Friday, January 21, 2011

Tiada hukum khusus bersanggul tinggi


salam semua ..
 selamat petang semua .. ada yg pergi minum petang ker ?? hehheh akak masih ditmpt kerja lahhh .. menunggu masa nak balik huhuhhu .. haaa moh akak share artikel ini ..
mari kita hayati .. semoga jadi panduan utk semua ..:)




APAKAH hukum perempuan bersanggul tinggi?
AWIN, Selangor

ALLAH menetapkan cara bergaul, berpakaian dan berhias yang terbaik di dalam al-Quran sama ada bagi kaum lelaki atau perempuan yang beriman.
Bagi lelaki, Allah berfirman yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang apa yang mereka kerjakan." (Surah al-Nur ayat 30). 

Manakala bagi wanita Allah berfirman yang bersambung dengan ayat di atas: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah al-Nur ayat 31).

Setiap lelaki dan perempuan mukmin hendaklah mematuhi suruhan Allah di atas. Hukum bersanggul bagi wanita pula, tiada larangan khusus mengenainya.


Dengan kata lain, ia masih dibenarkan apabila memenuhi syarat berpakaian bagi seorang wanita itu berada bukan bersama mahram dan di luar rumah seperti menutup aurat, tidak menampakkan tubuh badan (tidak ketat) dan tidak menarik perhatian ramai.


Ini kerana cara berpakaian yang membuka aurat, ketat dan menarik perhatian ramai dan seterusnya bergaul bebas antara lelaki dan wanita bukan daripada ajaran Islam.


Namun terdapat hadis yang menyentuh persoalan akhir zaman dengan masyarakat manusia mula melupai ajaran agama. Mereka tidak menghiraukan tata cara bergaul dan berpakaian yang diajar agama.


Mereka lupa tanggungjawab untuk mendidik keluarga dengan ajaran agama. Ini berlaku sama ada kepada kaum lelaki atau wanita.


Contohnya, Rasulullah bersabda: "Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat." (Riwayat Ahmad).


Seterusnya: "Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini." (Riwayat Muslim).


Hadis ini perlu difahami secara umum dan dalam konteks tertentu seperti di atas. Ia bukan boleh dijadikan asas hukum wanita bersanggul tinggi semata-mata.


Ini kerana hadis berkenaan menceritakan wanita-wanita terlaknat kerana mengabaikan ajaran Islam. Begitu juga dengan kaum lelaki yang disebutkan di atas. Walaupun begitu, kita hendaklah berwaspada supaya tidak melakukan perbuatan sedemikian. 


 sumber : hmetro - fikrah dr salam


 ps : jadi jelas semuanya selama ini kan .. selalu tu org tertanya2 kenapa x boleh dan kenapa ada yg cakap boleh .. buatlah yg terbaik dan tidak menimbulkan niat x baik org itu sahaja - pandangan akak :)

 

16 comments:

  1. apa y lya faham dr ceramah..ttg sanggul tu x boleh tinggi ke atas.. mcm bonggok unta. Kalo rmbut pnjang & kita menyanggulnyer lain.. biasanya sanggulke bwh..
    tp skrang... ada sanggul palsu y didtgkn complete dgn tudung semata-mata utk nampak erbonggol ats kepala..

    apa2 pun... kita semua manusia biasa.. x tlps dr dosa.. & lya msih x perfect... msih x ikut garis panduan y sebenarnya dlm islam.

    ReplyDelete
  2. tu pasal... pnah terbaca isu nih...

    dtg klik2 hb akak... hehehe....

    ReplyDelete
  3. yer akak..tak dinafikan lagik...allah DH janji dengan BALASANnya...huhuhuh...

    tp manusia zaman laa tak hiraukan...dengan sume tuh..yg pnting bila besanggOl tinggi..mereka berasa chantik skali.....

    mintak dijauhkan semua....moga-moga kita tak mcm tuh...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Ieda

    Drp riwayat Ahmad, Rasullullah telah bersabda tentang hukum bersanggul tinggi...akan dilaknat dan tidak akan masuk Syurga

    Wassalam

    ReplyDelete
  5. tgik skrg ni mmg ada siap yg sanggul palsu lagi diaorg jual... jgn sanggul berlebih sudahlah..ini mengalahkan menara dah tingginya

    ReplyDelete
  6. klu was was bek kita jgn buat...tol x? kita amek yg terbaik je lah kan =)

    ReplyDelete
  7. Ustaz Kazim menerangkan tentang hadis ni..yg dimaksudkan dlm hadis tu ialah model yg tak menutup aurat...sebab kalau pakai tudung, pakai la macamana pun janji tutup aurat dan tak nampak bentuk badan..wallhuaklam..

    ReplyDelete
  8. fadzli amir ~ setuju dgn adik .. :)

    ReplyDelete
  9. pernah gk bc psl isu nie...tp kalau rambut dh tlalu panjang n bila ikat mmg nmpak bonggolan tue mcm mn lak yer..myb d haruskan la kan!huhu

    ReplyDelete
  10. baru tau kak..hehe..thanx 4 d info...

    ReplyDelete
  11. Biarlah dorang nak bersanggul tinggi. akak rambut sikit tak boleh buat sanggul.dah lama dengar pasal ni, tak tahu yang mana satu nak ikut.

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...