Saturday, January 29, 2011

Kuman KU2 Pelawak Bob Sakit Jantung Bengkak - obesiti !!


salam semua

dan selamat petanggg ... ok dah lucnh lum .. akak x lunch arinie .. masak utk anak2 jer .. masak lemak kobis dan ikan goreng sahaja ekekek simple jer kan .. ermm masak banyak2 lauk pun anak2 x makan .. sayr kobis nie masak lemak memang kegemaran anak2 :) 

ok lah bukan nak citer pasal masakan akak ari nie .. nie akak aa dgr dlm berita pasal BOB kumin nie .. aduhh ciann dier kan .. dlm ICU .. dan keadaan dia mcm dah stabil .. katanya dia sakit sbb keadaan dia yg terlalu berat tuu .. berat ia mencecah 212 kg uuuuuuuuuuu uuhuhuhuhu takutnyaaaaa bila dah berat mcm tuu banyaklah yg tersumbat .. 

Haaaa keadaan dia skrg nie menjadikan pengajaran kepada kita semua agar kita lebih berhati2 dlm memilih makanan harian kita ...
akak harap dia x ape2 .. kita sama2 doakan yaaa ...




Bob berada di ICU selama tiga hari baru-baru ini kerana jantung bengkak.
HUSNI Mohd Rawi atau lebih dikenali dengan nama Bob KU2 atau Kuman telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) selama tiga hari setelah doktor mendapati jantungnya bengkak akibat paru-parunya dimasuki air.

Bob, 38, yang dihubungi semalam berkata, keadaannya kini sudah stabil dan dia sudah dimasukkan di wad biasa, namun masih di dalam pemerhatian doktor.
“Semuanya berpunca kerana saya tidak cukup rehat. Sejak pulang dari umrah beberapa hari sebelum Ramadan lalu, saya tidak cukup tidur ditambah pula dengan kerja yang banyak. Bila kurangnya tidur, macam-macam penyakit datang ‘serang’. Saya diserang demam dan batuk-batuk selama seminggu. Isteri saya, Sri Hidayu akhirnya paksa saya ke klinik. Doktor kemudiannya suruh saya ke Hospital Pusrawi. Ikutkan saya, memang saya tidak mahu ke hospital, tetapi setelah isteri saya tetap memaksa, saya pergi juga. Di sana barulah saya tahu keadaan saya agak bahaya juga dan doktor cakap jantung saya bengkak kerana paru-paru saya dimasuki air. Saya berada di ICU selama tiga hari dan baru hari ini (Isnin) saya dimasukkan ke wad biasa pula. Insya-allah, bila air sudah kurang sikit dari badan, barulah saya dibenarkan pulang,” kata Bob yang sudah empat hari berada di hospital.
Kata pelakon dan penyanyi ini lagi, dia juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan artis seperti Zaibo dan Azwan Ali yang datang melawatnya ketika dia terlantar di ICU baru-baru ini.
“Saya ni jenis yang tidak suka nak heboh-hebohkan sangat tentang hal ini. Mana yang tahu, tahulah. Lagipun, sepanjang berada di hospital, saya dijaga dengan baik oleh isteri tercinta. Apapun, alhamdulillah, keadaan semakin baik. Harap-harap cepatlah saya sembuh untuk meneruskan karier saya seperti biasa,” kata Bob yang sepatutnya sedang di dalam penggambaran sitkom Senario yang baru.

info lanjut : DISINI

 ps : arinie baru dpt BW .. rindu ngan nak jenggah kawan2 alam maya nie .. ader sape2 nak jumpe akak tak ?? ekekekek soklan lawak .. adehhhhhhhhhhhhhhhh :)) bukan apa .. petang nie akak dan family nak lepak di TAMAN BANDAR .. tempat waji bila tiba hujung minggu :)


16 comments:

  1. mmg takut tgk berat dia kak..

    ReplyDelete
  2. Sekarang saye kat wad kanak-kanak.. Ade sorang budak pon alami masalah sama macam ni.. Jantung bengkak sebab berat badan lebih.. Umur baru 14..

    ReplyDelete
  3. takutnya dengar..mmg sekarang ni penyakit jantung jadi pembunuh senyap

    ReplyDelete
  4. huhu..mujurla isteri Bob paksa pegi hospital..bahaya2!

    ReplyDelete
  5. Selalunya obesiti mesti berkait ngan sakit jantung. Semoga dia cepat sembuh.

    ReplyDelete
  6. hope cpt sembuh....jantung skrg nih pembunuh no 1 di m'sia.....muda2 kdg2 dh kene..

    ReplyDelete
  7. Emmm..takutnya dgr mcm tu...
    Kena gigih lagi ni nak turunkan berat..huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  8. akak ni baguss le...cepat je tempek info2 pasal artis ni..leh gak dpt tau perkembangan dunia artis ni..hehee

    ReplyDelete
  9. Salam Akak..sihat ker?
    kira akak rajin gak masak tau..sy this week langsung x masak..busy giler! so weekend nie dpt ler godek2 blog nie...:)

    kesian kt bob tue kan..moga dier cepat sembuh..

    ReplyDelete
  10. Bila terlalu gemuk macam2 penyakit mudah singgah.

    Akak ni pun baru mula nak BW. Dah 4 hari posa..

    ReplyDelete
  11. mudah2an dia cepat sembuh...

    ReplyDelete
  12. sesekali rasa gerun tgk badan dia. terlebih berat..
    bila dah gemuk, mcm2 penyakit dtg..
    kena jaga kesihatan sebaiknya

    ReplyDelete
  13. uishhh... takut tgk... kak, comment box sy dh lain sikit.. cuba akk comment nnt yer... tq...

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. alahaii..takmo berat camni kak.. takut..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...