Saturday, January 15, 2011

Bayi Mati Terjatuh Kolam

 
salam semua ..
 
lagi berita pasal bayi .. kali nie aku baca dlm mystar online pagi2 nie  .. baby mati terjatuh kolam luar rumah yg terbiar .. dah mcm mana ..
 
yg peliknya si ibu boleh biarkan anak yg seusia 7 bulan main sorang2 di ruang tamu , tanpa tutup pintu rumah .. pintu rumah dibiarkan terlapang .. adoiiiii .. dah ajal budak tu kan .. sedih sgt baca berita nie ... 
 
ibunya tgk bayi tersebut dah terapung dah .. means dah lama dia jatuh dlm kolam terbiar tuu .. kenapa ada kolam terbiar ? yg jaranknya 4 meter sahaja ! .. sblm nie x der usaha nak kambuskan ker kolam tuuu ??? 
aduhhhhhhhhhhhhh
 
Bayi Tujuh Bulan Lemas Dalam Kolam Terbiar

KOTA BAHRU: Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan maut apabila terjatuh ke dalam sebuah kolam ikan terbiar ketika ibunya sedang memasak dalam kejadian di Kampung Atas Banggol, Kok Lanas, dekat sini, Rabu.

Ibu mangsa, Zurina Ismail, 39, berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 1 petang ketika anaknya, Mohd Danial Rozmi, ditingggalkan bermain seorang diri di ruang tamu rumahnya.

"Masa tu saya tengah memasak, Mohd Danial tengah main kat ruang tamu, saya di dapur, tinggalkan dia bermain seorang diri dalam beberapa minit saja tetapi bila saya keluar semula ke ruang tamu saya tengok Mohd Danial dah tak ada," katanya.

"Saya terkejut apabila dengar jiran saya menjerit memanggil nama saya, dalam kekalutan saya menjengah keluar rumah dan melihat jiran menunjuk ke arah kolam yang terletak kira-kira empat meter dari rumah, sebelum ternampak Mohd Danial terapung di dalamnya," katanya.

Zurina berkata dengan pertolongan jirannya beliau kemudian mendapatkan anaknya lalu bergegas ke Klinik Pulai Chondong, Machang untuk rawatan bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah siasat.

sumber : mystaronline

harap kita2 semua beringatlah selalu .. anak adalah harta yg tidak ternilai , kenapa kerana kesilapan kita yg terlalu kecil , permata itu pergi meninggalkan kita .. :(


ps : apa nak masak ari nie ?? any idea huhuu nak kena gi pasar dulu nie .. 




11 comments:

  1. kenapa lah leh jd camtu.. sian sampai ajal budak tu di sbbkan kecuaian

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Ieda

    moga sianak kecil dapat membawa ibu bapanya ke Syurga nanti
    Insyaallah

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. bayi tu merangkak pi kt kolam tu ke kak..ish2...siannyaaaa
    careless tul lah ibu bayi tu

    smoga mjd iktibar pd ibu2 kt luo sn

    ReplyDelete
  4. allhuakbar...malangnya nasib bby tu kan..hermm..kesiannn

    ReplyDelete
  5. 7 bln dah pandai ape erk..merangkak ke..??

    ReplyDelete
  6. huhu..minta dijauhkan musibah gini kpd anak2 kita..

    **ieda..jom esok bw anak pi mandi kolam kat wisma belia..jom..

    ReplyDelete
  7. salam terima kasih sudi singgah blog nurul heheheh

    ReplyDelete
  8. norfa ~ tu lah yg sedih tuu huhuhu :(

    ReplyDelete
  9. bro rozali ~ aminn bro .. semoga semua ini jadi pengajaran kita semua ..

    ReplyDelete
  10. el ~ aah dikk pelik sungguh sbb mak dia x tutup pintuu x kan lah budak 7 bulan pandai bukak pintu kalau ditutup .. pastu leh biar kat ruang tamu sorang2 ... acer bodo name nye tuu herghhhhhhhhh

    ReplyDelete
  11. zura ~ aah dik dah pandai merangkak .. huhuh

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...