Saturday, January 1, 2011

Hah ! MAIZAWATI kemalangan ..


salam semua ..

selamat pagi  TAHUN BARU semua ... haaaaaa pagi2 di tahun baru aku di kejutkan dengan berita kemalangan artis glamer nie ..
maizawati bekas janda Akhil ... hermmm sib baik dia x apa2 .. yg seronoknya laki baru dia nie duk gelabah kalau2 kandungan isteri dia terjadi apa2 .. sib baik x apa2 .. 

memang perihatin kan .. nampak mude sungguh laki dia nie ... adehhhhhhhhh beruntung maiza .. aper2 punn semoga cepat2 sembuh .. kata dr kandungan x apa2 .. sihat mcm biasa .. dia cuma mengalami patah tangan ... eiii lenkali lebih hati2 yaaaaaaaaaaaaa





IPOH: “Sejurus kemalangan, Maizawati tidak sedarkan diri dan saya bimbangkan keselamatan kandungannya serta anak-anak tiri.
“Pada masa itu, saya berdoa semoga zuriat kami tidak mengalami masalah. Namun, sebaik doktor memaklumkan kandungan itu selamat, saya orang paling gembira,” kata Mohd Yassin Ben@Abdul Rahim, 23, suami Maizawati Zainal, 35, selepas kereta yang dipandu isterinya itu bertembung sebuah kereta lain, Selasa lalu.

Menurutnya, ketiga-tiga anak tirinya ketika itu tidur di tempat duduk belakang dan dia sempat menahan mereka daripada terhentak pada kerusi depan sejurus rempuhan.
Dalam kejadian jam 5.15 pagi di Jalan Sultan Azlan Shah di sini berdekatan Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah itu, Proton Gen.2 dipandu Maizawati merempuh sebuah kereta lain yang tiba-tiba membuat pusingan U.

Berikutan itu, Maizawati patah tangan kiri dan cedera ringan kedua-dua kaki serta bengkak di kepala manakala suaminya serta tiga anak cedera ringan.

Ketika kejadian, Maizawati, bekas isteri penceramah bebas, Akhil Hayy memandu kereta yang dinaiki bersama Mohd Yassin serta tiga anak, Siti Nur Maisarah, 13, Muhamad Shakir Hidayahtullah, 9 dan Muhamad Syafrin Hidayahtullah, 3.
Sementara itu, Maizawati ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam, berkata: “Doktor yang merawat saya mulanya tidak mengetahui saya hamil kerana kandungan tidak begitu kelihatan biarpun mencecah lima bulan. “Namun, sebaik dimaklumkan, doktor mengesahkan uri mengalami pendarahan kecil selepas ujian imbasan dilakukan.

“Ketika itu, suami orang yang paling gelabah kerana kandungan ini zuriat pertama saya bersamanya. Bagaimanapun, doktor mengesahkan kandungan tidak mengalami masalah dan doktor kini masih melakukan pemantauan,” katanya.

sumber : metro

yang aku musykil kenapa si maiza nie yg bawak keter pagi2 bute tuuu .. kenapa bukan suami dia nie .. atau suami dia  x pandai bawak kereta ??? haaaaaaaaaa adehhhhhhhhhhh


ps : pagi2 lagi anak2 dah tanye2 bila sebanrnya start sekoleh nie ibu .. adehhh xcited terlebey nie .. bagus lah anak2 ku ... jgn dah start sek sok maleh nak bangun pagi lak uhuhuhu
 

8 comments:

  1. sib baaik tak apa apa kan..

    kak, suami saya pun muda gak...tapi sib baik saya yang nampak muda dari dia...dia pulak nampak tuaa...hahaha...

    ReplyDelete
  2. betul tu kak! saya pun musykil..agaknya suami dia tkde lesen kot muahaha :D

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Ieda

    semangat betul anak2 nak kesekolah yer
    tanda2 mereka akan berjaya
    Insyaallah

    Wassalam

    ReplyDelete
  4. mmg muda sungguh ye kak..hairan jugak..mgkin btukar driver kot, yg hsbnd dia mengantuk ke msa tu..

    ReplyDelete
  5. semoga maiza cpt sembuh...
    hati2 bw kete utk kita jugak deh blakow..

    ReplyDelete
  6. Malang tak berbau.. sian pulak.. moga semuanya baik2 saje.. ;D

    ReplyDelete
  7. kak iedaa hepi new year kak..

    ReplyDelete
  8. wwawwwa....mudanya laki beliau....tp kalu caring mcmtu......beruntung kan....hehe

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...