Thursday, January 6, 2011

hhuhuhuh kasihan kepada yg bernama WANITA


salam semua

aku kesian ngan abby nie .. ermm entahlah nak cakap apa .. tapi sebagai seorang wanita dan ibu aku paham perasaan abby , keadaan dia yg x mahu bekas suami abaikan anak2 .. bila dah jadi mcm nie .. anak2 yg akan jadi mangsa ..

huhuh tgk dlm artikel nie .. kasihan abby .. pada aku betul dah cara dia nie .. entah lah susah sebenarnya bila kita jadi "JAN" .. membawa anak2 jalani kehidupan sendirian ... huhuh
sabar ye abby .. akak doakan abby tabah ...


 

Dedah Tinggal Serumah, Abby Mahu Norman & Memey Sedar

PETALING JAYA: Pelakon Abby Abadi mahu memberi kesedaran kepada bekas suaminya Norman Hakim dan Memey Suhaiza dengan mendedahkan perbualan telefon di antara dia dengan wanita itu menerusi status Facebook miliknya, Isnin lalu.
Abby berkata, dia berbuat demikian bukan bertujuan untuk menimbulkan sengketa tetapi sekadar mahu Memey sedar dan rasa bersalah dengan perbuatan dan sikapnya itu.

“Setiap kali saya telefon bekas suami saya atas urusan anak-anak mesti dia yang akan jawab telefon (milik Norman Hakim) dan beri macam-macam alasan yang menunjukkan Norman ketika itu berada bersamanya. Dia seperti mahu mencabar saya.
“Saya tulis bukan kerana saya nak buat tuduhan atau cuba timbulkan sengketa tetapi nak bagi perempuan tu (Memey) sedar, faham dan rasa bersalah,” katanya dihubungi mStar Online, Selasa

Dalam mStar Online Isnin, Memey meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Abby yang menyerangnya secara peribadi.
Menerusi Facebook itu juga, Abby turut menyindir Memey sebagai perempuan gatal selain mendakwa Memey seolah-olah begitu berbangga kerana mahu menunjuk mereka tinggal serumah.

Abby meradang apabila panggilan telefon yang dibuat kepada Norman atas urusan anak sempena sesi persekolahan yang dibuka pada Isnin lalu dijawab oleh Memey.
Jelas Abby lagi, dia tidak berniat untuk mencetuskan kontroversi dan membangkitkan kembali persengketaan lama. Malah dia tidak mempunyai kepentingan langsung berbuat demikian.

“Saya tidak faham apa yang cuba dibuktikan sehinggakan segala urusan anak-anak saya pun dia nak sibuk dan masuk campur. Apalah yang dibanggakan sangat dengan status tunangan orang itu?

 






Luahan Abby Abadi menerusi Facebook miliknya menimbulkan tanda tanya adakah benar Norman dan Memey tinggal serumah?


 ps : apa kata u alls ?? huhuhu

22 comments:

  1. Assalamualaikum Ieda

    kembali kpd jalan Allah
    Insyaallah...selamat dunia dan Akhirat

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. eiiii eli pun naik geram skali..eli rs betul kot memey ngan norman tu..kalu eli jadi memey pun, eli mesti rs nk menunjuk gak kt bekas bini norman.mcm bangga la kan kita dpt laki tu

    tu pasal eli x heran, kalu si perampas perangai mcm memey tu

    kesian abby ;-(

    ReplyDelete
  3. tu la , kesian abby, kalu baca dalam sesetengah akhbar, macam Abby plak yg disalahkan oleh wartawan.... semoga suatu hari Allah tunjuk balasan setimpal kat norman n memey...

    Anyway ... akak makin cantik skrg.. kagum saya ... sy pon dlm proses nak loss weight tapi takleh drastik sbb masih menyusu badan.

    ReplyDelete
  4. bro rozali~ yes bro .. semua nie x sedar lagi huhuh

    ReplyDelete
  5. eliz ~ tu lah nak kata perempuan .. dah sama jenis dahh .. nie x der perasaan punye pompuan .. suke sgt lah tuuu ...
    aehhh mintak dijauhkan situasi gini dgn kita dikk kan .. huhuhu

    ReplyDelete
  6. hidayah ~ aah dikk akak baca pun sakit ati .. nie dah terbalik yg merampas org suke .. tapi yg jadi mangsa org selalu cari salah huuh

    ermm hehehe akak pun dah selalu ngelat skrg dikk .. makan jer lately nie ashik lapoor jer ..
    ker faktor cuaca hehehe ( adehh salah kan cuaca pulakk huhuhu )

    ReplyDelete
  7. oh kakkk..saya mmg anti memey...dan anti sapa2 yg merampas somi org ni. one day dorang pasti akan dapat balasan..percayalahhh bak kata siti.. erkk siti pun sama hehee..peace..

    ReplyDelete
  8. Ade bace kesah ni aritu.. Hmmmmm.. Segannya bila anak tanya macam tu, nape ada perempuan lain dengan papanya dalam satu rumah.. Boleh bawa kesan tak elok juge untuk budak-budak..

    ReplyDelete
  9. tulah norman ngan memey tu kahwin je lah kan senang ... saje je nak glamer lah tu

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak

    err... Maiza awal2 lagi tak suka si memey tu.. ntah la.. dia tu semcm ja.. ermm sian abby

    ReplyDelete
  11. Ada award you're cool like a snow untuk kak ieda.Jemput amik ye=)

    http://miszlullaby.blogspot.com/2011/01/blog-post.html

    ReplyDelete
  12. adusss cepat2 jelah nikah.......huhuhu

    semoga abby lebih tabah........

    ReplyDelete
  13. kaseh ~ hahahah aikk ct mcm dia gak kannn huhuu

    ReplyDelete
  14. farhana ~ haaa tu lah dikk masalahnye akak heran dia x malu ker duk satu rumah .. ( kalau betul lah kann )

    ReplyDelete
  15. munna ~ mereka dah tunang lom konperm kawin kan .. silap hb putus tunang lak huhu

    ReplyDelete
  16. maiza ~ yes dikk .. akak pun dah lama x minat dia nie .. dia nie adik sepupu darling ANNE tuu kan ..

    ReplyDelete
  17. mizz ~ oh ya ke dikk .. hhuhuhu terharu .. thanx dear :)

    ReplyDelete
  18. eeeee..macam2 hal kan...tapi memang xsuka la..e2 fomfuan....

    ReplyDelete
  19. purple ~ huhuhu same cam akak :(

    ReplyDelete
  20. xsuka memek tu...sy sokong abby!...

    ReplyDelete
  21. hanim ~ same aar dikk menci kat die huhuhu

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...