Thursday, January 6, 2011

owwww jgn jadi begini ...


salam semua ..

huhuuh terkejut tgk artikel pasal lelaki nie ..
huhuhuhu jgn jadi mcm nie 

pleaseeeeeeeeeeee
ada lagi manusia yg gemuk mcm nie kerana seorang WANITA !!! huhuhuhu betapa besar penangan seorang wanita tuuuu .. takut tul lahhhhhhhhhhhhh
 

 

Gemuk kerana ditinggal kekasih

 

LONDON: Lelaki paling gemuk di dunia, Paul Mason memberitahu kekecewaan ditinggalkan kekasih mendorong nafsu makannya menjadi-jadi hinggakan berat badannya mencecah 444 kilogram.

Mason, 50, tidak berhenti makan 24 jam sehari semata-mata untuk memulihkan hatinya yang terluka. Menjelang 2009 keadaan tubuhnya menjadi terlalu gemuk sehinggakan dia tidak dapat berjalan.

Akhbar ketika itu mendedahkan bagaimana dia memerlukan pembedahan bagi mengurangkan makanan yang diambil jika dia mahu terus hidup.
Sejak itu Mason yang berasal dari Ipswich sudah mengurangkan lebih 190 kilogram dan melepaskan gelaran Lelaki Paling Gemuk di Dunia dipegangnya. Dia juga berharap akan menemui cinta baru.

Mason mendedahkan dia menghadiri makan malam dengan seorang wanita istimewa pada Hari Tinju. Namun, dia mengakui: “Makanan adalah dadah saya. Ia memerlukan usaha untuk memperoleh saiz sekarang ini. Saya tidak pernah makan begini ketika muda. Saya kurus dan aktif ketika itu.” “Amalan makan tanpa henti 24 jam sehari disebabkan oleh sesuatu perkara yang berlaku ketika saya berusia 20-an. Anda boleh kata yang saya makan untuk menyembuhkan hati saya yang terluka.

“Saya bertemu seorang wanita pada usia 21 tahun dan dia membuatkan hidup saya cukup sempurna. “Dia berbeza dengan wanita lain yang saya temui sebelum itu. Dia berusia 39 tahun dan lebih tua daripada saya. Saya masih berasa sedih untuk menceritakan apa yang berlaku.

“Saya memanggilnya Char. Saya menyukainya dan berfikir akan meneruskan hidup ini bersamanya.“Dia mempunyai kediaman sendiri dan saya membantunya untuk menghias rumahnya. Kemudian, secara tiba-tiba dia memutuskan hubungan kami.
“Kejadian itu berlaku pada 1986 ketika saya berusia 26 tahun. Dia bertemu dengan lelaki lain dan kemudian terus bertunang.”

ps : bila dah jadi mcm nie .. benar2 mengancam nyawa anda .. yg mana anda pilih ..??

18 comments:

  1. adoii kesian pulak tgk dia kak ..

    ReplyDelete
  2. kesian dia...dan nampak sgt dia x sihat...dia patut masuk biggest looser...

    ReplyDelete
  3. kesian dia kan kak..tapi mintak dijauhkanla..takut lak kalau frust leh jadi camtu..uwaa tak rela..hehhe

    ReplyDelete
  4. takutnye kak kan kalo jadi camtu...tu laa kerana cinta mcm2 leh jadi....yg bunuh dirinye laaa, yg simbah asidnye laaa, yg mkn sampai gemoknye laaaaaa.......

    ReplyDelete
  5. ermm.. sedih juga bila cinta x kesampaian.. kiranya dia mmg btl2 cintai perempuan tu..

    tp kalo xdpt handle perasaan mmg mcm2 perkara boleh jd.. tp ini lbh baik drp bunuh diri krn cinta.

    ReplyDelete
  6. cinta sejati tu kak..hehe..

    ReplyDelete
  7. Hi Ieda,
    kesian pun ada. Tapi kenapa ye manusia ni kekadang kerana frust sanggup menyeksa diri. Sekarang ni diri sendiri yg susah.

    ReplyDelete
  8. OMAIGOD!!!

    pengsan tengok..

    akak agen herbalife ek? skrg harga dah bape ek? dulu shah guna gak tapi sebab shah student, nak taknak kena stop. skrg shah dah kurang 5 kg sebab jaga makan.

    ReplyDelete
  9. yeay...dh leh komen...
    ishhh..takutnyer tgk bdn dia.. minta simpanglah..

    ReplyDelete
  10. adoi... bam bam nya... kuat betul penangan wanita ni...

    ReplyDelete
  11. tu la kak..eli ada gak baca kisah mamat ni semalam..terkejut tgk berat 444kg..adoii la..kot ya pun frust,xyah ah mkn mcm tu kan huhuuh
    kan dh xleh nk bergerak

    ReplyDelete
  12. kesian pulak kat dia kan.. huhu

    ReplyDelete
  13. aduyaii kak... sampai camtu sekali dia kiciwa yerk..... kesian sungguhlah...

    akak linn dari haritu nak tinggal tak tertinggal2 dek kerana umar nak tlg taip sama.... nak bgtau... akak mmg cantik menawan tertawan debaboomm... siyesss.....

    ReplyDelete
  14. adusss nk kemana2 pun payah dh ni...huhuh


    kena buat sesuatu ni...badan makin montel...

    ReplyDelete
  15. hope tak jadi camgitu hehe

    ReplyDelete
  16. shah ~ aah dikk still .. rege dulu berapa shah amik ?? rege depends pada percent yg diberi ooleh distributer .. ermm kalau jadi ahli lain lagi :)
    boleh lah teruskan ..jgn malu2 contact akak ...

    ReplyDelete
  17. ciklinn ~ heheheh aah kan dah lama x online tu .. thanx ciklinn .. nie ummi yg puji , ker ummar yg puji ?? :))

    ReplyDelete
  18. cinta sejati betullah ye org ni..
    tapi kalo saya.. nak putus putuslah aku cari lain aje hahaha

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...