Thursday, January 20, 2011

FARISH AZIZ Nikah Peguam


salam semua

haa uols kenal tak dia nie ..
nielah farish aziz yg selalu jadi pengacara game show kat tb tuu akak selalu jugak tgk dia nie .. dlm slot bersiri KAU DAN AKU pun dia ada , x lama lagi dah nak kawin ..

Dia berkawan dgn peguam dan alhamdulillah dah bertunang , cantik orgnya , sekali pandang wajah dia kann !! , dia berkawan dah lama tau , dari bangku sek lagi .. kira2 cinta sampai kawin lah nie :) ... mcm nie lahhhh pandaiiiiiiiii cari pasangan kannn bukan mcm sesetengah artis perempuan ashik cari lelaki x handsome tapi POKET jer penuh .... huhuhuh nampak sgt mata DUITAN !
( ish yer ker .. x baikkk tau iedaaaa  heheheh ) ngosekkkk  .. huwaaa

apa2 punn doakan lah mereka bahagia .. :)

 
 farish & tunangnya zahrah

BANGSAR: Pelakon dan pengacara, Farish Aziz, 27, bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang peguam yang hanya mahu dikenali sebagai Zahrah, 27, pada 18 Februari depan di Sabah.

Menurut Farish, dia gembira kerana akhirnya dia ditemukan jodoh dengan wanita yang dicintainya sejak 14 tahun lalu dan berharap agar jodoh mereka berpanjangan sehingga akhir hayat.

"Memang sekarang ini kami sibuk dengan persiapan perkahwinan sehinggakan saya terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon buat sementara waktu.
"Alhamdulillahlah segala persiapan dibuat seperti yang dirancang dan kami akan mengadakan majlis resepsi pada 19 Februari depan berkonsepkan dalam taman," katanya yang ditemui pada pelancaran butik Mimpi Kita di sini, Rabu.

Tambahnya, dia tidak sangka hubungan cinta dengan Zahrah sejak di tingkatan satu Sekolah Menengah All Saints’ Kota Kinabalu, Sabah itu masih kekal sehingga kini walaupun tunangnya itu menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang di Australia.

"Biasalah, setiap pasangan pasti ada pasang surutnya. Walaupun kerap kali bercinta jarak jauh, kami faham dengan kerjaya masing-masing dan tidak mengongkong sesama sendiri.

"Lebih-lebih lagi Zahrah seorang wanita yang memahami kerjaya saya sebagai seorang pelakon. Ramai yang tanya kenapa ambil masa terlalu lama? Tapi saya perlu kukuhkan kerjaya dahulu dan begitu juga dia.

"Apabila masing-masing bersedia, saya terus melamar dan bertunang dengannya pada 26 September 2010. "Bagaimanapun, selepas kahwin, kami terpaksa tinggal berasingan buat sementara waktu kerana Zahrah masih bekerja di sebuah syarikat guaman di Sabah. Saya harap kami boleh menempuhi segala dugaan dan cabaran dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri," tuturnya.

sumber : mStar online
haaaaaaaa korang mcm mana ?? bercinta dari awal hingga akhir ker ?? atau bercinta dari sek sehingga kawin ?? hermmm :)


ps : akak bercinta dgn abang lepas putus tunang .. hubby akak adalah dua pupu .. atuk & atuk adik beradik , 1st dulu family x suke .. tapi alhamdulillah skrg dah ok sgt2 .. huhuh semoga kami berbahagia 

11 comments:

  1. Same cantik same padan.. tahniah buat mereka berdua..

    ReplyDelete
  2. amy ~ aah kan dikk suke tgk :)

    ReplyDelete
  3. mcm pinang dibelah dua tu kakieda..sepadan sangat.bagus mcm tu kan..kahwin atas dasar cinta dan bercinta pun dah lama..

    ReplyDelete
  4. sweet nya tunang dia...

    kak,, aima suka cari tutorial kat blog nie.. http://nazieraafz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. sgt sepadan...tapi pas kawen kena berjauhan laahaii..tu yg tak syok tuh..hehe tapi 14 tahun bleh sabar takkan dah kawen takleh kan kak kan...

    ReplyDelete
  6. Sama padankan. Kalau akak cepat boring, lagilah nak kawan lama cam tu. Akak kenal ngan husben tak sampai 5 bulan , terus kahwin.khe khe

    ReplyDelete
  7. win ~ aah kan sama cantik ejr .. ermm oo sama mcm akak lah :)

    ReplyDelete
  8. mum & aima ~ aah kan dikk very the sweet .. thanx aima .. akak terjah skrg :)

    ReplyDelete
  9. kaseh ~ tu lah diorg leh sabar ok lahh jgn dah kawin x sabar2 heheh

    ReplyDelete
  10. CIMDDC ~ heheh yer ker kak .. aah kalau duk berjauhan nie saya pun x suke .. kawin lain berkawan lain huhuhu

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...