Wednesday, January 26, 2011

ADUH kejam nya ibu ini !!!


 salam semua 

pagi2 lagi dah baca berita sedih mcm nie ... lagi bayi x berdosa jadi mangsa ..
huwaaa kenapa dgn dunia skrg nie??
kenapa dgn ibu ini ??
 dia x sihat ker ?? atau dia ada mengalami STREES - kemurungan 
sbb apa yg akak paham disini dia baru sahaja melahirkan bayi tersebut ... dan dia adalah seorang pelarian MYANMAR

aduhhhhhhhhhhhhhh semoga bayi x berdosa ini di tempatkan di syurga JANNAH .. aminnnnn


 


Tikam bayi baru lahir

 
SHAH ALAM: Kejam apabila seorang ibu muda tergamak menikam bertubi-tubi bayi perempuan yang baru dilahirkannya sebelum mayat bayi malang itu ditemui dalam tandas di rumah panjang, Batu 4 1/2, Kampung Jawa di sini, semalam.

Mayat bayi cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari oleh sepasukan polis sejurus menerima panggilan kecemasan daripada jiran yang curiga dengan tindakan wanita itu berkurung seorang diri dalam rumah.
Hasil siasatan polis mendapati, suspek berusia 23 tahun yang juga pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) dari Myanmar melahirkan bayi itu kira-kira jam 9 pagi sebelum membunuhnya dipercayai dengan menikam berulang kali menggunakan sebilah pisau.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, ketika polis tiba di rumah itu, bayi berkenaan sudah meninggal dunia, ditemui terbaring atas plastik dengan kesan tikaman di badan, manakala kawasan itu dipenuhi kesan darah. 

“Turut ditemui di tempat kejadian satu senjata tajam dan ia dirampas untuk siasatan lanjut.

“Wanita itu juga sihat dan dia bersama mayat bayi itu dibawa ke HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengumpul bukti berhubung pembunuhan itu.

Difahamkan, suami wanita itu meringkuk dalam penjara sejak tiga tahun lalu dan ketika kejadian, ibu wanita terbabit berada di Thailand atas urusan peribadi. Wanita itu turut mempunyai seorang anak berusia tiga setengah tahun.

Sementara itu, adik wanita terbabit, Jumilah Salim, 17, yang tinggal berdekatan mendakwa, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen dan tidak sedar apa yang berlaku di rumah kakaknya.

“Rumah saya dan kakak selang satu pintu saja dan saya hanya tahu kejadian itu selepas polis tiba dan orang mula datang serta ketuk pintu rumah kakak.

“Ketika kejadian anaknya bermain di rumah saya,” katanya yang menyewa di situ sejak 10 tahun lalu.

Sementara itu, jiran wanita terbabit, Mohamad Salim Nur Syuri, 35, mendakwa, sempat melihat wanita terbabit dan ketika itu kain dipakainya dipenuhi darah.

“Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, kawan saya menghubungi polis,” katanya yang bekerja sebagai pencari besi buruk. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.  

sumber :hmetro

ps : minta kita semua dijauhkan dari kemurungan @ meroyan ( dlm bahasa kg ) .. sedih akak baca berita nie x dpt bayangkan keadaan bayi ituuu .. baru dilahirkan utk melihat dunia x sampai beberapa jam dia dah dijemput illahi .. :(

33 comments:

  1. mungkin meroyan mungkin juga jiwa tk sihat...yg pasti tempat bayi tu di syurga...tulah batin pun kena bersih dan chat kan?

    ReplyDelete
  2. bengong tak mo kasik aku lerrr......

    ReplyDelete
  3. memang kejam kak..bodoh tak berotak...tunggu edisi kat blog saya plak nanti...

    ReplyDelete
  4. mental problem la tu kak.. akak dah tgk kat blog kaseh yg ibu potong kepala anak ngan mkn tuh? lagi ngeri..taktau apa nak jadi ngan dunia dah skang nih..

    ReplyDelete
  5. ya allah.....luruh hati nie baca kak....baru jer lihat dunia..nyawanya dah di ambil....

    pelik gark...husband dia kat penjara dah 3 tahun....wife dia plak baru jer melahirkan...agaknya baby tu anak ngan lelaki lain kot kak....
    mungkin dia menghadapi tekanan jiwa tu kak...

    ReplyDelete
  6. kesiannya...sian baby tu...syurgalah tmpat mu baby...

    ReplyDelete
  7. tgk dlm berita smlm.. sgt2 tkejut. dunia mkin kejam..:-(

    HB kat sini

    ReplyDelete
  8. Owh my. Poor baby :(

    Imagine the pain the baby would have gone through. What an heartless woman..better kill herself too! Some women find it difficult to conceive, ni senang2 aje killing baby.

    ReplyDelete
  9. tu la, takut bace cite nie...seb baik bukan org kite...kalo tak adoi haaaaaiiiii tak tau nak ckp ape......

    betol la kak, meroyan kot...laki die pun kat penjara rasenye lieya bace paper...tu die stress kot ....

    ReplyDelete
  10. apa laa nak jadi dunia skrg nie.. bunuh2 nie dah jadi..satu kebiasaan plak..sanggup si ibu bunuh si anak yg tak berdosa.. ish2..

    ReplyDelete
  11. adoiii mmg x suka lah cite2 cengini..xde kesedaran akal lah

    ReplyDelete
  12. ni bukan meroyan kot kak...takut dia mmg x suka bayi tu dr dlm perut..banyak kan kes camni...pelik dah kandung 9 bulan pun x leh rasa apa lg...

    ReplyDelete
  13. Tu laa.. Mungkin dia tak sihat.. Mase saye posting kat wad sakit jiwa, banyak kes macam ni.. Kita memang tak boleh nak jangka.. Bunuh anak, bunuh mak ayah, bunuh suami ke isteri ke.. Sebab tekanan perasaan.. Dorang takde pertimbangan dan takde kewarasan dah untuk berfikir.. Jadi, tak leh nak letak seratus peratus kesalahan pada dia kot.. Kecuali dah terang kita tahu, dia sihat mentalnya..

    ReplyDelete
  14. si suami meringkuk dlm penjara sejak 3 tahun lalu... dan si isteri baru saja melahirkan anak.... tidak dapat dipastikan anaknya hasil hubungan dgn siapa... yang pastinya bukan dengan suaminya yang sah... dan tidak dapat dipastikan samada hubungan itu atas dasar rela... atau terpaksa (rogol)...
    Mungkin si isteri mengalami tekanan perasaan, takut... dan mungkin juga rasa benci... terhadap anak (dia saja yang tahu)...

    Apapun, ianya tidak boleh dijadikan alasan berfikir singkat untuk membunuh anak tersebut...

    What is wrong is wrong... kecuali ketika kejadian, si isteri memang tidak waras(org gila) ketika membunuh...

    so kesimpulannya, kita tidak boleh terus mengatakan seseorang itu bersalah...

    there're many things need to be considered... wassalam

    ReplyDelete
  15. mereng ini org..xpe..bayi itu sudah di syurga..

    ReplyDelete
  16. gamak laa dia tikam baby tuh betubi-tubi.....
    kasihani anak keciL tuh...
    huwaaaa.......sebak rasa..
    pesaL nie..kata dUnia makin maju..pehaL manusia makIn rakus nieh...dh kalaH menatang dh kekdahnya...huwaaaaaaaa

    ReplyDelete
  17. Apa nak jadi dah sekarang ni.....ibu pun sanggup tikam anak sendiri....adesss....

    ReplyDelete
  18. erm..nora rasa ibu yang bermasalah je yang sanggup buat baby cam tuh...

    ReplyDelete
  19. ya allah kejamnya..kalau tak nak meh anta sini. mane letak otak pun tak tau la..begong tol

    ReplyDelete
  20. cian budak tue tak berdosa jadi mangsa kan...

    ReplyDelete
  21. nagis g dgr berita ni semalam...sian sgt..bg kat g baby tu pun takpe...huhu

    ReplyDelete
  22. apalah salah bby tu kan.. ni mesti ppuan ni alami tekanan perasaan ni

    ReplyDelete
  23. dia tensen sgt smpi sggup bunuh anak...

    ReplyDelete
  24. nak salahkn mak pun tataw nk ckp.ntah2 dia gila meroyan ke.baby tu da tentu xsalah. bley salahkan bapak baby tu x?sbb tinggalkan keluarga mcm tu je...
    ;p

    ReplyDelete
  25. mmmg sentap dgn berita ni... hilang mood ceria lepas dgr berita ni kat tv

    ReplyDelete
  26. Meroyan. penat nak fikir perempuan cam tu.

    ReplyDelete
  27. G ~ akak x leh dgr org cakap suruh bagi kat kita kan .. huhuhu sedih sgt2 ..mcm G dan posh sgt2 sayangkan budak kecil specially bb mcm akak jugak .. kalau dpt kita nak sgt2 jaga kan .. sedih memang sedih sbb anak adalah pemberian allah yg paling berharga .. huhuhu

    ReplyDelete
  28. farhana ~ ya dik dlm penamatan adik mcm tu lah kan .. akak x nafikan sbb akak pun ada sepupu yg memang ada pernah cerita kes2 mcm nie ,.. semua kerana mereka terlalu stress .. x boleh berfikir secara logik .. huhuh malah tiada perasaan belas kasihan .. :(

    ReplyDelete
  29. tokaidao ~ akak setuju sgt2 ..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...