Sunday, January 2, 2011

Ha Ada Mana2 Lelaki pakai GELANG


 salam semua ..
tadi aku dpt email dari seorang rakan .. ermm mengenai gelang , ada org lelaki yg masih x tahu adakah benar memakai gelang ini berdosa dan haram .. 
ader lagi erkkk !!
ok2 .. x semua org tahu kan .. soo aku nak share info nie dgn semua kawan2 soo bolehlah kita ingat mengigati .. 

pic bawah nie gelang AC 

& tiada kena mengena dgn gelang dia .. sekadar contoh .. tapi sendiri mau ingatlahhh
 
ihsan MR google 
 
Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara bersetuju 
memutuskan bahawa :

a) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi wanita adalah harus kerana ia merupakan perhiasan yang dikhususkan bagi mereka. Ini adalah hukum yang disepakati secara ittifaq. Sebaliknya, diharamkan bagi lelaki untuk memakainya sebagai perhiasan semata-mata kerana ia menyerupai wanita.
b) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita untuk tujuan perubatan atau rawatan adalah dibenarkan berdasarkan keperluan dan hajat dengan syarat:
i. Ia bukan diperbuat daripada emas, perak, suasa atau sutera (bagi lelaki).
ii. Tidak terdapat unsur najis padanya.
iii. Tidak mempercayai atau meyakini bahawa pemakaian gelang tangan tersebut boleh menyembuhkan penyakit tertentu kerana ia dikhuatiri boleh menjerumuskan seseorang kepada unsur khurafat yang boleh menjejaskan aqidah.
iv. Tidak menyebabkan kemudaratan kepada pemakainya.
v. Mendapat perakuan daripada pakar perubatan yang beragama Islam dan telah terbukti secara saintifik bahawa ia merupakan antara kaedah rawatan yang berkesan dalam merawat penyakit.
Walau bagaimanapun, dalam hal ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah mendapat nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa terapi bio magnetik bukanlah merupakan kaedah perubatan yang memenuhi piawaian dan tidak dapat dipastikan keberkesanan penggunaannya secara tepat dan jelas dalam merawat serta menghilangkan penyakit.
c) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita yang disertai dengan niat untuk bermegah-megah atau kelihatan bergaya bagi lelaki adalah haram walaupun dengan tujuan perubatan.

Gelang dikhususkan kepada golongan perempuan, dan memakai lelaki akan ia yang mana telah menyerupai ia dengan perempuan. Dan sesungguhnya telah melarang Rasulullah SAW ke atas lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki seperti dalam kebanyakan hadith.
Contohnya : Maksudnya : " Daripada Ibnu Abbas RA bahawa Nabi SAW bersabda : Allah telah melaknat ke atas lelaki yang menyerupai perempuan dan peerempuan yang menyerupai lelaki."
Dan lebih-lebih lagi haram ke atas golongan lelaki apabila gelang itu sesuatu yang diperbuat daripada emas.
SUMBER :  www.e-fatwa.gov.my
          Majlis Fatwa Kebangsaan.
          (JAKIM)
          27 Dec 2010, 20 Muharam 1432 H


ps : adehhhh sib baik hubby aku x berangan nak pakai gelang nie .. huhuhuh bahayaaaa



 

3 comments:

  1. nurul harap ada la alternatif perubatan lain yg mujarrab selain gelang....because i really hate seeing man wears gelang in any way they intended to...tak tau kenapa nampak annoying..

    ReplyDelete
  2. thanx for sharing ka ieda.=)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...