Friday, April 30, 2010

Award dari Kak Azatie




jambangan bunga yg cantik dari kak azatie ..



salam semua .. alhamdulillah hari nie aku dapat menjenggah blog seawal pagi di opis nieh .. mcm biasa aku sampai awal kan .. seawal 7.30 pagi kerana menghantar anak2 ke sek , itulah rutin harian aku sejak anak2 dah bersekolah .. well ibulah yg berkorban .. hehehheh suker .. sbb memang fresh pagi2 nieh .. walaupun ku dikejar kemenggantukan di dalam kereta ... hehehhe

ok lah ari nieh mood memang tgh baik , sblm aku mula se
buk jam 9pagi nanti baik aku tempek award yang aku dapat dari kak azatie, akak siber yg aku baru kenal .. thanx a lots kak sbb ingatkan ieda dan sentiasa jenggah umah ieda yg x seberapa ini .. yer ker blog aku nieh interesting ?? hehehe aper2 punn lain org lain citerasanya .. so tkasih kepada yg menghargainya .. haaaa kak azatie ada bagi TAQ jugak .. tapi dia x paksa utk buat .. dan juga mengharapkan aku buat .. hehehhe akak ! bab TAQ2 nieh memang ieda maleh tulll nak buat dan pikir ... huhuhu leh tak utang dulu TAQ tuh .. nanti amik mood lain lakkk .. ahaksssss




ps : kang aku dah start sebuk sbb ada gtg royong utk majlis Hi Tea KEKAS jam 3.00 ptg di kolej .. aku ajk logistic .. so kena ada utk buat persiapan dan perhiasan utk majlis tu .. ok .. jumper laie di lain entry .. zazzzzzzzzzzzzz


Thursday, April 29, 2010

TARAAAAAAAAAA


salam semua .. hai ... ehheheh aku tgh semangat2 .. nieh .. heheheh dah berjaya menukar layout baru di umahku ini , amacam .. ok tak .. hehehhe sebenornyer aku x minat warna pink tuh .. tapi ok lahhhh ( mak bukan jiwa 'pink' wehhh ) .. hehehhe aku suka sbb ader unsur2 batik disitu .. kira ok lah tuh .. hermm mood nak berblog punnn dah mai dah nieh .. nanti2 sat aku upload terbaru nyer citer .. haaaaaaaa ada award dari kak atie dan TAQ jugak .. huhuhuhu bab2 taq nieh memang malas giler bebbbbb .. doakan aku rela membuatnyer ... wakakkakakka


ok lah , kalau sempat kang aku update .. kalau x see yaaaaaa tomorow lahhhh :)



Monday, April 26, 2010

Kenapa Perempuan Suka DIET ??


well entry kali nieh satu persoalan yg selalu aku tanya pada diri aku .. dpt dari saudara zikrihusaini .. thanx for sharing something with us .. dan sebenarnya .. betul jugak kannn .. ada diantaranya lahhh yang lain tuh aku punn x pasti betul atau tidak .. dan sekurang2nya persoalan
itu terjawab oleh anda semua .. so nilailah sendiri sama ada ia benar atau tidak .. hehehe




Kalau kita bertanya mana-mana wanita, rata-rata semuanya pasti mengatakan tubuh yang langsing menambah daya tarikan pada diri mereka. Justeru itu, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat kelihatan cantik dan langsing termasuklah mengamalkan ” diet”.

Walaubagaimanapun sebab-sebab ataupun punca-punca yang menyebabkan kaum perempuan bersikap ingin diet adalahhhhhh :


Sebab mereka memang takut gemuk.

1. Untuk kepuasan diri sendiri.

2. Untuk kesihatan. (betul ke nie?)

3. Untuk cantikla. Of course la.

4. Takut teman lelaki , suami cari yang lain.

5. Sebab perempuan cepat gemuk. (betul ke?)

6. Sebab lelaki suka yang kurus je. (entahla no komen)

7. Yang last , untuk lelaki jugak! (tett)

8. Sebab memang mereka takut gemuk .. heheh



ps : yg penting bagi aku kurus utk kelihatan cantik + sihat yg pastinya .. mana ada org yg nak kurus @ gemuk utk tidak sihat .. kalau kurus punn x sihat buat aper kan .. so gemuk tidak terlalu gemuk dan kurus tidak terlalu kurus .. kerana ramai teman2 yg berdiet mendapat berat ideal tapi lain lak jadinya .. ada yg tiba2 ada penyakit dan yg paling TERUK wajah macam ORG SAKITTTT sooo fikir2kan lahhh :)








Tuesday, April 20, 2010

PUASA SALAH SATU CARA BERDIET


salam semua .. heheh alhamdulillah sehingga ke jam 5.00 ptg nieh aku dah berjaya melunaskan niat untuk berpuasa .. hermm musti tertanya2 kenapa aku berpuasa bukan pada hari sunat atau bulan afdal kann ... haaa jawapannyer .. aku poser ganti + sajer2 nak ajar diri control makan since kalau aku x poser punnn aku dah mcm poser kan .. sbb kena control makan itu dan ini , so why not aku ganti poser yag berbaki 3 hari dan kebaikannya adalah aku dpt control makan kann kannn kannn .. lagipunn bulan syaaban dan rejab dan hampir nieh .. x sabar rasanya menanti bulan barakah ituuu .. hermmm kat sini aku nak share cikit kebaikan berpuasa dlm diet kita ..
moh zazzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz





sekadar hiasan


Elson Haas seorang doktor kesihatan dalam bukunya bertajuk Tetap sihat dengan Nutrisi: Panduan Lengkap untuk Diet dan Perubatan Nutrisi menyatakan bahawa berpuasa adalah antara terapi semula jadi yang terhebat. Haas juga percaya berpuasa adalah satu kaedah bukan hanya untuk terapi diri, malah untuk masalah perubatan yang lain serta merangkumi masalah kehidupan lebih kompleks. Turut dinyatakan kebaikan berpuasa adalah untuk detoksifikasi atau penyahtoksin. Pembersihan diri ini adalah satu daripada trilogi nutrisi amat penting terhadap badan manusia, selain menyeimbangkan keperluan dalam badan dan membina badan sihat. Haas percaya berpuasa adalah satu daripada ‘hubungan yang hilang’ dalam diet masyarakat Barat.

Menurut Dr Ben Kim, pengamal perubatan berasaskan herba dari Kanada, berpuasa untuk tujuan perubatan sudah lama diamalkan. Malah, ahli falsafah terkenal seperti Socrates dan Plato juga mencadangkan puasa untuk tujuan memulih dan meningkatkan kesihatan badan. Mahatma Gandhi sendiri dikatakan berpuasa selama 21 hari sebagai usaha meningkatkan rasa hormat antara warga berlainan agama di India. Namun, sehingga hari ini amalan berpuasa lebih banyak dikaitkan sebagai ‘ritual’ agama saja, misalnya berpuasa pada bulan Ramadan oleh umat Islam. Nyata perkembangan perubatan moden dapat melihat kebaikan berpuasa dengan sokongan fakta saintifik. Kajian terhadap ilmu fisiologi mendapati amalan berpuasa mempunyai kuasa pemulihan yang hebat, kesan daripada aktiviti berpuasa tadi.

Lebih menarik, kajian perubatan Barat juga menunjukkan ada jenis penyakit yang boleh dikurangkan menerusi amalan berpuasa. Misalnya, demam, bronkitis, sakit kepala, sembelit, sakit perut, alergi terhadap sesetengah makanan, asma, insomnia, masalah kulit, kencing manis, keletihan, kegemukan, kanser dan sawan babi (epilepsi).
Manfaat puasa pula berdasarkan banyak kajian mencakupi meningkatkan tenaga, memperbaiki tidur, rasa lebih tenang, merehatkan sistem pencernaan, mengurangkan kesan penuaan, memperbaiki penglihatan dan pancaindera, memperbaiki pendengaran, meningkatkan kreativiti, serta penyahtoksin yang membawa kepada perubahan sikap kepada yang lebih baik kerana kurangnya toksin dalam badan.

Nyata amalan berpuasa bukanlah amalan yang melaparkan atau hanya wajib dijalankan umat Islam. Sungguhpun tiada kewajipan kepada bangsa lain untuk berpuasa, fakta saintifik menunjukkan bahawa puasa baik untuk kesihatan serta pemulihan dan pembersihan dalam badan.


info : bhnews@bharian.com.my


** menu aper erkk nak berbuka poserr ari nieh ?? makan luar ?? atau masak ?? zazzzzzzz




Monday, April 19, 2010

Kebaikan BERAS dan MINYAK MASAK

assalamualaikum .. actually hari nieh nak berkongsi berkenaan kebaikan minyak masak dan khasiat beras yang memang kita gunakan sehari2 an kita .. aku dah dekat 3 tahun menggunakan minyak masak ini dan beras jenama ini .. apa yg aku tahu banyak sgt kebaikannya specially bila anak dara aku dah membesar dan badannya dah bertambah sihat dari hari kehari .. sementalah itu aku juga dlm proses untuk menurunkan berat badan dan mengekalkan tahap kesihatan yg sedia ada ..


Ok beras yg aku maksudkan adalah beras HERBA PONNY TAJ MAHAL .. haaa dibawah nieh adalah sebahagian info berkenaan kebaikan beras ini yang kuambil dari
KELAB DIET ONLINE

Dari hasil uji laboratorium di sejumlah negara ini, beras herbal ponni terbukti memiliki kandungan karbohidrat 70 persen lebih rendah dari beras umumnya. Beras ini pun tumbuh alami, sama sekali tidak memakai obat-obatan. Uniknya, beras kesehatan dengan varietas mani chamba ini, sebetulnya pernah juga dicoba untuk ditanam di tempat lain. Namun setelah diteliti, khAsiatnya tidak seperti jika ditanam di tempat asalnya, Devangeree, Bangalore, India Selatan.

Tahun '99, beras herbal ponni mulai masuk ke Malaysia. Dengan glycemix index atau kandungan karbohidrat yang rendah, beras ini memang cocok bagi penderita diabetes yang biasanya harus berhati-hati dengan pola makan dan takarannya. Dengan mengkonsumsi beras ini, karbohidrat yang ada didalamnya dicerna jadi tenaga, tidak mengendap menjadi gula.

Sedangkan seratnya yang 4 kali lebih banyak dari beras pada umumnya, membantu menyerap kelebihan gula darah serta lemak yang dibuang lewat pembuangan air besar. Bahkan beberapa rumah sakit di Malaysia mulai menggunakan beras ini untuk konsumsi para pasiennya, berdasarkan rekomendasi para ahli gizi di negara jiran tersebut.

Nasi yang memang sudah menjadi makanan pokok bagi masyarakat Indonesia, dan Asia pada umumnya, memang sulit dipisahkan dari kehidupan sehari-hari. Bagi mereka yang harus membatasi asupan karbohidratnya seperti para penderita diabetes, hipertensi, dan mereka yang ingin menjaga berat badan, beras ini bisa menjadi solusi yang aman. Beras herbal ponni memang bukan obat, namun berdasarkan sejumlah kajian, bisa membuat mereka menjalani kehidupan lebih baik




dan bagi minyak pula aku banyak menggunakan minyak ini sebagai kegunaan harian aku dirumah , walaupun agak mahal tapi sesi family dah biasa dengannya dan suka .. minyak yg aku maksudkan adalah MINYAK MASAK BUNGA MATAHARI , harga runcit minyak ini adalah 16.75 bagi ( berapa kg erkkk .. alamak x hinggat ) biasa aku amik yg botol sedang utk satu bulan .. so x tgk sgt berapa kandungannya sebotol .. hhhehe
dan dibawah ini adalah sedikit info berkenaan kebaikan minyak ini ..

Minyak masak menjadi satu kemestian apabila hendak memasak apa saja makanan terutama makanan yang digoreng. Hari ini terdapat pelbagai pilihan minyak masakan yang boleh didapati baik di kedai-kedai runcit mahupun pasaraya.

Minyak masak boleh dihasilkan dari berbagai sumber seperti kelapa, kelapa sawit, jagung, soya, kacang dan bermacam lagi. Harganya pula berbeza-beza dan warna juga agak berlainan di antara satu jenis dengan jenis yang lain. Ada yang warnanya lebih pekat atau gelap, ada pula yang warnanya kekuningan dan hampir jernih. Warna ini tidaklah menunjukkan kualiti minyak itu sendiri. Tetapi tahukah anda apa perbezaan di antara minyak masak yang dihasilkan dari sumber-sumber yang pelbagai ini? Bagaimana untuk memilih minyak yang terbaik di antara semua jenis minyak ini.

Sebenarnya jenis-jenis minyak masak ini ada yang boleh memberi faedah kepada manusia dan sudah tentu juga yang membahayakan. Antara minyak masak yang baik untuk kesihatan ialah minyak zaitun (olive oil), minyak bunga matahari, minyak kacang soya, minyak jagung, minyak dedak padi, minyak flaxseed dan lain-lain. Minyak kelapa sawit sebenarnya kurang berkhasiat kerana kandungan lemak tepunya adalah tinggi.


Lain-lain jenis minyak masak seperti minyak cap Bunga Raya, Cap Buruh yang tinggi kandungan tepu dan mengandungi lemak trans sepatutnya dilupuskan, bukan untuk dibotolkan dan dijual. Jangan mudah terpedaya dengan dakwaan "Tanpa Kolesterol" pada label botol tersebut kerana perkataan "Kolesterol" adalah subjektif. Ada kolesterol yang baik dan ada kolesterol yang tidak baik. Sebagai contoh, semata-mata kerana minyak masak jenama X mengandungi 6.2 gram lemak tepu dan 7.7 gram lemak tak tepu (lemak tepu kurang dari lemak tak tepu), pengusaha dengan mudahnya mendakwa ia tanpa kolesterol. Malangnya, minyak jenis ini digunakan oleh restoran-restoran, penjaja dan penebar roti canai untuk menjimatkan kos.


** sekian utk hari ini .. see yaaaaaaa love all of uu .. hermm nak masak aper erkk mlm nieh :)


Sunday, April 18, 2010

Good Bfast for Family



salam semua .. actually ari nieh x der aper2 citer sgt nak dikongsi .. sekadar nak share sikit pasal menu bfast aku pagi nieh dan amalan pengambilan snak yg sihat ..
well aku bukan lah pro sgt pasal nieh .. tapi sekadar nak share something with all of u tuh leh aar .. sbb aku selalu amalkan pengambilan roti dan oats setiap hari .. kecuali weekand lah .. sbb weekand nieh masa banyak diluangkan bersama family .. so nak tak nak aku memang akan menyediakan sarapan , lunch dan sometimes dinner .. ok .. hari nieh aku bfast bubur .. simple bubur for my family tapi nampak sedapp .. heheh terlajak makan sampai satu pinggan betul aku amik .. hahha




dan semalam petang aku beli ini di EH .. anak2 punn suka layan roti nieh .. bagus sgt utk mengurangkan rasa lapar sbb kandungan seratnya yg tinggi .. ( betul ker aper aku cakap nieh ... ehheh )
dan senarai dibawah adalah jenis snek bijirin yg paling bagus utk DIET


Bijirin dan produk bijirin

Biskut ( Krim Kraker )
Roti Kelapa
Roti Putih
Roti Mil Penuh

Sandwish Sardin




** eppy weekand .. aku punn banyak mender nak kena buat .. first masak lahh aper layie .. zazzzzzzzzzzzz bye .. see yaaaaaa




Friday, April 16, 2010

me with HL in 1 years


Salam semua .. wa dasat2 biler tgk tajuk entry nieh kan .. actually aku nak share sikit setelah hampir 1 tahun aku mengambil HL nieh .. ermm banyak yg berlaku keatas diri ku dari segi baik ( yang nampak lahh ) yang buruk tuh aku x perasan .. heheh . Rasanya ramai kenkawan dan adik2 tahu yang aku mengambil HL pada penghujung 2008 iaitu seinggat aku Nov 2008 ... diperkenalkan oleh sifu HL aku .. mamber pejabat , AZIERA namanya .. alhamdulillah aku bermula dengan berat yg memang agak berat dengan ketinggian aku 159 ini .. iaitu 78kg .. wow ! ...

Kalau skrg nieh tgk gambar memang mcm x caya .. heheh susah nak percaya , yer ker aku tuh .. hahahahha actually memang nampak perubahan yg drastic biler aku menggunakan HL nieh .. semua tuh pandangan dari teman2 , kenalan2 dan saudara mara yg dah lama aku x jumpa .. so berkesan lah kannn ... dan semua itu dengan jati diri jugak .. kalau kita x disiplin dari segi pemakanan .. memang x kan boleh .. dan satu layie .. aper yg aku nampak dengan HL nieh .. 1st day aku amik shake F1 aku dapat rasakan yg f1 shake nieh benar2 membantu aku utk tidak merasa LAPAR dlm tempoh yg lama .. mungkin masa tuh proses utk pembakaran lemak2 sdg berjalan kerana kg aku punn tinggi kann ... so memang amat2 mudah berat aku turun .. bayangkan dlm masa 2 bulan without rice , aku leh turun dlm 6kg .. haaaaa mcm x caya kannn dan aku teruskan dengan pengambilan F3 , haa F3 pulak betul2 bertindak men-shape kan kembali tangan2 , lengan2 .. peha dan peyut yg kelihatan gedeber tuh .. memang berkesan .. :)

Sehingga ke bulan lepas , mac 2010 genap setahun aku mengambil HL , skrg nieh aku sedang cuba untuk menurunkan berat badan dengan tidak bergantung dengan shake but not teamix .. teamix amat membantu aku actualy .. so aku banyak menggunakan teamix dlm menu seharian ku .. 1st skrg kg aku dah mencecah 64-65kg .. so aku masih dlm proses utk turunkan berat badan actually .. cuma aku tidak mahu lagi terlalu bergantung dengan f1 .. now weekdays memang aku x amik langsung f1 , cuma hari bekerja sahaja .. itupunnn sekali sehari .. tapi have to know yg aku amik sekali sehari tuh , gilir2 .. kdg2 amik utk lunch dan kdg2 amik utk bfast .. normaly aku amik f1 masa lunch .. bfast aku akan amik cth oats , cornflakes or nugget ... kdg2 tuh mee hun or else .. nasi lemak aku amik ! .. seminggu sekali sahaja .. heheheh



Quaker Oats

So aku skrg nieh memang sedang belajar utk turunkan kg dgn tidak terlalu bergantung dgn shake .. i try my best .. since berat aku skrg nieh turun naik dgn 64 - 65 kg .. x pernah naik layie .. kalau naik memang pelik sgt2 sbb memang aku control makan dan doo some xcercise di rumah .. heheh haaaaaaaa citer pasal xcercise nieh .. baru2 nieh aku ada ke ECM wif my hubby , ke
Fitnes Concept , try one things , decide beli since GINTELL tgh promo beli satu percuma 1 .. so aku belilah aper yg aku berkenan tuh ( nak tahu ! ,, nanti aku ceritakan semula sbb benda x sampai umah layie ) .. siap pueh pujuk hubby sbb hubby nakkan massage chair , so cayunk itu next time yerk .. hehe nieh beli yg ayang nak dulu hehhehe .. dapat ! .. dan yg percuma itu adalah




E - Slim Advance bt GINTELL


dpt lah aku buat di umah mender nieh .. spend around 1 hours utk stomach , waist dan thigh ( each side need 15 minute ) hehhe boleh tahan , ah dekat seminggu aku apply this thing , adalah perubahan specially stomach .. oklah pueh bercerita panjang lebar .. aku cuma ingin nyatakan betapa bersyukur sbb tiada lagi masalah seperti sakit tumit yg pernah aku alami dulu since berat aku dah turun banyak ( bagi aku lahhh ) .. syukur alhamdulillah kerana dulu aku betul2 x yakin nak gunakan any product .. skrg nieh my target adalah 60 kg .. the journey is still long , walau pun aku rasa begitu lambat .. , .. wish me good luck dan dapat kekal kan berat badan ini :) kerana setelah turun sehingga 64kg nieh , banyak sungguh dugaan yg aku lalui .. since lemak2 dah x der utk di proses .. so proses penurunan itu agak lambat ( aper yg sifu aku cakap lahhh .. ) dan kalau nak tahu 64kg nieh adalah berat seminggu selepas aku kawin .. hehe masa kawin berat aku turun 58kg uuuu jgn x percaya .. ( aku punn x percaya ... ) leh ker aku dptkan 58kg tuh kembali .. huhuhuh ( geleng2 mcm x leh buat jerk .. hahahha ) ...


Thursday, April 15, 2010

MOGA ALLAH BERIKAN SI KECIL INI KEKUATAN


Assalamualaikum dan selamat petang semua .. aku terpanggil untuk bersama - sama berkongsi kisah sedih dan duka adik hana ini , bagiku sedalam mana dugaan allah kepada ku dan keluargaku tidak lah sedalam dugaan yg allah berikan kepada kedua ibubapa adik kecil ini .. allah maha kaya .. aku berdoa agar keluarga adik hana ini redha menerima segala ketentuan dari allah dan aku berharap dan mendoakan agar adik hana kembali pulih sedia kala dan dapat menikmati kehidupan ini ... aminnnn


Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim

Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.


Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin afasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.



Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.




Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.

Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.

Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin

** kredit to adik KASEH , kerana sudi berkongsi kisah ini ...



Tuesday, April 13, 2010

AWARD & pelbagai kisah duka

assalamualaikum , huhuhuh salam semua dah lama benar kan aku x update blog nieh , hermmm bukannya merajuk atau feedup ngan blog tapi tahap kemalasan dan kesibukan sama naik skrg nieh .. bertambah lah layie dgn pelbagai masalah dan dugaan yg aku terima lately nieh ...
dlm waktu yg terdekat banyak dugaan yang melanda kami sekeluarga ,
bulan mac 2010 membawa ke april banyak peristiwa yang melanda kami sekeluarga , mulanya anak aku zahrien demam x kebah2 .. dekat 2 minggu , dlm masa yg sama anak saudara aku juga mengalami demam yg x kebah2 .. kak long hanya menyangka anaknya demam2 biasa .. tapi melarat tidak ada selera makan dan minum susu , kak long aku pulak masa tuh sedang sarat nak bersalin , mana yg nak difikirkan , dalam pada itu jugak tuk ayah aku yang berusia 101 tahun yang duduk dengan ummi aku jugak x sehat disebabkan lelah yg berpanjangan sehingga memerlukan bantuan pernafasan akibat dari paru2 yg telah rosak .. , mereka semua dibawa ke hsp bersilih ganti , aku di kuantan jadi x tenang mendengar berita mcm nieh , kasihankan kak long , ummi yang bergilir2 menjaga ayahnya , anak yg dah sarat nak bersalin serta cucu yg demam x kebah2 .. bayangkan macam mana keadaan ummi ku diwaktu itu , aku yg x mampu berbuat aper2 hanya mampu menelefon dan bertanyakan khabar kerana aku bekerja , bertambah dgn zahrien yg jugak x sehat diwaktu itu ..

ya allahhh selepas beberapa hari kak long ku selamat melahirkan anak keduanya , baby gurl dinamakan Hanan Sofia , alhamdulillah , tapi kami dikejutkan dengan keadaan anak pertama kak long iaitu anak saudara ku raihan zuhaira , dia disyaki mengalami kuman didalam darah , dlm pada itu jugak dr mensyaki dia mengalami diabetic tahap 1 , sewaktu dr mengambil ujian darahnya , tahap kandungan gula melangkaui ke tahap berbahaya iaitu 22 ... ya allahhhh apalahh dugaan yg ingin kau tunjukkan kepada kami .. anak saudara ku dikejarkan ke hsp ktn kerana telalu lemah , kami semua bergegas ke kuantan dimana aku menunggu disini ... anak saudara aku ditempatkan di ICU dan dr masih lagi menjalani uji kaji , bayangkan anak saudara aku yg hanya berusia 2 tahun 1/2 , menangis tanpa henti kerana x tahan diambil darah setiap hari .. huhuhuhu

setelah itu , ummi dan ayah balik ke kg kerana mendapat tahu tuk ayahku sudah boleh keluar dari wad kerana keadaan lelahnya beransur pulih , tapi sayang 3 hari dirumah , atuk pergi meninggalkan kami diusia 101 tahun pada pagi hari sabtu 02 April 2010 , sesuatu yg amat memeranjatkan kami sekeluarga , terutamnya kak long dah hampir 4 tahun tinggal bersama atuk ku ini .. sebelum dia menghembuskan nafas yg terakhir ada 2-3 kali dia muntah berdarah , kerana paru2 nya yang dah rosak akibat dari xtvt merokok yang kerap sewaktu mudanya .. kami redha dengan pemergian tuk ayah ku .. cuma yang kami terkilan atuk x sempat melihat cucu kesayangannya raihan zuhaira .. dia ada menyebut utk berjumpa kerana terlalu rindu .. apakan daya raihan masih di ICU ketika itu ..



arwah tok ayah bersama nenek .. huhuh



raihan zuhaira , permata hati kak long dan kami sekeluarga ... :(

2 hari selepas itu kami sekali lagi diduga allah dengan berita bahawa anak saudara ku raihan telah mendapat tahu punca hasil kajian dr2 .. mcm mana aku nak cakap , pankreas dia dah x leh menghasilkan insulin yang meneutralkan gula dlm darah !!! .. ya allahhh .. kasihan anak saudara ku ini ... ia bermakna anak saudara aku dikehendaki cucuk sebanyak 4 kali sehari .... sekirannya prosedur ini tidak dijalankan keatas dia , semua makanan yg dia makan akan menjadi gula dan ia akan menganggu semua program didalam tubuh badannya cth jantung dan paru2 nya akan rosak ... bayangkanlahhhhhhh !!! ... sungguh besar dugaan allah kepada kami , sehingga kini raihan masih di ICU .. setelah 3 minggu berada disana tahap diabeticnya sentiasa turun naik sebanyak 9-11 sahaja ... ya alllahhhhhhhhhhhhhhh kuatkan lah hati kami semua ..


dan dengan semua cerita2 yang aku lalui ini pastinya aku memang x der hati dan perasaan untuk melayari laman internet kecuali fb , bukan aper .. masa memang x mengizinkan .. sedeh , pilu dan risau masih menghantui diri ini .. walau bagaimana punnn aku tidak akan menghampakan kawan2 yg telah ramai aku kenal di alam blog ini , bersama itu jua aku ingin melunaskan hutang2 ini .. award yang ku terima dari adik azura rahman , dah lama benar x dpt award .. setelah sekian lama , ini lah award pertama yg aku dpt .. sungguh terharu .. tocei2 dik .. love u much .. :)



.::Senaraikan 10 blogger sebagai penerima AWARD::.

alamak saper aku nak senaraikan , mcm maleh jerk .. sbb tahu musti ramai yg dah pernah dapt award nieh .. so x payah lah .. kalau ada saper2 yg sudi amik dan buat , silakannnn

.::Senaraikan 7 perkara tentang diri anda::.

nak 7 aku bagi satu jerk yg merangkumi diri aku ..

** aku adalah seorang anak , isteri dan ibu kepada suami dan anak2 ku dan adalah seorang hamba allah yang mendambakan kesempurnaan dlm melayari kehidupan ini dan sentiasa memohon agar allah memberikan perlindungan kepada aku seterusnya merahmati kehidupan ku ini selamanya ... aminnnn :)

jumpa layie di lain entry .. doakan kesejahteraan ku teman2 .. lobe u and miss u alwayss .. :)





Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) blog (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...