Tuesday, January 18, 2011

Magsa Di Pukul dengan Senjata Tumpul ! - apalah nak jadi dunia skrg


salam semua 

pagi2 lagi dah dengar berita sedih .. sedih dgn kematian pelajr sekolah yg amat trajis .. di pukul dan ditanam didalam lubang .. dilakukan oleh org melayu islam kita !!! 

dimana erti perikemanusiaan nie !! apa dah jadi pada budaya melayu org islam dan dimana unsur belas kasihan orang - orang kita .. ya allah apalah nak jadi dgn manusia skrg nie ... huhuhuhu
semoga allah melindungi mereka2 yg dizalimi


 
Mayat mangsa ditanam di belakang sebuah rumah selepas dipukul geng curi motosikal


KOTA SAMARAHAN: Hanya disebabkan mengetahui banyak maklumat mengenai kegiatan sindiket curi motosikal, seorang pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera di sini, dibunuh kejam sebelum mayatnya ditanam di belakang sebuah rumah di Kampung Pendam, Sadong Jaya, dekat sini, Sabtu lalu. 

Dalam kejadian jam 5 petang itu, Taufik Abdul Rahim, 15, berasal dari Kampung Iboi Ulu, dipercayai dipukul enam anggota geng curi motosikal sebelum mayatnya ditanam dalam lubang sedalam kira-kira 0.5 meter di belakang rumah salah seorang suspek.

Kegiatan kumpulan itu terbongkar selepas polis mengesan seorang daripada suspek berusia 19 tahun menggunakan motosikal mangsa kira-kira jam 8 pagi semalam di pekan berdekatan, dan hasil soal siasat dia membawa polis ke tempat mangsa ditanam.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Abdul Rahman Ahmad, berkata laporan kehilangan mangsa dibuat keluarganya di Balai Polis Asajaya pada jam 1.30 petang kelmarin, sebelum usaha mencari dilakukan.

“Siasatan awal mengesahkan suspek bersama lima rakannya bertindak memukul mangsa dengan menggunakan kayu selepas bimbang mangsa membocorkan rahsia kegiatan mencuri motosikal di kawasan ini.

“Suspek kemudian membawa polis ke lokasi kejadian yang terletak di belakang rumahnya sebelum mayat mangsa yang lengkap berpakaian ditemui ditanam dalam lubang,” katanya ketika ditemui, semalam.

Difahamkan, sindiket curi motosikal itu turut terbabit dalam kegiatan pecah rumah sekitar Samarahan dengan suspek ditahan pagi semalam dikatakan bertindak sebagai orang tengah.


info lanjut : SINI


** tapi akak mcm pelik , macam mana mangsa boleh kenal geng2 tu .. dari apa yg akak paham mangsa berkawan dengan geng2 tu dan mereka takut kalau mangsa membongkar rahsia mereka .. maksudnya disini mangsa memang mengenali mereka secara dekat .. ye tak ?? wallhualam ..

ps : dah takut dengan budaya kawan2 di sek , risau anak2 terpengaruh dgn budaya ganas mcm nie .. huhuhu

13 comments:

  1. tula macam2 mende pelikla....

    ReplyDelete
  2. kesian mangsa...budaya bunuh membunuh ni dah smakin berleluasa skrg...takut...

    ReplyDelete
  3. kesian mangsa...budaya bunuh membunuh ni dah smakin berleluasa skrg...takut...

    ReplyDelete
  4. tu la kak, dgr berita mlm tadi mengucap2 lieya....dunia skrang ni dah tak takut balasan..senang2 jek amik keputusan nak bunuh2 org.....

    moga dijauhkan laa dari keluarga kite.....

    ReplyDelete
  5. Mcm2 dunia skrg ni...org tak takut nak membunuh...mcm bunuh nyamuk je...

    ReplyDelete
  6. I heard this new over radio this morning. Just don't know what is happening with human beings lately. They freely killing another human!

    Condolences to the family. :(

    ReplyDelete
  7. alfatihah..
    sempat tgk berita ni masa kat klinik smlm.. tp x bape clear.

    ReplyDelete
  8. salam,

    bila nafsu menguasai akal.... takder perasaan belas kasihan dah... lenyap dari jiwa yg sudah mmg halus dan rapuh tu...

    ReplyDelete
  9. erm rasa macma agree ngan akak.. mangsa kenal budak2 tu kan..so kira masa pun lebih kurang terjebak jugak la kot.. apa2pun takziah buat keluarga mangsa..

    ReplyDelete
  10. baru tau pasal nih..malam tadi tgk berita tapi tak tau keseluruhan citer nih..

    sian kt mangsa tu..tak memasal kena bunuh..

    teruk bebudak skang nih sampai sanggup membunuh..

    ReplyDelete
  11. macam2 sekarang nie berlaku risau & menjadi takut lak

    ReplyDelete
  12. Ngerinya.. Teringat iklan dalam tv cakap, haiwan tak leh jadi manusia tapi manusia boleh jadi haiwan.. Macam tu laa lebih kurang ayat dia..

    ReplyDelete
  13. pengaruh tv gak kot, bunuh2 ni macam kacang je. apa nak jadi la dunia skrg.

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...