Monday, December 20, 2010

Tips Diet HERBALIFE - bila anda surirumah


salam semua ..

hai2 .. dah 2 ari x bersiaran .. aku penat dan letih sbb
pi holiday bawak anak2 ke

GAMBANG RESORT .. memang happening tmpt tuu
nanti next cite leh aku update pic2 disana yaaaa..
tunggguuuuuuuuu ..

1st nie ada mamber2 yg tanye pasal HERBALIFE nie .. banyak info yg aku nak share tapi satu2 lah yer .. ini adalah tips diet bila kita jadi suri rumah .. sure payah kan .. tapi kita cubalah .. kalau kita x usaha , x kan berjaya

nie ada sedikit tips DIET dari herbalife yg ingin aku kongsikan bersama ..

sumber dari dietwithherbalife





Sekiranya anda seorang ibu, menghabiskan masa di rumah dengan anak-anak seharian, kebanyakannya akan lebih kerap makan sepanjang hari. Kita akan lebih terjerumus sebagai orang yang kerap makan, bukan makanan yang berat tetapi lebih kepada mengambil makanan ringan, atau dipanggil snacking. Snacking tidak semestinya tidak bagus untuk kita- sekiranya makanan yang diambil adalah sesuai, dan sekiranya anda seorang yang kerap lapar, boleh bertukar menjadi suatu tabiat yang menyihatkan.

Biasanya seseorang akan mudah lapar setiap 3-4 jam. Perbuatan mengambil makanan berkuantiti sedikit tetapi pada masa yang kerap, boleh mengelakkan kita daripada mengambil terlalu banyak makanan pada waktu makan tengahari atau makan malam. Makanan ringan sepatutnya mengandungi karbohidrat sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, biskut / makanan jenis whole grain, serta protein sihat seperti kekacang, produk soya, atau produk tenusu rendah lemak.


Kebiasaannya masa antara makan tengahari dan makan malam merupakan waktu paling sukar. Kebanyakan orang akan cuba untuk 'tahan lapar', dan menyebabkan pengambilan makananan berlebihan sewaktu makan malam. Daripada mengambil snek, kita boleh ambil 'makan tengahari kedua', sesuatu yang lebih mengenyangkan tetapi berkhasiat seperti shake, keju dengan buah-buahan, atau makanan rendah kalori yang lain.

Kemudian, waktu makan malam, kita boleh kurangkan sedikit pengambilan makanan.
Sekiranya anda kerap lapar selepas waktu makan malam pula, cubalah berus gigi anda selepas makan. Itu merupakan isyarat yang bagus kepada badan anda untuk berhenti makan untuk hari itu.


Ini yg selalu aku tekan kan ...



* Minum air kosong dengan banyak. Sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Banyak khasiat air kosong ini. Bukan sahaja untuk kesihatan badan, malah kesihatan wajah anda juga.

* Makanlah makanan yang sihat lebih kurang 90%. Walaupun begitu, anda masih boleh menikmati makanan ringan. Tapi ingat! Berpada-pada.

* Senam dan terus bersenam. Sekurang-kurang senaman yang anda boleh lakukan ialah selama 20 minit 3 kali seminggu. Tetapi, lebih banyak anda bersenam, lebih cerah untuk anda munurnkan berat badan anda dan mendapatkan tubuh badan yang sihat.

* Makan selalu. Jangan salah sangka, makan dengan kerap dengan kuantiti yang sedikit.

* Guna pinggan atau mangkuk yang kecil. Lebih kecil, lebih sedikit makanan anda. * Makanlah sayur-sayuran dan buah-buahan dengan banyaknya.

* Tulis apa yang anda makan dalam sebuah buku nota kecil. Oleh itu, anda boleh kira berapa kalori yang anda ambil setiap hidangan. Cubalah disiplinkan anda hari ini, anda pasti berjaya!!


ps : ari nie baru rasa sakit2 semua kaki aku .. nak pijak punn x daya .. huhuh penangan melayan anak2 di waterpark semalam huhuh .. amat2 memenatkan tapi best sgt2 :)



30 comments:

  1. ieda...akak mcm nk try lah..ni supplement jugakkan...camne eh nk kontek awak..kitakan kat kuantan je..hehee

    ReplyDelete
  2. UNTUK KESIHATAN BADAN ADA TAK??? BUKAN UTK DIET...


    BEST G GAMBANG.. SKARANG MESTI MAKIN BYK BENDA KAT SITUKAN.. INSYALLAH, LPS MUSIM2 HUJAN NI NK GAK BWK ASYA KE SANA.

    ReplyDelete
  3. x sbr tgk gmbr bcuti2 akak ni..hehe..

    ReplyDelete
  4. nak diet jugak la sbb asyik makan je lately nie.. huhu..


    bestnyer p bercuti.. :D

    ReplyDelete
  5. bestnya kak pg gambang..mesti suka budak2 tu kak...xpe kita penat kak, jnji anak2 suka

    ReplyDelete
  6. wah n3 sesuai tuk weols yang gegeh nak diet nie huhuhu...lagik2 coti skolah nie anak2 asyik nak menshekik je haha

    ReplyDelete
  7. bagus entry ni kak....kalo dok umah mmg susah nak kawal mkn....ye la dekat ngan dapur kan ...hiihihihi.......

    ReplyDelete
  8. tq kak for the info... pssttt... mimie pun baru nak start HL nie... hehehe...

    ReplyDelete
  9. nice tips kak..utk gemokkan bdn pon bley kn nk guna tips ni..sbb ni gaya hidup sihat..xsemestinya utk kurus kn =)

    ReplyDelete
  10. salam,
    best ke gambang?? tak penah sampai lah...

    ReplyDelete
  11. wow bestnya bercuti..

    tq sharing info. nk kurus disiplin kena tinggi. sbb itu saya selalu GAGAL bab diet ni

    ReplyDelete
  12. Huuu..betui tu..Info akak bagus..Sue tgh gigih balik ni kak..Huu

    ReplyDelete
  13. herbalife ni suplement ker diet .. brape harga yer kalo utk suplement..

    ReplyDelete
  14. good info kak. satu2nya yang saya leh ikut adalah minum air dgn banyak. lain tak leh ikut sebab sejak ada baby saya kuat makan.

    ReplyDelete
  15. kak sarah ~ heheh akak leh contact saya kak .. ada saya bagi no di sebelah kanan nie :) nanti kita story moriii :)

    ReplyDelete
  16. lyafrina ~ x nak diet punn x per .. makan nie utk gantikan dgn rutin makanan harian kita yg x sehat tuu dik :)

    haa akak ke gambang .. tapi masa pergi x hujan .. dlm kul 3 ptg ujan tapi sekejap jer :) seronok sgt2 dikk :))

    ReplyDelete
  17. zura ~ sabar yer dikk .. pis2 x bawak kuar dai DSLR lagi heheheh

    ReplyDelete
  18. ena ~ dik kalau x nak amik HL nie x per .. janji leh ikut tips2 yg akak berikan :)

    ReplyDelete
  19. hanim ~ aah dikk bawak mereka utk bersuke ria .. janji mereka happy .. lagipun akak pun tumpang lepas gian mandi manda heheheh

    ReplyDelete
  20. suze ~ hahahah aah kan time cuti2 nie ashik duk dapur jer 24jam heheheh

    ReplyDelete
  21. lieya ~ ya betui dikk .. susah nak kawal sbb kita yg memasak kann huhuhu

    ReplyDelete
  22. mimie ~ u are welcome dikk .. oh ya .. gud2 :))

    ReplyDelete
  23. yana ~ yes dik tepat sekali .. amik HL bukan sekadar utk kuruskan badan tapi menggantikan cara pemakanan kita yg x sehat skrg nie :)

    ReplyDelete
  24. my little dairy ~ heheh seronok sgt .. pergilah sekali sure nak gi lagi :)

    ReplyDelete
  25. nieda ~ u are welcome .. aah diet kena disiplin .. tapi jalan penyelesaian utk dsiplin adalah dgn mengambil HL ini :))

    ReplyDelete
  26. sue ~ yes dikk .. sama2 lah erkk .. akak pun tgh gigih nak kurus lagi heheheh

    ReplyDelete
  27. lycia ~ dia bukan hanya supliment .. penganti kepada pemakanan harian kita yg x sihat dan x seimbang memang sesuai sgt2 kepada org2 yg obes :)
    rege ? leh call ieda utk info lanjut :)

    ReplyDelete
  28. adia ~ yes dik gud minum air banyak memang dpt membantu kita utk diet .. sbb air akan menggenyangkan dan menghalang kita dari lapar .. dan pilihlah pemakanan yg sihat dik utk penyusuan yg lebih berkesan .. :)

    ReplyDelete
  29. ninies ~ heheh nak seribu daya beb :))

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...