Monday, January 24, 2011

Tips untuk MINUM AIR SECUKUPNYA


salam semua 

ok nie akak nak share tips utk minum air secukupnya dlm seharian kita .. ada diantara kita yang x boleh minum air 3 liter sehari .. sbb ada yg x tahan nak kencing2 .. hahahah dan ada yg memang x leh terima air banyak2 dlm bdn .. 

alahhhhhh minum banyak2 punn dia akan kuar melalui air kencing .. haaa susah apa .. minum jer heheheheh 
ok2 .. jgn pusing kepala .. moh tgk tips yang akak nak share nie .. 



*Praktikkan mengambil air yang cukup setiap hari, kalau boleh mulakan dari sekarang dan anda akan rasa perbezaannya! Sukat berapa liter yang anda minum setiap hari. Muhasabah diri dan perbaiki pencapaian pada keesokkannya.




Sedikit tips bagaimana untuk minum air secukupnya:

(1) Minum 2 teguk setiap 10 minit dari jam 7 pagi hingga 7 malam.
*Anda akan minum 3 liter dalam tempoh tersebut!


(2) Masukkan air dalam botol-botol kecil dan kira berapa yang anda telah minum
*Jika botol besar, semangat mudah luntur


(3) Jika anda selalu minum seliter sahaja sehari atau kurang, cuba tambah sedikit demi sedikit setiap hari (bukan sekali gus 3 liter). Tanamkan sikap "Hari ini lebih baik dari semalam"


  Fakta:


Tubuh akan hilang 1.7 liter air satu hari melalui proses pernafasan dan kumbuhan.
*Bayangkan jika anda cuma minum seliter sehari!



Kenapa air terlalu penting kepada tubuh manusia?
Otak kita mengandungi 90% air

*Lihat di sekolah, anak siapa yang selalu menjinjing botol air? Dan anak siapa yang selalunya bijak?

Otot kita 75% air
Tulang kita 22% air
Darah kita 83% air
Air menstabilkan suhu badan
Air mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel
Air melembabkan udara dalam paru-paru
Air meningkatkan kadar metabolisma!
Air melindungi organ-organ
Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi dengan baik
Air melindungi dan melembabkan rawan


Apa yang berlaku sekiranya kita kekurangan air?

Tubuh selalu kepenatan
Sakit kepala yang kerap atau migrain
Sembelit
Ketegangan otot
Tekanan darah yang tidak seimbang
Masalah buah pinggang
Kulit kering
Risiko Kematian


ps : ingat ... nak cantik dengan sihat .. bukan cantik tapi dalaman kita x sihat :))


22 comments:

  1. hahahaa..akak yg minum air byk ni..tak menahan tul jika asik ke tandas emmbuangnya..dgn suasana ekon sejuk..lagilah..huhu

    tapi xpe..mesti dan wajib minum air byk..kuat kencing means bhn kumbahan keluar...betulkan..

    ReplyDelete
  2. Saya antara org yg kurang minum air. Pas baca n3 kak eida ni, nak g minum air lah.. hehe..

    ReplyDelete
  3. lya kalo nk minum air kosong..nyeksa sgt2.... x leh nak pegi.. mesti nk ada rasa.

    ReplyDelete
  4. suke minum air masak........tapi xtahan selalu nk kencing adoiii..hehe kat opsi ni sy lah yg selalu duk ulang alik ke jamban..hikhik

    ReplyDelete
  5. btul tu kak.. air masak mmg bagus.. 2liter per day plg skit saya minum..hehe..

    ReplyDelete
  6. info bagus ni tp if berlebihan minum air dr kadar sepatutnya boleh mudarat jugak kan? wanita jika dipinang di usia emas wajarkah terima?

    ReplyDelete
  7. dh try akak...satu hari 3L..
    badaN jadik sejOOK jaa....
    past bila BF ke baby pn rasa mcm best....kalO dak kering kontang..heheheheheh

    ReplyDelete
  8. Waah good info dah tipss..tq for sharing yer Ieda.. :)

    Mmg bagus minum air kosong nie..tapi tu laa selalunyaa..mmg kelaut laa jadi nyaa.. :)

    ReplyDelete
  9. Yg X tahan tu..kuat minum air..slalu jer nk ke tandas..tp mesti lawan gaklah..air mmg sgt penting utk tubuh kita..

    ReplyDelete
  10. suker air masak...
    bergelen2 minum seari..hah toksa bohong..hehe..suker n minum lam kuantiti bnyak pun tak bagus kan..kang berair je badan...haha.. :P tapi saya amal mesti minum lebih 8glass of water..^_^

    ReplyDelete
  11. suka gak minum air bebanyak smpai rase tlebih minum air kot. asik ke toilet je ekon sejuk, hehe
    tips lagi : beli tupperware cantik2. heee

    ReplyDelete
  12. selalu lupa nak minum walaupun ada dah air masak kat meja office ni... kadang 1 botol mineral yg kecik tu sampai 2 hari baru habis

    ReplyDelete
  13. yana kan setiap hari memang kerap minum air..makan boleh tahan lagi kalau air memang tak leh tahan...;d

    ReplyDelete
  14. saya agak jarang minum air..
    kena minum byk2 lah pasni :D

    ReplyDelete
  15. mmg elok minum secukupnya...tp kene tahanlah asik ke tandas..

    ReplyDelete
  16. win mmg amalkan minum banyak air masak/air suam.kerap pegi tandas juga.
    *kakieda tau tak, kalau di sekolah anak cina yang kerap minum air masak.budak cina yg bijak siap bawa air 1 liter tu ke sekolah.cikgu pun mcm tu, bekas air paling besar cikgu kaum cina la empunya.diaorg kata,kalau nak kulit cantik& bdn sihat,kena bnyk minum air.eh,berjela pula cmment.sori kak

    ReplyDelete
  17. Bila sibuk kat opis, selalu lupa minum air. Sekarang takut lupa, letak kat depan mata.penting sebenarnya minum air suam ni.

    ReplyDelete
  18. win ~ yes winn akak setuju sgt2 .. memang ketara tuu .. bila anak2 ke sek .. anak2 nyer botol air paling kecil .. budak2 lain semua besar ..

    dan paling best habis di minum
    anak2 akak kalau di gertak mcm tuu ada sekali tuu mereka buang air tu sampai habis sbb takut akak marah ..

    akak tahu akak nasihat x baik bohong ibu .. skrg nie guna pendekatan nasihat jer huhuh

    ReplyDelete
  19. munna ~ biar benar dikk .. sikit tuu .. kena ubah heheh

    ReplyDelete
  20. semua ~ ya kalau kita minum banyak air masak .. memang akan ke toilet .. but its good sbb air kuar sebagai toksin dlm bdn kita .. tu yg kita nak dia kuar .. jgn simpan .. banyak kebaikan minum air masak nie :)
    enjoyy :))

    ReplyDelete
  21. ohh kak..yg minum dalam botol kecik tu yg kaseh praktikkkan skang..kalau takk liat giler nak nak minum air...

    ReplyDelete
  22. Saya Start minum air jarang Time saya sakit.. Saya memang org yg tak suke minum air jarang.. Tapi paksakan diri pasal nk baik.. Alhamdulillah sampai skrng air lain semua dh tak pandang.. Air jarang jer kat sbelah..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...