Saturday, May 29, 2010

Semuanya itu datangnya dari ALLAH



sekiranya kita ditimpa kesusahan dan kesedihan , jgnlah lupa semua itu adalah dtgnya dari yang maha esa .. berilah aku kekuatan dalam menempuh segala dugaan dari mu ya allah .. hanya kau yg satu , maha mengetahui , maha mengadili diri ini .. ketabahn itu amat kuperlu .. berilah aku kekuatan kerana aku sentiasa bersedia dan redha dlm menempuh dugaan mu itu .. berikan juga aku kekuatan dlm mengharugi dugaan dari mu .. hanya kau yg mampu ...
aminnnn ya rabbal alaminnnnn ....




RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga dia memiliki tiga sifat iaitu menafkahkan harta tanpa kedekut, berlaku adil terhadap diri dan memberi salam kepada orang lain.” (Hadis riwayat Ahmad)

Harta benda atau wang ringgit kurniaan Allah kepada hamba-Nya. Harta benda yang dimiliki adalah suatu himpunan amanah dan tanggungjawab perlu diurus dan dibelanjakan sewajarnya.

Oleh itu, manusia yang suka menyimpan harta kerana takut akan kehabisan dan tidak sanggup mengeluarkan sebahagiannya ke jalan hak seperti berzakat pasti tidak akan mendapat keberkatan dan rahmat Allah walaupun dianugerahi nikmat melimpah ruah.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Tuhanmu yang meluaskan rezeki terhadap sesiapa juga yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) dan Dia juga yang menyempitkan (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia Maha Mendalam Pengetahuan-Nya lagi Maha Melihat akan hamba-Nya.” – (Surah al-Israk, ayat 30)

Adil dengan diri sendiri bermaksud seseorang itu menyeimbangkan antara keperluan spiritual (rohani) dan dan fizikal (material, intelektual) di mana semua komponen ini saling berkait rapat dan sangat penting bagi menjadikan kehidupan seseorang seimbang, tenang dan damai.

Memberi salam pula adalah simbol kekuatan ukhuwah yang dituntut Islam untuk diamalkan selalu oleh setiap Muslim menjalani kehidupan bermasyarakat bagi melahirkan perasaan saling hormat menghormati di samping mewujudkan perpaduan dan kasih sayang.



Sumber: JKIM




Thursday, May 27, 2010

Tips Penjagaan Kesihatan dlm Islam


Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-

1. Bersenam @ beriadah.

2. Mengawal makanan.



Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)


Oleh itu jagalah cara pemakanan anda, dapatlah anda menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya. Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat." (Riwayat Abu Hurairah)








Tuesday, May 25, 2010

AKU PUN peminat dia !



aku punn minat jugak .. heheh congrats sgt2 buat
shahir dari kapar , perak ..

x sangka dia boleh menang dan actually semua peminat mcm dah tahu sejak adanya AFmasuk , nama dia jadi sebutan dan layanan di AF dah semakin speciall nampak kepada dia .. he deserved that .. memang sedap giler single terbaru dia .. aku punn dah banyak kali dengar memang x menjemukan ,
sedap jerk dgn halwa telinga aku ..

well for me shahir adalah sebutir bintang yang berkualiti lahir dari program realiti nieh
x mcm bintang2 yg lepas ( opsss jgn mara !
pandangan aku ajer .. hehhe )


yer lah kalau tgk persembahan dia dan performance dia dimlm final , lagu yg dibawa dah membuatkan dia seperti artis profesional .. suara , aura dan lagu seakan masuk sgt2 .. perghhhh cayalah .. semoga terus berjaya dan merendah diri selalu ..

( ewahhh aku minat terlebih lak .. heheh sblm2 nieh idoklah minat sgt ngan bintang realiti nieh .. but not this time .. dia memang layak .. )


tgk lah wajah shahir sebelum dan sekarang ..
hebat kan sejukkk jerk mata memandang ..



single terbaru : Kebahagian dalam Perpisahan



ps : aper aku nak masak ari nieh .. betui2 bosan giler kat opis nieh .. rasa nak balik jerk .. huhuh
ha satu layei .. ok tak kalau gambar aku duk sebelah dia .. wajah ader iras2 takkk .. ecehhh



Thursday, May 20, 2010

bersuka ria utk kesihatan juga !


jgn muntah lak tgk tuan tanah enterpreme .. ehheh lately nieh aku suker sgt ambik gambor sendiri disamping ambik gambor ngan anak2 hehehheheh .. yer lah memenuhi waktu lapanglah katakan .. heheh actually nak citer pasal xtvt riadah kami ujung minggu lepas .. mcm biasa aku berjimba2 dgn anak dan hb di tasek taman bandar .. kali nieh aku punn enterpreme samer .. nak bergambar dgn anak2 bukannya mudah .. anak2 aku memang agak2 pemalulah jugak ikut hb aku .. heheh di paksa baru leh bergambar bersama .. nak2 anak teruna aku tuh .. kalau bergambar sebuk dia nak pegang camera .. heheh ok lah layan ..

gambar kat bawah nieh masa di opis ... tgh try makeup mamber .. punn mamber yg makeup kan .. amacam ok tak .. ala2 ayu gitu .. hahahahhahah




ni pula posing sblm ke tasek taman bandar , masa nieh gi bengkel hb amik dia
sebelum kami ke sana petang tuh ..
nieh nina yg amikkan nieh :)




zahrien wif dear father ..


me wif posing x sengaja namanya .. ehheh


tu dia .. rangkain gambar2 yg disnap oleh hb .. amacam camera x cantik ..
gambar punn kureng clear lah ..
entah biler aku dpt tukar camera baru nieh ..
tulun2 mr hb .. huhuhuhu







ps : ari nieh aku nak masak spaghetti utk anak2 dan hb .. mereka x kesah .. dgr ibu nak masak speghetti semua senyum sampai ke telinga .. senang cerita aku :))




mari bakar kalori





hari ini .. 20 Mei 2010




semalam 19 Mei 2010

ps ; x larat nak tulis , letih giler ari nieh lepas bgtg royong di asrama pelajar , balik aku ke pasar malam ngan hb dan anak2 .. balik lak dpt burn calories banyak nieh .. heheheh ok lah , nak lipat kain lak .. :))

Wednesday, May 19, 2010

Cara Mengawal Nafsu Makan


salam semua ... :)





  1. Percayai perut anda. Tanya diri anda mengapa perlu makan. Jika bukan kerana lapar, elakkan sama sekali.
  2. Sebolehnya alihkan perhatian anda daripada makanan jika tidak diperlukan.
  3. Nyalakan lilin beraroma. Kajian menunjukkan bahawa aroma epal, pudina dan pisang dapat menahan rasa lapar.
  4. Mencubit titik saraf yang terletak di kawasan tulang rawan di mana rahang anda melekat di bawah telinga.
  5. Pilih makanan yang mengenyangkan.



Sungguhpun lapar, namun percayalah anda masih mempunyai jalan untuk mengatasinya. Antara langkah yang dapat anda ambil adalah dengan membanyakkan mengambil makanan yang rendah kandungan lemak kerana ia lebih cepat dicerna dan mengundang rasa lapar berbanding makanan yang tinggi kalorinya. Bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk mengawal supaya makanan yang diambil tidak keterlaluan.

1. Pastikan setiap hidangan harian anda mempunyai kandungan protein dan makanan rendah lemak. Perbanyakan kudapan ringan seperti ‘popcorn’, kismis atau kekacang sementara menunggu waktu makan sebenar. Makanan sebegini membantu anda berasa kenyang tanpa meningkatkan kadar kalori dalam tubuh secara keterlaluan.


2. Selain itu, anda juga boleh memperbanyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan segar yang kaya dengan kandungan serat dan tinggi kandungan airnya. Kalau boleh, jadikan makanan jenis ini sebagai snek sehari-hari terutamanya anda ketika perut terasa lapar.


3. Rasa lapar yang keterlaluan menyebabkan anda cenderung makan melebihi kuantiti yang sepatutnya. Jadi untuk mengelakkannya, anda dinasihatkan makan sebelum perut benar-benar lapar. Kebanyakan kita berpendapat golongan wanita cenderung makan berlebihan sekembalinya mereka dan tempat kerja. Nafsu makan akan melonjak tatkala menyediakan makanan buat keluarga, apatah lagi anda sememangnya benar-benar lapar ketika itu. Jadi, sebagai langkah mengawal diri, anda dinasihatkan untuk mengisi perut terlebih dahulu dengan mengambil yogurt rendah lemak atau buah-buahan sebelum pulang ke rumah.


Tip ini juga boleh diamalkan sebelum anda keluar menghadiri kenduri-kendara atau majlis makan mengelakkan anda terpesona dengan deretan makanan lazat yang terhidang di atas meja santapan.

Skala ‘The Hunger-Satiety Rating Scale’, petikan dari buku Why Weight? A Guide to Ending Compulsive Eating (author: G. Roth, New York, NY: Penguin Books, 1989) mungkin boleh memberi penjelasan tentang tahap kelaparan seseorang.


click utk lihat lebih besar


Kenyang

10 = Kenyang keterlaluan paling maksimum, anda terdedah pada penyakit
9 = Kenyang keterlaluan maksimum, anda

perlu longgarkan kancing seluar
8 = Kenyang keterlaluan, rasa sesak dan senak
7 = Sangat kenyang seolah-olah terl

ebih makan
6= Kenyang, anda rasa selesa


Neutral

5 = Selesa, anda tidak lapar
4 = Rasa lapar mula menunjukkan tanda
3 = Lapar, sedia untuk makan
2 = Sangat lapar anda tidak mampu memberi tumpuan


Lapar
1 = Kebuluran, anda akan rasa pening


Perhatikan skala di atas dan kenali di mana tabiat pemakanan seharian anda. Anda disarankan makan ketika berasa skala 4 iaitu tatkala rasa lapar mula menunjukkan tanda dan berhenti makan di skala bernombor 6. Ingat, jangan menahan lapar atau membiarkan perut menunggu lama. Kudaplah apa-apa sahaja yang kurang kalori atau rendah lemak untuk mengisi perut anda!


ps : ari nieh aku ada gtg royong di asrama budak2 nursing kolej .. huhuhu bagus jugak walau aku akan rasa keletihan .. tapi ok lah kan lepas aku dah taram satu pinggan nasi lemak pagi nieh .. wehaaaaaaaa




Monday, May 17, 2010

murtabak sausage cheese & maggie




murtabak sausage cheese & maggie


yehaaaaa pasti terliuq kannn ! .. ehhehe den dah pandai buek murtabak nieh ... resepi dari kak watierman .. thanx alots kak, sudi share kan resepi yg really simple
dan yummyx3 .. heheh

alhamdulillah percubaan pertama aku buat menggunakan resepi kengkawan di laman cyber ini menjadi dan disukai sefamily ..

anak2 cakap

" ibu sedapnyaaaaaa ibu buat nieh , ibu buat dgn aper "
- kata anak sulungku
" ish sedap tul ibu buat nieh , angah rasa cam nak
tambah lahhh" - kata angah
tgk zahrien makan dgn berselera aku bertanyakan dia
" dik sedapp dikk ibu buat " - sambil mengangguk dan tersenyummm panjang
" heheh nanti ibu buat layie erkkk " - kata hubby ..
alamakkkkkkk kena buat layie lah niehhhh heheheh



ps : hari nieh aku langgar pantang , makan nasi lemak dgn lauk kerang .. sedap giler wehh .. sib baik amik nasi separuh ajer .. punn dah rasa kenyang giler ... huhuhu biler nak insaf nieh .. jgn terlajak udahlahhh ieda wehhhh :))


Saturday, May 15, 2010

done TAQ from kengkawan ..


CONTEST SENYUMAN PALING MENAWAN
dari adik chentazety

salam semua .. hehe dah lama aku x bikin TAQ kan .. haaa kali nieh sekali dua aku bikin .. heheh terlebihh sudah rajin nyer .. moh lah layan taq nieh .. aku dapat dan di TAQ oleh posh76 tersayang .. ku cuba buat dan juga kenalan baru kasihart .. thanx alots dik .. muahhhh

contest nie terbuka tuk semua peringkat umur - DONE
1 gambar je( GAMBAR ANDA)...sape masukkan lebih2 otomatik akan di rejek oleh ai...*hahhahahha gelak jaat* - DONE

gambar BERSEORANGAN- DONE
mestilah menjadi follower miss chentazetty - DONE

sediakan entri khas contest ini dalam blog u all n link kan kepada ai...

Letakkan sticky pic ini sekali di entry anda... pastu explain...nape anda suke senyum...


** senangkan????? jgn lupe tag kan kawan2 anda minimum 4org...
- saper2 yg nak bolehlah buat ..
tarikh penyertaan tutup pada...jeng jeng jeng..... 20 mei 2010..
dan gambar yg aku pertaruhkan adalahhhhh

jeng.. jeng .. jeng .. jeng



aku suka senyum kerana pada aku senyum itu indah , rahmat yg diberikan oleh allah , membuatkan kita berasa lega , dan yg pastinya utk xcercise mulutlahhh .. heheh
aku nieh bukan lah jenis suker senyum2 kambing gitu .. kalau x der aper2 yg melucukan x kan lah kita nak tersenyum kann .. yg pastinya aku suka senyum kerana ia melegakan hati aku dan yg pasti akan membantu aku menyelesaikan masalah yg bila kita tersenyum , kita akan cakap
" senyum itu adalah sedekah "



!
!
!
!
!


dan TAQ yg KEDUA adalah dari adik kasihart ..

berkenaan CERITA PASAL SAYA



SIAPAKAH ANDA DIRUMAH?
- ibu kepada nina , riena dan zahrien
- isteri kepada mohmad sakimi
- seorang ibu yg agak garanggg .. heheh agak2 jer ker ..
- ibu yg amat penyabar dengan segala rutin harian sebagai seorang ibu .. huhuuh

SIAPAKAH DIRI ANDA DISAMPING RAKAN?
seorang teman yg happy go lucky , x suka cerita belakang , suka damaikan kalau ada sengketa , x suka melaga - lagakan kawan .. dan yg pasti seorang yg peramah dan kalau ada isu2 hangat nieh memang suka dgr dan yg pasti prihatinnn .. ecehhhh :))

5 BENDA YANG ANDA IDAMKAN TAPI MASIH BELUM TERCAPAI?
  1. pergi haji
  2. pergi umrah
  3. pergi bandung , new zealand , paris , hongkong ituu jerk
  4. keter besar .. tapi skrg dah ada dahh .. syukuuur
  5. capai target kurus yg ideal .. skrg ontway .. ahaksss
SIAPAKAH NAMA PASANGAN ANDA?
Mohmad Sakimi Bin Awang Mat Salleh









5 PERKARA YANG PALING ANDA SUKA TENTANG PASANGAN ANDA?
yoooo banyaknyer nak sampai 5 wehh .
1. seorang penyayang , 2. seorang yg penyabar 3. baik hati 4. bertolak ansur dan jenis x kesah

BILA TARIKH COUPLE
tarikh x hinggat tapi bulan dan tahun ingat .. bulan 2 tahun 1999

KENANGAN PAHIT ANDA BERSAMA RAKAN ANDA
biler kawan makan kawan .. huhuh

LAGU TEMA CINTA ANDA
x der lagu tema .. tahu2 semua lagu cinta melayari percintaan kami .. huhu

APA PERUBAHAN YANG ANDA INGIN LIHAT PADA PASANGAN ANDA
dah boleh terima aku seadanya



ok lah sekian .. nak kuar nieh , nant jumpa layie .. TAQ 10 org .. ermm xmau lah .. nanti saper2 yg teringin nak buat silakanlahhh jgn malu2 .. :)) bye

Thursday, May 13, 2010

KAD itu dari anakku & sajer2 posing


salam semua .. ni bukan posing syok sendiri tau ! .. hahhaha nieh namanya posing sajer2 ... mihahahhaha aper2 lah .. sajer dan bosan pagi2 kat opis sooo x der korjer .. jadi ... terjadilah picture2 nieh ..
heheh jgn mencebikk lak tgk gambar hamba nieh .. heheh


bawah nieh posing2 time sebuk buat last preparation for pre konvo budak2 UTM di auditorium kolej shahputra , tempat aku korjer lahh ... heheh sblm org ramai masuk aku ambik kesempatan .. wokehlah layannnnnnnnnn




gambar nieh diambil di meja aku .. pagi2 buter kul 7.45pagi .. org x mai kerja layie ..
aku awal sbb dah rutin aku menghantar anak2 ke sek , soo memang lah awal aku sampai opis .. org lain duk bersantai2 layie di umah .. hehhe




dan
!
!
!
!


ini pula , amatlah terharu kerana aku menerima kad ucapan MOMS day dari anak teruna aku zahrien .. sobx3 .. ingat jugak zahrien pada ibu dier .. actually dpt kad nieh the day after mom's day .. soo lambat jugaklah untuk aku dpt uploadkan disini .. hhuhuh
LOVE u dear zahrien .. semoga anakku menjadi insan berjaya dan beriman kelak ..
kakak2nya x bagi aper2 buat ibu ker ??
hermm nina anakku yg sulung cakap
dia dan riena luper ader ari IBU ..

yg sedapnya si riena pulak siap cakap ..
" ibu , hari ibu tuh hari aper ?? "

hupsssss cam ner nak jawab nieh ?? .. hehehheheheheh







ps : aper2 ajer pemberian dari anak adalah amat bermakna dan sungguh bererti bagi kita sebagai ibu .. berjanjilah pada diri sendiri agar kita boleh menjadi ibu yg TERBAIK buat mereka .. aku sedih biler teringat aku selalu jugak memarahi dan memukul anak2 ku .. tapi dengan niat untuk mengajar agar mereka x tersasar jauh biler dewasa kelak .. kerana aku masih ingat kata ibuku .. bila sayang tangan2kan .. jgn sayang dimanja2kan .. :))



Tuesday, May 11, 2010

BIJAK MEMILIH MAKANAN PILIHAN - spegetti pilihan kami ..


salam semua ...


Dalam kesibukan kehidupan seharian begitu mungkin anda tiada masa untuk menyediakan makanan. Apatah lagi jika anda tidur lewat dan tiada masa untuk bersarapan di rumah. Sarapan sangat penting untuk memulakan hidup anda. Disini ada sedikit info utk dikongsi bersama ... layannnnnnnnnnn


Jangan abaikan sarapan. Anda boleh sediakan sandwic pada sebelah malam: roti (gunakan roti wholemeal) disapu sedikit margarine, diberi isi telur rebus yang dihancurkan bersama potongan mentimun, daun salad, dan hirisan tomato serta dituang sedikit sos tomato atau sos cili. Sebagai pilihan lain boleh juga anda buat sandwic keju, atau sandwic sardin. Bawalah sarapan ini ke tempat kerja bersama minuman jus buah atau sirap limau untuk makanan seimbang. Sarapan ini akan memberi anda tenaga untuk beberapa jam.


Jika anda tiada masa membuat sandwic, maka pilihan yang terbuka ialah membeli sarapan. Pada zaman sekarang sarapan dijual di merata tempat: nasi lemak, mi hun goreng, mi goreng, nasi dagang, lontong, roti canai. Kiranya bahan santan dalam masakan akan membuat anda mengantuk, maka elakkan daripada membeli makanan yang mempunyai santan sebagai bahan masakannya.


Mungkin anda memilih nasi empit dengan kuah kacang. Kuah kacang ini mempunyai zat lemak yang tinggi tetapi kaya dengan magnesium dan zink. Apabila membeli mi goreng, pastikan makanan itu mempunyai sayur – sawi atau kobis – dan protein seperti daging, telur, dan kalsium seperti kerang, dan hidupan laut ( sotong, udang).


Ada masanya anda berasa lapar dan mahu makan snek atau sesuatu sementara menantikan waktu makan tengah hari. Jika anda makan nasi lemak sebungkus sebagai sarapan, maka pilihlah snek yang agak ringan untuk dikunyak sementara menantikan waktu rihat tengah hari. Mengunyak kacang mungkin menjadi pilihan anda. Kacang, pistachio, cashew membekalkan nutrisi penting. Anda perlu makan secara amat bersederhana jika anda suka kacang yang masin. Kacang ini kaya dengan zat lemak dan akan menambahkan berat anda.


Jika boleh, cuba elakkan snek dalam coklat dan croissant kerana makanan ini merupakan snek yang tinggi zat lemaknya. Snek begini cepat meningkatkan tahap gula dalam darah, dan tahap itu juga akan jatuh dengan cepat yang akan membuat anda berasa lemah, penat, dan lapar semula.


Makanan tengah hari mungkin menjadi agenda sangat penting jika anda merasakan bahawa anda tidak perlu makan pada waktu malam. Pastikan makanan tengah hari anda berlandaskan karbohidrat – nasi, roti wholemeal, pasta, mi, laksa. Bersama makanan berkarbohidrat itu iringkan dengan sayur-sayuran dan salad termasuk ulam-ulaman untuk menjaminkan kecergasan anda pada hari itu.


Diet yang seimbang akan membekalkan tenaga dan nutrisi yang anda perlukan untuk menjalankan satu kehidupan yang cergas sehari semalam. Diet yang seimbang terdiri daripada lima kumpulan makanan: Roti, kentang, dan bijirin; buah-buahan dan sayur-sayuran; daging dan ikan; susu dan makanan tenusu; lemak dan gula.


Sebaik-baiknya anda makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai nutrisi yang sangat tinggi kerana kaya dengan vitamin, terutamanya vitamin A, C, dan E; juga kaya dengan zat galian (mineral) seperti kalsium, magnesium dan potassium dan zat besi. Makanan ini juga kaya dengan antioksidan yang dapat menjauhkan anda dari barah tertentu dan penyakit jantung. Banyak buah-buahan dan sayur-sayuran mengandung phytochemical yang menjaga anda daripada diserang penyakit, selain tugasnya memberi warna kepada makanan.


Buah-buahan dan sayur-sayuran tidak mengandung lemak, sangat rendah kandungan kalorinya, dan merupakan sumber serat yang baik. Seelok-eloknya anda makan kira-kira 400 g (14 aun) buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Anda boleh pilih sama ada hendak makan buah-buahan dan sayur-sayuran itu dalam bentuk segarnya, dimasak atau secara mentah, dalam tin, atau yang sudah dikeringkan, atau sebagai jus.


Anda perlukan kalsium dalam bentuk minuman susu, keju atau dadih tiga kali sehari. Tulang anda menggunakan kalsium secara berterusan untuk tumbesaran baru sehingga anda berusia 25-30 tahun. Pada usia ini densiti (kepadatan)tulang sampai kepada puncaknya. Anda memerlukan tulang yang kuat dan sihat. maka itu masukkan dalam agenda harian anda untuk berjalan cepat, berlari, berjoging untuk membina tulang yang kuat dan sihat.


Untuk mengatasi rasa lemah , anda perlukan zat besi. Makanlah makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging merah, ikan berminyak seperti sardin, tuna, telur, sayur-sayuran berdaun hijau, hati, kacang.


Anda juga perlukan vitamin C. Buah-buahan citrus seperti limau dan sayur-sayuran amat baik sebagai sumber antioksidan yang dapat menjauhkan anda daripada penyakit. Apabila anda berada di luar rumah, di padang, di tepi sungai kerana memancing, di tapak pesta, pastikan anda sering minum jus buah untuk memastikan tahap vitamin C anda pada tahap stabil. Minuman jus buah ini juga dapat melawan kesan asap rokok yang menghakis nutrisi anda.


Tidak mahu makan malam? Jika benar-benar tidak rasa lapar, elok juga makan sedikit – sekeping dua biskut, minuman jus buah sambil membaca atau menonton televisyen. Dan sebelum tidur, minum secawan susu suam supaya badan jadi selesa dan dapat tidur lena.


Jika sarapan terlepas, maka pastikan anda dapat menikmati brunch iaitu breakfast + lunch yang sebaiknya pada hujung minggu itu. Pola jenis makanannya sama iaitu wajar berlandaskan lima kumpulan makanan asas. Pastikan ada karbohidrat, protein, sayur-sayuran, buah-buahan. Jika terlalu letih untuk memasak, boleh menggoreng nasi atau menggoreng mi dengan memanfaatkan makanan daripada lima kumpulan makanan asas itu.

info : amida abd hamid


ok ... ini menu berbuka aku semalam bersama family terchintaaa .. hehe spaghetti mixed vege , alhamdulillah settle semalam .. licin kecuali kuah yg memang aku buat banyak
untuk aku makan sekali lagi balik kerja nanti .. yehaaaaaaaaaaa yummyx3





hermmm tgklah tuh .. suka sgt .. hehehhe




ps : ari nieh aku x puasa .. insyaallah akan sambung hari khamis pula .. seronok berpuasa nieh .. latih diri utk menyambut bulan rejab , syaaban dan ramadhan dah x lama tau .. soo pada yg belum ganti poserr tuh .. sila2 kanlahhh jgn tunggu lama2 tau !


berbuka puasa


salam semua .. alhamdulillah smlm dan hari ini aku masih berpuasa .. puasa sunat + gantian yg pastinya sudah habis ... insyaallahh aku akan berpuasa sunat seterusnya sekiranya mampu .

dan semalam jugak aku mendapat panggilan telefon dari nursery bahawa zahrien demam , demam panas .. aku segera bawa dia ke klinik berdekatan , suhunya tinggi 39C .. memang memeranjatkan aku .. yg peliknya masa hubby hantar dia x menunjukkan sintom2 org nak demam .. relax ajer kata hubby .. aku balik dan menemani dia di rumah .. bagi makan ubat dan tuam kepanasan dia dgn air batu bagi menurunkan tahap kepanasan badannya ..
alhamdulillah sehingga ke hari ini dia dah bertambah ok .. mungkin kerana natibiotik yg aku ambil dari klinik philips ini amatlah bagus .. 2x makan dah ok .. alhamdulillah sekali lagi ..

walaupun zahrien demam .. aku memang dah plan nak masak utk menu berbuka aku semalam .. dlm mood berpuasa sunat ini aku teringin sgt nak makan makaroni .. well ada yg cakap " anak demam masih sempat masak ker?? .. bukan ker kena jaga anak tuh " eloooo ANAK AKU DEMAM BUKANNYER KENA DUKKK NGADAP DIER .. DIA DAH TIDOOO , BARULAH AKU MULA MEMASAK ! .. takkan itupunn nak cakap .. cetek sungguh pemikiran sesetengah org nieh kan .. pada aku lah kalau anak sakit x kan semua ahli keluarga kena sakit jugak ! .. di rumah aku nieh ada 6 mulut yg perlu aku serve .. soo aku memang x berkenan beli lauk diluar selagi aku mampu masak .. berlebih layie kalau aku nak berbuka puasa .. walau penat mcm mana sekalipunnn aku tetap akan masak .. barulah kena ngan tekak nak berbuka puasa .. heheheh ok lah layan menu aku semalam ..



makaroni grg pilihan seisi keluarga ..

popia goreng .. beli jerk ! ..

haaa nieh menu wajib , kena ada bila nak makan !!

actually aku nak share cikit pasal kebaikan PUASA SUNAT dalam islam .. yuk layannn

Umat Islam telah ditaklifkan untuk melakukan ibadah-ibadah wajib seperti sembahyang fardu, puasa di bulan Ramadhan, zakat dan sebagainya. Ia merupakan suatu ketetapan daripada Allah s.w.t. kepada setiap hamba-Nya. Justeru itu tidak akan terkecuali seorang pun daripada kalangan penganut agama Islam yang mukalaf untuk menunaikan tanggungjawab tersebut.
ibadah-ibadah sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan sebagainya merupakan ibadah yang tidak diwajibkan. Tetapi ia amat digalakkan kepada sekalian umat Islam untuk melakukannya dan tidak berdosa jika meninggalkannya. Ia boleh diibaratkan sebagai suatu kelebihan atau extra bagi umat Islam yang beristiqamah dalam melakukan ibadah sunat.

Dengan melakukan ibadah sunat, ia dapat meninggikan darjat dan martabat seseorang Muslim di sisi Allah s.w.t. Sesungguhnya Islam amat menekankan kepada umatnya agar bersungguh-sungguh dalam melakukan amalan murni seperti ibadah sunat umpamanya. Dalil daripada al-Quran yang bermaksud: `` Berlumbalah kamu dalam melakukan kebaikan.'' (Al-Maidah: 48)

Bagi umat Islam yang melakukan ibadah puasa sunat, Allah s.w.t. akan melipatgandakan ganjaran pahala kepada mereka. Ini bersesuaian dengan segala dugaan, kesabaran dan cabaran yang diharungi orang-orang yang melakukan puasa sunat.

Puasa sunat boleh dilakukan sekadar kemampuan individu. Bahkan bagi kaum wanita contohnya boleh menjadikan bulan Rejab dan Syaaban sebagai bulan untuk menggantikan puasa tahun sebelumnya.

Sesungguhnya amalan puasa sunat ini bukan sahaja dijanjikan ganjaran pahala daripada Allah s.w.t. Sebaliknya terdapat hikmah-hikmah lain yang sangat penting bagi kehidupan manusia. Di Antara kelebihan-kelebihan yang dinikmati orang yang berpuasa ialah:

1. Mendidik nafsu

Ibadah puasa merupakan suatu alternatif Islam yang dilihat mampu membendung hawa nafsu manusia. Sama ada nafsu seks atau sebagainya akan menjadi lemah sekiranya seseorang itu berpuasa. Oleh itu bagi seseorang yang tinggi keinginan nafsu seksnya dan tidak berkemampuan untuk berkahwin, maka ibadah puasa merupakan kaedah yang praktikal untuk di amalkan.

2. Mendisiplin diri

Melalui ibadah puasa juga seseorang itu dapat mendisiplin diri terutamanya masa makan. Selain itu ia dapat membentuk manusia menjadi insan sabar dan berdisiplin kerana syarat-syarat berpuasa perlu diikuti agar tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.

3. Memudahkan pembelajaran

Bagi pelajar terutamanya, amalan berpuasa sunat merupakan kaedah terbaik dalam merangsang dan menajamkan minda. Ibadah puasa memudahkan pelajar mengingati dan menghafal di dalam pembelajaran. Ia berbeza dengan keadaan belajar dalam keadaan perut yang kekenyangan dan menyebabkan pelajar mudah letih dan mengantuk.

4. Meningkatkan kesihatan

Puasa dapat merehatkan otot perut daripada bekerja menghadam makanan seharian. Bagi kaum wanita pula amalan berpuasa dapat mengurangkan berat badan dan seterusnya mencapai cita-cita berat badan ideal yang diidamkan. Manakala pihak lelaki juga dapat mengurangkan berat badan dan seterusnya dapat mengurangkan ketagihan merokok.

info : mymasjid.net


ps : aper menu aku ari nieh ?? haaaaa smlm nina anak sulungku ada request "ibu buatlah spegetti pulak .. winduu lah nak makan " sambil menjeling kearah mr hubby yg tersenyum , heheh mcm x paham lak aku nieh .. hubby dan anak2 memang suke jugak spegetti nieh .. insyaallahhh ibu buat nanti .. doakan aku rajin wehhhh :))



Sunday, May 9, 2010

sweet moments in life time


3 hari aku cuti sempena hari HOL negeri pahang , setiap petang jugalah aku habiskan cutiku bersama anak2 di taman bandar kuantan , xtvt wajib anak2 utk bagi fish makan kat tasek tuhh .. ermm specially anak teruna aku tuh .. habis gak lah sebuku besar roti utk fish2 kat situ .. heheh aku punn dah naik suker lakkk .. tgk gelagat ikan2 kat tasek tuh .. mcm tahu2 jerk yg kami semua dtg tiap2 petang nak bagi makan ..
besor2 lak tuh .. gerammm .. tiba magrib jerk semua lari ..

kata hubby sib baik x leh memancing .. kalau boleh dah berduyun2 org bawak mata pancing kat sini .. heheh dah leh buat pertandingan dahh ..
oklah yuk layan .. kegembiraan anak2 , 3 petang di tasek tmn bandar ini .. zazzzzzzz


mr hubby yg x jemu2 melayan karenah putra muhd saiful zahrien ..
the only one putra .. heheh


x nampak ikannyer wehhhh .. camera kokak jerkkk ..
tunggu aku beli DSLR ..
haaaaaa baru beshhh ( ish2 biler nak beli nieh ..
dah dekat 1/2 tahun duk sebut2 .. )



tgk tuh .. siap ada yg berani menyagut ikan disini .. senyap2 takut JAGA tahu .. hehe syokk jugak tgk .. hermmmm geram punn ader .. :))


happy forever after .. itulah yg diharapkan .. aminnnnn :)) ( nieh anak dara aku nina yg amik nieh .. siap suh ibu posing2 ngan ayah .. )



ps : hari ini bermulanya final exam budak2 UTM .. huhuh aku lak yg debooor ..
semoga selamat menjawab soklan .. x tahu buat2 tahulahh yer .. :))



Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) blog (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...