Thursday, January 13, 2011

Ha Kan Dah Kena


 salam semua 

ha akak pernah tgk cite nie 2 kali .. not bad .. cuma rasa cam banyak yg tahyul .. sungguh x pandai menilai ker aku nie ?? heheh .. x lah kan apa yg dikatakan oleh LPF tuu ada benarnya .. kut ya punn nak buat cite dogeng jgn lah melibatkan agama ..  korang dah tgk lum ??

ermm setakat akak tgk 2 siri x nampak pulak ada kaitan dgn agama .. tapi akak x arfi kan .. ermm lepas nie penerbit kenalah prihatin .. aku suke dgn shiela nie .. semua drama2 dia berkesan di hati aku .. ok shiela no dendam2 ok .. terima jer kalau dah kena tegur tuu :) demi kebaikan bersama .. layannnnnnnnnnnnnnn


  hero yg sedang meningkat naik :)
 
ala shiela .. leh nyer cari makan .. ubah jer lah jalan cerita tuu .. go bebeh !!

PETALING JAYA: Drama bersiri Sakti Delima dilarang penyiarannya adalah disebabkan watak Iqram Dinzly sebagai Nur Firdaus Kencana mengamalkan perbuatan syirik, satu penonjolan salah mengikut garis panduan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM).

Pengerusinya, Datuk Mohd Hussain Shafie berkata, sesebuah kisah dongeng tidak boleh dikaitkan dengan agama sebaliknya drama berkenaan memaparkan tema sebegitu.

Katanya persoalan mula timbul apabila Iqram membawa watak yang bertentangan dengan hukum-hakam agama sedangkan dia digambarkan sebagai seorang Islam dalam drama tersebut.

"Saya agak terkejut apabila menonton drama itu pada episod keempat di televisyen apabila melihat Iqram berlakon menjadi burung pada waktu siang dan malam pula menjadi manusia.

"Kemudian, ada pula watak mengenai kepercayaan tentang kalung dan azimat. Orang Islam tidak boleh percaya dengan semua itu dan ia syirik. Ini dah jadi lain.

"Sebab itu saya meminta pihak TV3 memberi kesemua 20 episod pita rakaman untuk ditapis semula kerana sebelum ini pihak kami hanya menerima beberapa pita sahaja daripada TV3 sebelum meluluskan drama tersebut.

"Dan ingin saya jelaskan bahawa kami bukannya melarang terus daripada menyiarkan drama tersebut, cuma drama itu perlu ditapis semula," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Tambah Hussain, setakat ini dia belum lagi membuat keputusan sampai bilakah larangan penangguhan itu akan berkuatkuasa ataupun melarang terus penyiarannya.

Ini kerana pihaknya baru menerima sembilan episod pita berkenaan daripada TV3. Kontroversi mengenai drama tersebut tercetus apabila LPFM mengarahkan TV3 untuk memberhentikan tayangan drama terbitan J.S Pictures itu pada 10 Januari lalu yang dikatakan mempunyai unsur-unsur syirik dan tahyul.


sumber : cite penuh disini ya  my staronline

7 comments:

  1. salam ieda,
    drama sakti delima ni akak tak berapa tengok sangat sebab cerita dia macam kurang menarik gitu. By the way adik yanaMIB tu blog dia apa ye, wah main tag2 pulak dia, nak kena cubit ni. Apa2 pun thanks ye, nanti akak join gak, tapi tolong bagi blog address dia ya

    ReplyDelete
  2. mcm mcm hal sekarang.
    yang baik jdikan teladan.yg buruk jdikan sempadan. :)

    ReplyDelete
  3. mcm²...")

    *Jom bersama Encik Dave Hills layan HDR kat Cameron Highlands. ^_^

    ReplyDelete
  4. kak aidah ~ heheh akak ada kat pic tuu kak :) klik jer

    ReplyDelete
  5. miss epa ~ tulah .. mcm2 hal kan dik :)

    ReplyDelete
  6. Tak sempat nak layan citer nie lagik..

    ReplyDelete
  7. xpenah tengok la kak cita nie...huhuhu lagi kesian kan..hehehe :P

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...