Sunday, January 30, 2011

Rita Rudaini Tamatkan Sengketa Dengan Mertua


 salam semua

alhamdulillah baca berita pagi2 nie .. pasal rita & family Aidil Zafuan .. ermmm syukur lah mereka dah berbaik semula .. haa kan bagus mcm tuu .. 

akak sebenarnya ada pengalaman mcm nie .. tapi dari sebelah akak lah .. akak dan hubby kawin suke sama suke .. but kami adalah dua pupu iaitu nenek dan atuk adik beradik .. so kami dlm satu family .. tapi ayah dan mak akak x berapa suke dan menentang keras perkahwinan kami , entahlah mereka x suke akak kawin dua pupu nie .. ( sbb x leh citer .. )  .. tapi masa tuu akak bertekad nak teruskan jugak ..mak yg lebih x suke .. tapi sebulan lepas kami kawin mak dah leh terima sbb ayah akak selalu nasihat , x baik kita x suke hubungan mereka nie sbb nanti anak kita yg susah .. seperti tidak merestui .. bila ibu & bapa x merestui banyak masalah akan timbul dlm perkahwinan ini ..

sekarang alhamdulillah mak dan ayah akak x marah lagi .. mereka dah suke .. dah 11 tahun kann :) cucu2 mereka punn dah besar .. :) syukurrr 
dan berbalik kepada kisah rita nie .. akak suke sgt sampai ada rasa lega di dada nie bila baca ..



PETALING JAYA: Hubungan yang keruh melibatkan pelakon Rita Rudaini Mokhtar,35, dengan keluarga mertuanya kembali jernih apabila kedua-dua pihak sudah menamatkan perselisihan faham yang tercetus hampir tiga tahun lalu.
Peristiwa air mata itu berlaku di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak di sini pada malam Khamis lalu apabila suami Rita, Aidil Zafuan,24, membawa ibu dan bapanya Azizah Arshad,58, dan Abdul Radzak Salleh,61, untuk menziarahi cucu mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia dua tahun di pusat perubatan itu akibat demam panas.

Ketika tiba di pusat perubatan berkenaan, Rita telah meluahkan segala isi hati yang terbuku selama ini sehinggalah kedua-dua pihak bermaaf-maafan bagi menjernihkan segala kekusutan yang terjadi.

“Emak sayangkan Rita. Mak restu perkahwinan Rita dengan Aidil,” kata Azizah sambil memeluk menantunya dengan linangan air mata.
Rita juga turut mencium tangan Abdul Radzak sambil kedua-dua mereka meminta maaf di atas segala masalah yang telah berlaku selama ini.

 kisah lanjut DISINI


 ps : kalau kita kawin tanpa restu mak dan ayah .. memang susah .. kalau boleh mintalah restu mereka dulu barulah teruskan .. tapi kalau dah jodoh kita kuat .. insyaallah mak dan ayah kita akan paham .. inilah jodoh yg allah dah tetapkan :)

5 comments:

  1. Alhamdulillah..mmg susah kalau takdpt restu orgtua kan...byk cobaan dan dugaan nk kena tempuh sblm akhirnya keluarga menerima..

    ReplyDelete
  2. Suka kak!Betul,kdg2 diOrg nak kan yg terbaik utk anak2 diOrg, tp mcamane skali pn, kena jugak bg ruang pada anak2 utk suarakan ape yg diOrg nak :)

    ReplyDelete
  3. betul mcm akk ckp..kawen kene restu parents..n lin faham pe yg akk rs, rita lalaui..sbb lin pun mengalami pengalaman yg sama..tp lg lama dr akk br hubungan kami sekeluarga pulih...

    ReplyDelete
  4. bagus lah dia owg pun dah ada anak kan...;d

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah ...itu yg terbaik kak..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...