Tuesday, August 31, 2010

cAhAyA .. aku layannn


salam semua ... nak citer sikit pasal sinetron CAHAYA nie .. kowang minat tak ??
heheheh aku memang dah lama layan citer nie .. best gile , leh tahanlah ngan selera aku .. citer yg penuh makna dan maksud .. kesusahan seorang wanita menempuh kehidupannya .. bukan semata2 kisah cinta ..

DAN yang paling best pelakon perempuannya yang aku minat .. anak Laydia Candau dan Jamal Mirdad ni ... NAYSILA MIRDAD ... best gile lakonan dia .. sungguh berkesan .. kira dia nieh pelakon air mata lahhh , kalau filem melayu kan ... selalu aku tgk ulangan dia jer .. di prima 5 ASTRO jam 8.00 mlm setiap hari ..





haaa nie satu lagi pelakon yg aku minat sgt2 ... kira peminat tegar lah nie .. heheheh
DUDE HARLINO ... jejaka tampan dlm sinetron nie .. suker tul aku kalau mereka berpasangan .. ini adalah sinetron ke 2 yg aku tgk mereka berpasangan ... memang nampak sesuai sgt2 ..
, kalau kowang kawin berdua kan best !!! hahahahha ( suke tul aku nak padan2kan owang heheheh )



DUDE HARLINO



ps ; dah tinggal 8 hari sahaja lagi kita berpuasa kan .. dah x lama nak nyambut raya .. hari nie hari kedua aku duk edarkan cookies raya di office .. huhuh berpeluh lagi lah akuuu :))



apabila MINDA sentiasa di JAJAH


salam ..

Adakah kita, rakyat Malaysia benar-benar memahami apakah maksud perkataan merdeka dan apakah definisi kemerdekaan buat kita semua sebagai warga Malaysia?

Mari kita teliti dan fahami jenis kemerdekaan yang boleh dicapai.


Kemerdekaan dari segi sikap: Minda kita adalah merdeka apabila kita berjaya membebaskan diri kita dari sikap-sikap negatif seperti malas, bekerja kerana terpaksa (tidak bersungguh-sungguh atau tidak ikhlas), lambat bertindak, sering menangguhkan kerja, tidak fokus terhadap pekerjaan dan kabur dengan matlamat perjuangan hidup.

Kemerdekaan dari segi pemikiran: Pemikiran yang merdeka adalah pemikiran yang tidak terkongkong dan bebas daripada nilai-nilai negatif. Pemikiran di luar kotak. Pemikiran yang mencetus pembaharuan dan idea-idea bernas yang memberi sumbangan terhadap masyarakat.

Untuk mencapai kedua-dua jenis kemerdekaan di atas, kita
harus membebaskan diri daripada pemikiran dan sikap mementingkan diri, sikap suka mempertahankan status quo kepada keinginan untuk berubah mengatasi masalah dan menjadi lebih baik pada masa akan datang.



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YG KE 53 TAHUN



ps : ari nie x plan nak kemana2 agaknya tidooo jerlahh .. tapi banyak kerja boleh buat .. aku nak membasuh , mengemas umah lahhh .. peluang x leh disia2kan .. sblm tuu moh zazzzz dulu , baru 6.15 pagi nie ... :)


Monday, August 30, 2010

penghargaan AWARD



salam semua .. linduuuu pada semua .. dah lama x online kan .. cuti .. cuti nuzul quran sehinggalah ke cuti hujung minggu .. so x berupdatelah blog nie .. hahahhaha , tapi aku sempat gak menjejak blog kawan2 dan adik2 ...


terima kasih x terhingga pada kawan2 dan adik2 mahupun kakak2 yg sudi singgah dan tinggalkan jejak di blog aku nieh .. amat terharu ...

dan ini adalah AWARD , ANUGERAH TERHORMAT dari adik sue buat aku .. thanxxxx dikkkkk
love uu so muchhhhhh sbb ingatkan akak .. , TOP BLOGGER ker aku ?? kalau yaaaa terima kasih semua .. alhamdulillah .. ( ecehhh perasannn lah pulakkk )
ada TAQ tau ! WHATTTTTTTTTTTTT !!

TAQ .. huhuhuhuhuh paling x suka buat TAQ ...

AWARD dan TAQ dah lama adik su bagi .. tapi baru ari nie berkesempatan buat posting ..
TAPI
aci tak kalau akak x buat TAQ tuuuuuuuuuuuuuuuuu ... x de mood dikk nak bikin itu TAQ , huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

oklah .. insyaallahhh kalau mood dah dtg dan masih ingat , SURE akak buat dikkk ... jgn mara naaaaaaaa heheheheh

BUAT SEMUA RAKAN 2 , KENALAN2 BARU , ADIK2 & KAKAK2 YG KU KENALI DILAMAN SIBER INI , ANDA DIPERSILAKAN MENGAMBIL AWARD INI .... ANDA SEMUA IS THE BEST !!

SILAKANNNNNNNNNNN
muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!





ps : sok merdeka .. aper plan !! hahahha den duk umah jerk .. mom dan dad nak dtg lak .. x tahu aper plan layie .. berbuka petang nieh x tahu nak masak aper .. x pikir layie :))



Wednesday, August 25, 2010

Budak tiga tahun disembelih bapa


salam semua .. sedih betul pagi2 nie aku dgr berita di THR berkenaan seorang budak 3 tahun mati DISEMBELIH ! oleh ayahnya yg dikatakan kurang SIUMAN ..
ya allahhhhhh apalahhh nak jadi dgn dunia skrg .. kenapa kanak2 kecil selalu jadi mangsa .. pagi lagi air mata ku mengalir dan sebak di dada .
. sungguh aku x suka !! .. aku x sampai hati nak melihat wajah kanak2 kecil ini ... terus terbayangkan zahrien kerana usianya menyamai usia zahrien .. x dpt aku bayangkan anak kecil ini menjerit kesakitan ..

kata ibunya .. anak dia ini sangat rapat dgn ayahnya .. huhuhu ya allahhhhhhh mengapakah begini pengakhiran hayat hidup anak kecil ini .. sedihhhhh sgt2 ...

" tolonggglah ya allahhhh ku mohon pada mu berikanlahhh
h sedikit kesabaran dan kewarasan kepada ummat mu yang aku sendiri tidak pasti kenapa ianya jadi begini .. sekiranya kau murka .. jauhilah anak kecil ini dari segala bentuk pengajaran yg ingin kau tunjukkan .. x sampainya hatiku melihat kanak2 lagi menjadi mangsa .. sayu hati seorang ibu ini bila melihat dan x dpt aku bayangkan bagaimana kalau aku ditempat wanita ini ... ya allahhhhhhhhhh kau berikanlah kami ummat mu yg jahil ini petunjuk ya allahhhh .. "




" wahai anak kecil , damailah dirimu disana nak .. kau lebih disayangi oleh penciptamu .. walau begitu sakit dan derita pemergianmu .. ibu ini akan mendoakan dirimu disana bersamanya yg kekal selamanya .. ibu redha dan mampu tersenyum kerana sudah pasti dirimu ceria dan bahgia bersamanya .. aminnnn ya rabbal alaminnnnn "

(petikan hanya sebahagian shj sila ke laman ini BH)

KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui mati dengan lehernya terkulai dipercayai disembelih oleh bapanya sendiri, dalam kejadian di Kampung Sungai Keladi, di sini, semalam.

Sebelum kejadian, mangsa, Mohamad Adam Mus-zahffar, dikatakan mengikut bapanya itu, Muhaimin Sauntar, 33, ke dapur rumahn
ya, sebelum disembelih menggunakan sebilah pisau.

Beliau berkata, daripada maklumat yang diterima, s
uspek pernah menjalani rawatan mental sebelum ini, dipercayai bertindak menyembelih anak kedua daripada tiga beradik itu tanpa diketahui motifnya.

Sementara itu, ibu mangsa, Nik Suzila Nik Hashim, 32, berkata sebelum kejadian, beliau sempat berbual dengan suaminya di ruang tamu rumah mereka, sebelum suaminya mengadu berasa panas, lalu menuju ke dapur rumah.


Katanya, pada masa yang sama, mangsa yang amat
manja serta rapat dengan suaminya, bertindak mengekori ayahnya ke dapur.

Beberapa minit kemudian saya terdengar bunyi jeritan ana
k kami, lalu bergegas ke dapur sebelum melihat suami sedang menyem-belih mangsa menggunakan sebilah pisau.

Terkejut dengan tindakan suami itu, saya kemudianny
a menjerit minta tolong, sebelum melihat suami kemudiannya bertindak mencederakan lehernya sendiri dengan pisau yang masih ada di tangannya, katanya.

Nik Suzila berkata, beliau bersyukur dua lagi anaknya iaitu Nur Syafikah, 8, tidak cedera kerana berada di sekolah manakala yang
bongsu, Siti Aishah, 2, berada bersamanya di rumah ketika kejadian berlaku



apa yg sedang dia fikirkan ??
semua kejadian ini atas kehendak allah yg maha esa , hanya dia yg berhak dan mengetahui apa yg terbaik utk di lakukan kepada ummatnya .. adakah ini pentujuk utk pengakhiran zaman ??
jika benar .. insaflah wahai ummat .. diriku jua .. semua ini pengajaran yg besar bagi kita agar tidak terus leka dan alpa .. dunia ini sudah sampai ke penghujungnya tatkala manusia hilang pertimbanggan diri ..






Tuesday, August 24, 2010

serahan bendera kemerdekaan & majlis berbuka puasa


salam semua .. ahad kelmarin , ajk taman perumahan aku ada membuat program penyerahan bendera kemerdekaan sempena bulan kemerdekaan dan majlis berbuka puasa kawasan Adun Kuantan .. mereka menjemput Adun Kuantan utk perasmian di taman perumahan kami .. aku x kenal sgt adun2 nie ... aci tak !! .. so kira hari tu kami berbuka di padang taman perumahan kami lah ..
masjlis bermula dengan gtg royong jiranita di perumahan kami petang sabtu tuu .. kami kaum2 wanita diarah utk gtg royong merewang , banyaklah kerja2 yg dilakukan pada sebelah petang sabtu hari tuu .. oklah jugak berkumpul ramai2 nie , potong bawang , kunyit , halia dan kentang ++ bla2 sikit2 .. dptlah beramah sesama jiran tetangga .... kalau tidak .. mcm aku nieh x kenal sgt jiranita di kawasan umah aku .. heheh bukan ape .. mane lah ada masa .. kuar umah awal pagi , balik lah dah senja .. mana lah nak kenal sgt jiran2 di kawasan sekeliling nie, nak pot pet2 ..lagi lah jarang .. kalau x kerana program2 mcm nieh susah lahh nak beramah mesra kan ...

ok lah berbalik pada program kami tu , jirannita jugak di cadangkan membawa sebekas sorang juadah spt kuih muih utk majlis berbuka puasa tu .. so aku sebenarnya x der idea .. heheh dah lah x pandai nak buat kuih2 nie .. baker pun x der .. last2 decide ngan hubby nak buat jempu2 kurma .. hahahah aci tak .. heheheh kebetulan kurma memang banyak kat umah aku .. aku memang jenis yg suka makan kurma .. jadi .. aper layie .. idea tgh x der .. tetiba teringat ker kurma .. maka terjadilahhh iniiiiiiiii


V
V
V
V

jemput - jemput kurma .. ieda homemade ..


sbnarnya petang tuu dah lewat aku ke padang .. kebetulan aku memang dah plan ngan ummi dan ayah utk bershopping di mall .. utk beli beberapa brg ... jadi aku lewat balik dan lewat jugaklah menggoreng jemput2 nieh .. nasib baik dah adun dari mlm heheheh .. jadi tidaklah kelam kabut sgt .. balik dari mall dah pukul 6 ptg .. aku manage menggoreng jemput nie 15 minit kemudian .. siap2 dgn ummi , ayah , hubby & anak serta adik aku 6.30 ptg kami ke padang ... sampai ke padang .. ramai tul org .. ingatkan majlis mcm nie x ramai .. sbb ader dgr2 citer , dikalangan AJK budget ramai jiran2 yg x nak joint .. haaaaaa amikkkk x disangka kannn ...

keluar dari umah aku tgk cuaca dah lain macam nie .. jgn2 nak ujan .. huhuhuh betul jangkaan aku dgn cuaca yg mendung ke gelap gulita .. akhirnya hujan menyembah bumi .. huhuhu terjadilah kejadian majlis berbuka yang kelam kabut ...
mohlah layan piccas nie , penat wehhh nak taip panjang2 .. :)






keadaan memang tenang dan suasana nampak ceria ...
tiba2 ....

hujannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn


dgn lebatnya ........ huhuhuh

family aku nie .. dukk bersibaiii jer kat bawah haa .. dah tempat duduk x cukup .. ish2



last2 akibat kekalutan hujan , piccas2 makanan dan hidangan x dpt aku ambil ... huhuhu yg sempat ambik sampai sini sahaja .. bila bermulanya waktu berbuka aku dan family decide kami makan di umah jerk .. amik makanan dan bawak balik .. x der tempat nak duduk dgn kelam kabut tuu .. hubby ajak semua amik makanan dan makan diumah jerk .. lebih selesa dgn zahrien yg dah merenggek nak itu dan ini .. lebih baik makan dirumah .. habis cerita ..
rupa2nya kata adik aku lepas kami balik tuu , ramai lak jiran2 yg amik makanan bawa balik sbb memang x cukup tempat nak duduk .. budget duduk bersantai2 .. nak bersantai mcm mana dlm HUJAN !!! hahahha



ps : ari nie dah 14 ramadhan kannn kejam celik2 kejam celik skjp jerk dah nak raya .. x lama dh nieh .. amacam kawan2 dah prepare persediaan nak raya ker ?? heehe still got time .. :)






Saturday, August 21, 2010

Tidak Wajib Kaum Wanita Solat Terawih


salam semua .. nak perjelaskan disini sedikit fakta yg kuperolehi dari laman hambamu rabbi .. thanx sbb sharing ya .. ramai yg diantara kita yg cakap solat terawih wajib dan harus bagi kaum wanita .. ermmm bukan wajib , ia hanyalah sunat sahaja .. dan lebih afdal kalau di buat dirumah sahaja .. kalau tanpa persetujuan suami lagilah kita x leh pergi .. bagi aku buat kat rumah ker kat masjid ker samer jer .. janji hati tuu mahu ikhlas dan buat secara tawadduq .. kalau ada masa dan tidak sebuk dgn anak2 pergi lah .. kalau tidak , x yah buat .. buat kat umah punn ok .. :)



Solat tarawih tidak diwajibkan ke atas kaum wanita dan tidak juga bagi lelaki. Bahkan hukumnya sunat dan mempunyai kelebihan yang amat besar di sisi Allah ta’ala. Diriwayatkan oleh Bukhari Muslim daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang mendirikan bulan ramadhan dengan keimanan dan pengharapan, Allah akan mengampunkan segala dosanya yang lalu.” Barangsiapa yang solat tarawih dengan kekhusyukan, ketenangan, keimanan dan penuh pengharapan, solat subuh tepat pada waktunya maka dia telah mendirikan ramadhan serta berhak mendapat ganjarannya. Ini merangkumi lelaki dan wanita seluruhnya.

Kecuali solat wanita di rumah adalah lebih baik daripada solat di masjid selagimana tidak ada tujuan lain selain solat seperti yang telah disebutkan tadi. Terutamanya pada zaman sekarang apabila si suami tidak dapat memberi kefahaman ilmu kepada si isteri. Apatah lagi apabila kaum lelaki tidak dapat memberi peringatan dan pengetahuan kepada isteri mereka.

Ma
ka tidak ada cara lain kecuali masjid yang perlu dijadikan sandaran. Bagi keadaan ini mereka perlu merebut peluang ke masjid dan tidak ada masalah di antara mereka dan masjid. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang tidak mempunyai minat dan kesungguhan untuk solat tarawih berseorangan apabila berada di rumah, berbeza jika ia berada di masjid dan beribadat secara berjamaah.

Bagi wanita yang k
eluar dari rumahnya walaupun ke masjid, mereka perlu mendapat keizinan daripada suami. Suami ialah ketua rumah dan keluarga. Memberi ketaatan kepadanya adalah wajib selagi mana suami tidak mengarahkan supaya meninggalkan perkara wajib atau tidak menyuruh melakukan maksiat.

Dalam perkara ini isteri tidak perlu mendengar atau mentaati suami.
S
uami tidak mempunyai hak melarang isteri mereka ke masjid selagi tidak ada sebab halangan yang kukuh. Dinyatakan di dalam hadis muslim bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Jangan kamu menghalang hamba(perempuan) Allah SWT dari masjid Allah SWT.” Perkara yang menghalang mestilah muktabar dari segi syarak.
Contohnya ketika suami sakit dan berhajat kepada isteri di sisi untuk menjaga dan memenuhi hajatnya. Atau pun mempunyai anak kecil yang mungkin merbahaya jika ditinggalkan keseorangan di rumah tanpa ada orang memerhatinya. Itu a
dalah beberapa contoh perkara yang menghalang atau kesempatan yang diterima akal.



Jika anak-anak yang dibawa bercakap-cakap dan mengganggu para jemaah yang sedang menunaikan solat dengan tangisan dan teriakan, maka tidak perlu membawa mereka bersama. Begitulah walaupun dibenarkan membawa anak-anak ketika menunaikan solat lima waktu kerana solatnya tidak lama, perlu dicegah lebih-lebih lagi pada solat tarawih dengan tempoh solatnya yang lama lebih kurang satu jam sehingga anak-anak tidak sabar dengan ibu-ibu mereka



ps : sedihh sgt tahun nieh x dpt berterawih .. asal nak gi jerk zahrien nangis nak ikut .. nak buat kat umah punn sama .. semayang asal lama sikit , zahrien dah melepekkk kat sejadah .. huhuhu ku harap adalah peluang ku untuk terawih di tahun hadapan huhuhu










sesekali pekena selera luar


salam semua kawan2 !!
semalam petang mr hb call .. tanyer nak buka ape kita ari nieh ... huhuhu x tahu nak jawab ape .. aku suh dia decide lah nak makan ape .. tub2 dia cakap teringin nak makan satay ... haaaaaaa aku punn kebetulan tgh fikirkan satay heheheh same lah pulak feeling aku dan mr hb nie ... heheheheh , haaa dia cakap moh kita berbuka di satay zul .. ape layie .. aku terus call utk booking ... senang kan .. alhamdulillah .. sesekali pekena masakan luar nie ape salahnya kan ..

bosan dah nak pikir menu utk masak ..

adik aku punn nak join heheh dah lama katanya dlm bulan pose nie belum lagi plan nak berbuka luar .. jadi tuu yg dia nak ikut heheheh .. ingat nak suh dia yg belanja .. hermmmm mcm biasa , akakkkkkk jugakkkk herghhhhhh .. wehh bile nak belanje aku dan anak2 niehh ?? hahahha
entah bile , org nak kawin dah nie , ari2 pikir budget .. huhuhu

oklah layannn piccas nieh ......





menu2 yg di pesan , satay perut,ayam & daging

nasi lemak telur

nie .. nasi lemak aku .. x leh makan banyak .. heheheh


tgk tuu zahrien .. herghh letih melayan .. kalah org yg berpuasa tau !!


angah & kakak in action .. hehehehhe




last sekali mustilah tuan tanah enterpreme .. heheh sengeh memanjang .. nina amik gambar yer ibu .. ermmm ambiklah nakk .. cantiklak gambar nie .. ecehhhh perasan lahh bebbbb hahaha




ps : ari nie nak masak aper .. ari sabtu ... any plan ?? ummi dan ayah nak dtg tidur sini , plan nak beli suar dan kasut aku dan Mr A .. rasa cam nak masak nasi lemak sutun kembang .. amacam ok tak ??


Thursday, August 19, 2010

Moh berbuka Di Kg

salam semua ..
nie gambar masa aku balik berbuka di kg semalam .. tetiba jerk Mr A cakap nak balik berbuka di kg , katanya nak amik air kelapa muda utk berbuka nanti .. ermmm x tahannn aku pack brg ala kadar .. susu dan bekalan utk masak di umah ummi .. zazzzzzzzzzz kami balik ... heheheh sampai kg tepat2 jam 6.00 ptg .. soo aku mcm ribut petir lah aku masak .. sbb awal2 lagi dah cakap ngan ummi x yah masak sbb aku nak masak paprik dan tomyam , makan nasi utk berbuka kali nie .. request dari Mr A dan anak2 .. ummi x kesah .. sampai ajer .. ummi tolong sediakan bahan2 .. ermmm sekejap jer aku masak .. x sampai sejam .. terhidang semua juadah seperti dibawahhhhh taraaaaaaaaaaaaaaaaa simple2 jer ..
janji semua suka dan licin habis !! ..


sesekali berbuka ramai2 nie memang best .. nikmat dia tuhan sahaja yg tahu .. aku punn terlajak makan hahahahhahaha sedap woooo x tahannnn .. seminggu aku x makan nasi .. sekali pekena .. x hinggat dunia .. hahahhahaha




ikan bakar


paprik campur


tomyam campur


juadah pemanis mulut



roti john menjadi kemestian .. heheh


ps : tadi pagi internet kat opis lak break down .. tension giler .. semua kerja x dpt buat .. dah lah ari nieh aku dtg awal semata2 cuba nak siapkan attandance exam budak2 utm next week .. sekali internet lak down ... herghhhhhhhh marah tul .. dgn aku x leh nak berblog & fb .. jadi lebih tertekan .. x dpt nak jalan2 umah kawan .. ha dah tiba mlm baru boleh , kat umah kannn kalau kat opis x tahulah dah ok ker belummm huhuhu ...



Wednesday, August 18, 2010

Kad Raya & Sampul Duit Raya


askm semua ..

taraaaaaaaaaaa
smlm kami warga KSP dapat sampul duit raya & kad raya edisi kolej bagi tahun ini ..
alhamdulillah .. nie yg bukan berisi tau ! .. yg kosong lahhh .. hahahhaha
Bos ! biler nak dpt yg ada isi nyer ??? ( doa2 )

Untuk semua warga shahputra .. memang tiap2 tahun kami dpt .. tapi tahun nie kira
cantik dan havoq sikitlah dari tahun2 sblmnya ...
terima kasih banyak2 "BIG BOS" .. x yah dah susah aku nak kena amik kat bank awal2 sampul duit raya nie .. kalau ambil lambat alamatnya x dpt lah ..



sampul duit raya


kad raya



dari dalam



ps : komp aku ari nieh kat pejabat ashik nak blackout jerk .. x leh jadi nieh , semua kerja2 kami tergendala sekejap .. entahlah kenapa .. nie lah membuatkan kami2 kat sini bosan .. hahahha nak tidooo lah mcm nieh .. hehehh



Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) blog (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...