpt terus ke KL dan rasa lega sgt2 sbb akhirnya apa yg ditunggu2 dah dpt  .. rasanya semua masih ingatkan .. apa yg akak pernah katakan dlm entry sebelum2 ini ..  haaa inilah dia .. syssssssssssssss ;))



mcm biasa akak jadi camerawoman .. huhuh

 selesa sgt2 .. puas hati .. alhamdulillah ..
tgk lah hubby dan BIL akak .. serius relax jer mereka ini .. :)
anak ?? hermm semua naik kereta satu lagi ...


NAK BUANG ANAK PUNYA PASAL


salam semua

pagi2 lagi dah baca berita mcm nie .. sedih sgt2 .. mlm tadi tgk 999 lagilah sedihhh .. apalah nak jadi dunia skrg .. sungguh2 hilang pertimbangan , paling menyedihkan bila yg melakukan ini anak2 melayu dan org islam kita .. kita jarang sekali dgr dari anak2 bangsa asing yg melakukan ini .. dan mungkin kalau ada pun mereka x kesah kuuut .. dan sedih sgt2 bila perlaku adalah gadis remaja IPTA .. huhuhuhu 

Siswi tunggang motor 300km

PONTIAN: Misteri ibu kepada bayi yang ditemui dalam mangkuk tandas di stesen minyak di Jalan Api-Api di sini, Ahad lalu, terbongkar selepas polis menahan seorang pelajar tahun akhir institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di rumah keluarganya, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin ketika dihubungi berkata, gadis berusia 20-an itu ditahan selepas pihaknya mendapatkan gambarannya daripada pekerja stesen minyak berkenaan tidak lama selepas penemuan mayat bayi terbabit.
“Hasil maklumat, lokasi kediamannya dikesan dan kami ke sana jam 9 malam Rabu lalu, sebelum menahannya bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati gadis itu melahirkan bayi lelaki berkenaan di dalam tandas rumah sewanya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan,” katanya, semalam.

Menurut Zahaliman, siasatan mendapati pelajar tahun akhir itu menunggang motosikal seorang diri sejauh kira-kira 300 kilometer dari rumah sewanya untuk ke stesen minyak berkenaan. 

Beliau berkata, gadis terbabit bimbang rahsianya melahirkan anak terbongkar dan nekad untuk cuba menutup perkara terbabit.

“Siasatan mendapati bayi itu dipercayai meninggal dunia sehari selepas dilahirkan, gadis terbabit kemudiannya diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah untuk siasatan lanjut,” katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi, sabit kesalahan membawa kepada hukuman penjara dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam kejadian jam 9 malam Ahad lalu, seorang pengawal keselamatan berusia 72 tahun terkejut apabila terjumpa mayat bayi di dalam tandas sebelum memaklumkannya kepada pekerja stesen minyak itu. Polis yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati bayi yang dibungkus dengan kain berkenaan sudah meninggal dunia.  

sumber : hmetro 

ps : mcm2 hal dunia skrg nie .. takut sgt2 mcm mana anak2 kita akan dtg ..


Thursday, February 24, 2011

The FaceBLOG

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit


AKAK DAH JOIN , ANDA BILA LAGI ??

 klik sahaja di banner atas ini


TAHU siapa manusia TERKAYA di malaysia ??


 salam semua

kalau uols kaya , uols buat apa ngan duit tuuu ??.. ha sila jawab .. soalan petang2 nie ekekkeke .. akak puas cari jawapan sbb apa yg akak fikirkan x mungkin sama bila tgk duit di depan mata .. jadi ???





Majalah Malaysian Business hari ini mengeluarkan senarai 40 Manusia Terkaya di Malaysia (baca: Malaysia’s 40 richest people).

Berikut adalah senarai 10 Individu Terkaya di Malaysia untuk tahun 2010 dengan anggaran kekayaan masing-masing:
  1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76b
  2. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas)  RM27b
  3. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group)  RM11.92b
  4. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86b
  5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group)  RM10.38b
  6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09b
  7. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01b
  8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4b
  9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5b
  10. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2b
Mengikut majalah tersebut, jumlah kekayaan 40 individu tersebut meningkat berbanding tahun lalu, namun masih belum setinggi tahun 2008 sebanyak RM171.9 billion. Untuk tahun 2010, direkodkan, jumlah kekayaan terkumpul untuk 40 individiu tersebut ialah RM156.7 billion.

Lima muka baru dalam senarai 40 individu terkaya di Malaysia ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura, Datuk Seri Nazir Razak dari CIMB Group dan Ong Leong Huat dari OSK Holdings, yang muncul semula dalam senarai itu selepas tiada dalam tempoh setahun.


agak2 nya lah kan .. mereka nie bahgia tak bila mereka kaya ?? huhuh
akak bersyukur dgn apa yg ada .. kerana itu lah janji allah kepada setiap umatnya .. kaya atau miskin hanya allah sahaja yg dpt menentukannya .. biar miskin harta jgn miskin HATI ... dan kalau tgk pada senarai diatas , semua yg kaya2 ini kebanyakannya adalah dari bukan orang islam  ..

“Bukanlah kekayaan itu dari banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah rasa cukup yang ada di dalam hati.” (HR. Al-Bukhari no. 6446 dan Muslim no. 1051 dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)

1st Give-Away By Deekuntum


salam semua

ermm sekali lagi di TAQ oleh adik ermayana
GA anjuran adik DEEkuntum aka http://deekuntum.blogspot.com

moh join ramai2 .. sapa nak join sila klik kat 
banner bawah ye :)

  

 akak nak TAQ

adik LIEYA 

adik PURPLELICIOUS

tarikh akhir 28hb Feb 2011

Majlis Perkahwinan anak kawan ayah

  
salam semua

di KL last week akak sempat jugak ke rumah kawan lama ayah akak masa di JB dulu .. kai bersaudara , sebelah umi akak .. anak sulung dia berkahwin .. anak sulung dia dulu masa kami kecik2 kawan rapat sbb duduk satu taman di JB .. kira dia pangkat adik lahh .. skrg bekerja sebagai DR .. dan isteri dia pun DR juga .. sama2 dr .. dah jodohkan :) majlis berlangsung di USJ .. 

ok lah moh layan jer pic2 nie .. nak bercerita panjang2 punn malas rasanya sbb x daya nak taip panjang2 .. rasanya pic2 nie dah menceritakan segalanya :)


 

 punya lah ramai org .. masa nie dah pukul 2 tau .. kalau di pahang nie .. dah susun kerusi dah ekekek

 pasagan mempelai petang tuu :)

 lauk2 yg dijamu .. katering tgh ari tuu sedapp sgt2 .. nasi dia best .. siap ada mcm2 desert :)


 diantara desert yg disediakan .. puding caremel , bubur kacang , ABC punn ada :) dan kuih talam pulut ..



 zahrien bersama mak saudara dia :)

 umi & ayah 

 umi & nenek .. masih daya nenek akak nie :)

 ps : rasa mamoii jer akak lately nie .. hubby yg demam akak lak rasa penat semacam huhuh

Bapa Mertua Masih Tak Restu Perkahwinan Raisuddin Hamzah


 salam semua

ermm akak ada baca berita nie semalam .. entahlah apa nak cakap .. apa2 pun pada akak lah kalau perkahwinan tanpa restu nie , inilah cth yg akan terjadi .. senang ke hati mereka2 ini nanti .. dlm kehidupan kita nie .. kalau selagi kita di kelilingi keluarga kenalah pandai membawa diri dan x lupa siapa diri kita .. sentiasa berpijak di bumi nyata .. jgn ikutkan nafsu kelak binasa badan .. dan raisuddin hamzah nie bukanlah muda lagi .. huhuhuh


 
  Raisuddin (kiri) dan Siti Fatimah.

SHAH ALAM: Walaupun peristiwa penyanyi popular tahun 80-an, Raisuddin Hamzah bernikah kali kedua di Selatan Thailand telah empat tahun berlalu, bapa wanita terbabit masih tidak merestui perkahwinan itu yang dibuat tanpa pengetahuannya.

Suberi Abdullah, 51, berkata, Raisuddin yang dikenalinya sejak tahun 2002 apabila sering datang ke kedai makan yang diusahakannya juga tidak pernah memaklumkan hasrat untuk berkahwin dengan anaknya, Siti Fatimah.

“Selain itu, mereka tidak sepadan dari segi umur dan ia melibatkan maruah keluarga saya,” katanya ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Rabu. Dia yang disoal oleh peguam syarie Nor Azmi Mohd Ariff yang mewakili Raisuddin, 55, dan Siti Fatimah, 25, seterusnya memberitahu bahawa dia hanya dimaklumkan mengenai perkahwinan itu beberapa bulan selepas ia berlaku.

Tambah Suberi, 50, semasa itu anak sulungnya itu yang sedang menuntut di Universiti Selangor (Unisel) di Batang Berjuntai pulang ke rumah mereka yang terletak di Hulu Kelang, dekat sini.

“Siti Fatimah beritahu saya bahawa Raisuddin mahu berjumpa dengan saya. Saya jumpa dia di sebuah kedai makan di Ukay Perdana, Ampang dan Raisuddin cakap dia dah kahwin dengan anak saya. Saya beristifar,” katanya.

lagi info penuh DISINI

" Bergaduh, meninggikan suara, menggertak dan memutuskan hubungan kekeluargaan dengan ibu bapa jika mereka membantah bukan tindakan yang baik. Ia boleh membawa perasaan kecil hati kepada ibu bapa. Ini berlawanan dengan suruhan Allah yang menyuruh ibu bapa ditaati sehingga jangan mengatakan perkataan ‘uh’ kepada mereka. (al-Israa: 23-24 ")




UOLS SUKA KE PERKAHWINAN TANPA RESTU ??

ps : semalam ke klinik lagi bawa hubby , makan ais krim vanila tu x jalan huuhu dia masih sakit .. sampai klinik dr cek tonsil dia memang dah membengkak dan merah .. last2 dr decide tukar antibiotik dan CUCUK huhuhhu .. " sakit bangg " .. sakitttt lahhhhhhhhhh sambil pejam2 mata ... pagi nie alhamdulillah dah berpeluh dan kebah sikit .. harap2 ok lah .. mgkin antibiotik kurang kuat kelmarin .. so mlm tadi memang cucuk antibiotik yg kuat sikit ... insyaallahhh semoga dia cepat2 sihat .. :)) TERIMA KASIH SEMUA YG MENDOAKAN HUBBY AKAK ...

Wednesday, February 23, 2011

My Rempeyek Giveaway


 salam semua

selamat petang semua dan petang2 nie akak telah di TAQ 
oleh  adik munna utk joint GA nie


  

 tarikh tutup : 1 march 2011....11.59pm

kena TAQ mamber tau .. soooo
akak nak nak TAQ

adik farra
adik Gee
adik zati embong
adik zatil


BILA malam inilah rutin ku


salam semua

ermm inilah rutin akak mlm2 .. cek buku / homework anak2 .. nina & riena kalau x di cek harus kena buat kat sek nanti .. walau mereka ke jagaan lepas waktu sek .. tapi bila balik umah still nak kena semak kerja2 rumah mereka .. , lepas akak dah siapkan urusan rumah , akak akan ambil masa dlm 1/2 jam sebelum mereka semua tidur ... masa nie ayah mereka tgh sakit mata .. memang x sempatlah ayah mereka nak bantu tgk2 kan :)

mereka nie dah ada table di dlm bilik tapi masih nak duduk  buat kerja di ruang tamu  .. puas marah2 .. bila mereka lepak2 buat homework di ruang tamu .. ermm mcm biasa zahrien lah yg akan mengacau .. leh tahan pulak tuu ... emmmmm mcm2 hal budak2 nie kan ...




 akak nak ucapkan terima kasih buat teman2 yg sudi doakan agar hubby akak cepat2 sembuh .. tapi dia still demam di rumah .. entahlah katanya sakit tekak makin menjadi .. mgkin radang @ tonsil .. ada kawan2 cakap bagi makan ais krim vanila  .. akak belikan aiskrim vanila jenama nestle tadi .. tgk mcm mana .. kalau dia masih x ok .. mlm nie memang akak kena bawa dia ke klinik semula ... huhuh dah lah mlm nie anak2 ada tuisyen ....


Tuesday, February 22, 2011

SAKIT MATA dan hari ini HUBBY demam


salam semua

kelmarin hubby sakit mata .. sakit mata dia dah jadi kebiasaan bagi dia .. sbb hubby kerja kimpalan besi .. boleh dikatakan setiap sekali sebulan pasti dia akan kena sakit mata ini .. sakit mata yg pada akak agak pelik kerana mata dia akan menjadi merah menyala .. katanya pedih .. yg paling pelik bila dia cakap hanya boleh diubat dengan letakkan ais di atas mata sambil memejamkan ia ..
hermmm selalunay org sakit mata akan ke klinik dan ambil ubat mata kan .. ini bukan sakit mata yg biasa2 tu .. hanya perlukan gumpalan ais dan sapu tangan utk mengubatinya .. kata dr ini disebabkan kepanasan risiko kerja kimpalan besi ini ..

mula dulu masa baru2 kawin , akak memang pelik .. puas carikan dia ubat , dia cakap x perlu .. hanya perlukan ais .. lepas semalaman tekap mata dengan ais nie .. redalah sakit mata tuuu .. hermmm mcm2 hal kan .. kalau org  tahu memang akan rasa pelik .. tapi apa2 pun dah dekat 20 tahun hubby mcm nie .. setiap kali sakit mata dtg .. memang akak dah stand by ais dlm peti ais tuu :)

ais diisi dalam sapu tangan dan diikat

dan di tekap di kelopak mata .. sampailah dia tertidur ..



tapi hari nie .. hubby demam pulak .. akak baru balik dari klinik bawa hubby .. sedih sgt .. lepas satu2 hal yg terjadi .. patutlah rasa x sedap hati bila nak kuar rumah pagi tadi .. tgk dia dah lain mcm .. semalam mlm punn dia dah rasa mcm bisa2 bdn tu dtg .. akak ingatkan bagi dia makan ubat demam akak , dia akan kebah sedikit .. tapi tidak .. balik petang tadi , makin panas badan dia .. huhuhuhu


ps : kalau sempat akak BW mlm nie .. lewat sikit kutt .. nak picit kepala hubby .. kasihan pulak .. x sampai hati tgk .. katanya dia pening kepala .. :(

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...