Friday, January 28, 2011

makanan SEIMBANG @ SUPLIMENT

  
salam semua
 
dah lunch semua .. aaa ari nie ari jumaat kan :)
best lah ngulor2 tuu ekekekek .. akak x tahu nak kemana .. ermmm x plan mana2 pun walaupun gaji dah masuk kannn :)
 
soo ari nie nak cite pasal supliment nie .. ada kawan akak yg tanye elok ker makan supliment nie .. soklan cepu mas niee .. sbb akak pun x pernah amik supliment seumur hayat akak :) soo akak google utk cari kepastian dan ingin sharekan dengan semua ..

ok moh layan info nie .. mudah2an leh membantu ..

 


 
 
Membincangkan topik itu, Ketua Pemakanan di Institut Jantung Negara (IJN), Mary Easaw John berkata, selagi seseorang itu sihat dan boleh makan apa sahaja, mereka sepatutnya tidak perlu mengambil makanan tambahan.

Menurutnya, perlu atau tidaknya pengambilan makanan tambahan bergantung kepada kesihatan seseorang.Ini kerana keperluan bagi setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain.

Menerangkan lebih lanjut kata Mary, secara umumnya, seseorang itu tidak perlu bergantung kepada makanan tambahan selagi mereka mengamalkan pemakanan seimbang dalam kehidupan harian.

“Sebenarnya kita tidak memerlukan makanan tambahan selagi masih mengamalkan pemakanan seimbang. Adalah tidak benar bahawa sebiji pil makanan tambahan mampu menggantikan makanan untuk tengah hari ataupun malam,’’ ujarnya.

Beliau menyangkal pendapat sesetengah individu mengambil makanan tambahan kerana berpandangan makanan seharian tidak lagi mampu memenuhi khasiat yang diperlukan badan.Katanya, untuk mendapatkan pemakanan seimbang bukanlah rumit seperti yang disangkakan sesetengah orang.

Seseorang perlu makan seperti yang disarankan dalam piramid makanan. Menu harian perlu seimbang - ada sumber karbohidrat, protein, serat, vitamin dan mineral - yang semuanya ini boleh diperoleh daripada makanan.

Beliau menjelaskan, sebenarnya hanya dalam kes tertentu seseorang itu disarankan mengambil pil makanan tambahan. Selain golongan tua, golongan pesakit yang mengalami masalah hati, batu karang, pankreas dan penghadaman antara yang disaran mengambil makanan tambahan.

Tidak terkecuali mereka yang mengamalkan diet sebagai contoh golongan remaja, wanita yang datang haid serta wanita hamil.


Sambung Baca: DISINI


ps : sok cuti .. minggu depan CNY .. anak2 akak semua cuti sek bermula senin nie .. sampai minggu depan .. syokkk nyer .. x yah bangun pagi2 dahhh ekekekke

 

16 comments:

  1. Salam Ieda,
    dulu sebelum kahwin akak memang tak pernah ambik apa2 supplement pun. Tapi my hubby memang suka ambik supplement ni, especially segala jenis vitamin. so akak pun terikut2, dulu memang akak ambik banyak macam2 ada, hasilnya memang ketara especially kulit. Memang semua tegur kulit nampak cantik dan badan tak lah letih. Tapi nak maintain tu lak masalah sebab bukan murah, bila anak membesar dan budget pun terhad so pengambilan nya pun terhad gak, huhuhu.

    ReplyDelete
  2. dulu zaman bdn sekeping kan nurul ada amek B Complex...pastu selera makan membuak2...napa ek..hhehhe..dah gaji...ala kami belom....sedeyyy..

    ReplyDelete
  3. sy skrg mmg xde mkn supplement pun..last mkn masa peknen..kene cr jgk sbb bdn makin lama makin tua

    ReplyDelete
  4. dulu x penah amik ape2 supplement sbb agak mahal kan. tp teringin tu ade.. hihi.. bila dpt tau blh amik free kat klinik panel baru la amik. tu pun EPO je..vit C tu coming soon lah.. hehe

    ReplyDelete
  5. dulu akak penah mkn supplemen sblum preggy mek sarah...pastu stop..jenama apa akak da lupa...

    baru2 ni je mcm nk mkn blik suplement sb bdn mcm lemah..

    pastu lum beli jgk..tapi skrg..amlkn gaya hidup sihat sb ada blogger bgtau..suh minum byk2 air masak dan mkn buah serta sayur..sama gak katanya..

    btw..nice info n tenkiuttt...

    ReplyDelete
  6. saya kadang2 makan, kadang2 lupa..hehe

    wow..bestnyer cuti lama!! :)

    ReplyDelete
  7. yus amik pharmaton ja kak..mmg sgt2 diperlukan bila hari mengajar..super energy tuk yus dan hubby..utk anak2 yus bg multivitamin Champ jaa...

    ReplyDelete
  8. lieya dulu tak penah amik vitamin kak....kalo preggy jek mkn vitamin.....

    ape pun sgt bagus info akak nie....

    ReplyDelete
  9. kt mmg tak pernah lagi mkn splmt kak, pemalas habiss,...

    ReplyDelete
  10. win tak pernah mkn splmt kakieda,takut ada effect..bgs lagi kita mkn mkanan yg seimbang dan fresh kan.tq 4 info..

    ReplyDelete
  11. Good info kak..saya time pregnant je makan vitamin..tapi sejak2 dah masuk 30 ni hihi saya ambik EPO tapi atas nasihat & pemantauan doc la..

    ReplyDelete
  12. k'ieda...hikhik...bawu dpt juin blog...windu...blog kwn2 lain...-hug-

    ReplyDelete
  13. good info sis..
    biaseny org yg bz ngn krjaya akn
    amik suplment ei..huhu~

    ReplyDelete
  14. kak aidah ~ saya x pernah amik suppliemnt kak .. saya dari anak dara layie memang amalkan makan maajun dan dalm 2-3 tahun nie saya amalkan maajun dari tuk saudara + minum teamix .. :)
    aah suppliment skrg mahal2 .. sesuai dgn perubahan dan teknologi skrg :)

    ReplyDelete
  15. kak sarah ~ aah kak .. apa2 pun amalan minum air masak banyak2 adalah awet mude .. percaya bahawa mengamalkan minum air masak dan makan buah2 tuu menyebabkan bdn kita cergas dan sihat .. pengeluaran toksid punn berjalan lancar .. thats most important :)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...