Wednesday, December 29, 2010

Perceraian Selebriti Paling Kontroversi 2010


salam semua ..
kawin , cerai .. kawin cerai .. artis .. minta dijauhkan dari kita ..

mana yg baik jadikan contoh dan yg x baik jadikan teladan buat kita meninggalkan tahun 2010 ini , sama2 memuhasabah diri agar tahun baru ini , kita sentiasa mendapat keredhaan darinya dan kebahagiaan rumahtanggan dan kehidupan kita di lindungi oleh allah yg maha esa ...
aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn




KUALA LUMPUR, 27 DIS 2010: Selain perkahwinan artis, kisah perceraian selebiriti tanah air turut menjadi tumpuan serta mendapat liputan luas daripada pihak media walaupun itu merupakan sesuatu yang tidak enak untuk di dengar.

Bukan sahaja media, malah peminat juga u ingin mengetahui punca dan bagaimana sesebuah perkhawinan artis itu boleh berakhir begitu saja. . Bagi tahun 2010, terlalu banyak kejutan yang tidak dijangka apabila ramai artis dan selebiriti tempatan mengambil keputusan untuk bercerai. Mari kita imbas kembali kisah perceraian mereka bermula dari awal hingga akhir tahun 2010.

Bekas Pasangan Sehati Berdansa, Ash & Dira

Pada awal tahun 2010, dunia seni hiburan telah digemparkan dengan bekas peserta pasangan selebriti program Sehati Berdansa bagi musim ke-3 iaitu Ash dan Dira yang bercerai pada tanggal 8 April lalu. Seperti biasa sebab musahbabnya tidak diberitahulah tetapi keretakan rumahtangga mereka sebenarnya sudah mula dapat dihidu oleh beberapa pihak media.

Pelakon, Model, Aleeza Kassim, 39 & Mohd Fauzi Che Ros, 45

Walaupun hanya mampu mempertahankan rumahtangganya selama hampir empat tahun bersama usahawan dan ahli perniagaan berusia 45 tahun itu, namun model dan pelakon jelita ini telah mengambil keputusan untuk merahsiakan punca perpisahan mereka. Sebelum itu, mereka telah dilaporkan bercerai pada Februari lalu. Namun mahkamah mengesahkan bahawa perceraian tersebut sebagai tidak sah.

Bekas Pasangan Sehati Berdansa, Sabrina & Shahrin

Sabrina dan Shahrin dan ini telah menjadikan mereka pasangan ke-6 yang bercerai selepas menyertai program ini. Apa yang pasti, baru-baru ini Sabrina mengakui dirinya sudah pun berjumpa dengan sesoroang yang boleh mengisi kekosongan hatinya. Kekasih barunya itu adalah seorang bujang dan dikenali sebagai Amir, 28. Mereka dijangka berkahwin pada tahun hadapan.

Bekas Personaliti TV, Azrinaz Mazhar & Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah

Pada 17 Jun 2010, Malaysia dan Brunei digemparkan dengan berita Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah telah menceraikan isteri baginda yang juga bekas pengacara TV, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar yang telah dikahwininya sejak 5 tahun yang lalu.

Ad aura-ura mengatakan punca perceraian mereka adalah sebab sikap tamak Azrinaz yang gilakan harta, namun semuanya hanya sekadar gosip semata-mata dan sehingga kini ramai yang tidak tahu sebab musababnya. Apapun, sepanjang tempoh 5 tahun hidup sebagai suami isteri, Sultan Brunei dan Azrinaz telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel,4, dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 2.

Bekas Pasangan Sehati Berdansa, Ngasriah Ngasri atau Anne & Abdul Wafi Hassan

Ngasriah Ngasri atau Anne, 26, yang terpaksa bergelar janda pada usia muda. Lebih menyedihkan lagi bila melihat Anne diceraikan dengan talak tiga dalam keadaan berbadan dua selepas Mahkamah Rendah Syariah mengesahkan penceraiannya bersama bekas suaminya Abdul Wafi Hassan, 28, pada 25 Jun lalu.

Anne yang sudah 2 bulan duduk berasingan dengan Wafi sejak bekas suaminya melafazkan cerai kali yang ketiga, kini hanya mahu memberikan fokus dan tumpuan terhadap dirinya berserta kedua-dua anaknya yang masih kecil iaitu Abdul Warits, 2, dan Abdul Wafri, 4 bulan.

Aktres, pengacara, Maya Karin Roelke & Steven David Shorthose atau Muhammad Ali Abdullah

Pun begitu, masing-masing hanya mengunci mulut tentang soal kehadiran mereka di mahkamah. Namun pihak media difahamkan Maya dan Steven hadir untuk mendaftarkan perkahwinan selepas berkahwin di Itali pada 14 Ogos 2008 lalu.

Walau bagaimanapun, lebih kurang sebulan selepas itu, pada tanggal 16 Julai 2010 Aktres Maya Karin Roelcke, 29,dan suaminya, Steven David Shorthose atau Muhammad Ali Abdullah, 39, telah rasmi bercerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Pemain Badminton Negara, Roslin Hashim & Norhayati Othman

Jika perkahwinan pertamanya dengan Faizah Mohamad, 32, pada 30 Januari 2009 hanya mampu bertahan selama 12 hari, perkahiwnan keduanya bersama Norhayati pula hanya bertahan sebulan.

Perceraian kedua berlaku ketika isterinya menyerbu bilik bernombor 533 Hotel Corus, Jalan Ampang, dan menjumpai Roslin berudua-duaan bersama produser filem penuh kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman pada 7 Ogos lalu, kira-kira pukul 8.30.

Aktres, Aida Khalida & Joe Radzwill

Joe Radzwill dan Aida Rahim @ Aida Khalida bersetuju untuk membawa haluan masing-masing.Kemelut yang membelenggu pasangan itu juga akhirnya selesai setelah mereka bercerai secara baik di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad Mahkamah Syariah Petaling Jaya. Joe kemudian telah melafaz cerai talak satu terhadap Aida pada 26 Ogos 2010.

Aktor Badrul Muhayat & Julia Daud

Isu hangat yang diperkatakan adalah kekejaman Badrul terhadap isterinya, Julia Daud, 29. Akibat perbuatannya itu, Badrul pernah ditangkap polis pada 31 Mac lalu.

Selepas Badrul dibebaskan, dia terus kembali kepada perangai asalnya, malah dia juga bertindak kejam apabila sanggup mengasari isterinya dan merampas wang jaminan mahkamah RM2,500 (kompaun) sebelum melarikan diri.

Sehubungan itu, Julia membuat satu lagi laporan polis berhubung kejadian terbabit sebelum dia akhirnya nekad membuat tuntutan cerai kerana sudah tidak tahan menempuh kehidupan bersama pelakon terbabit sejak empat tahun mereka berkahwin.

Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin & Adzmin Tan Sri Osman

Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 38, atau lebih dikenali sebagai Kak Engku, disahkan bercerai dengan suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 37, di sebuah Mahkamah Syariah di Selangor, pada tarikh berkenaan dan ia dilaksanakan dalam prosiding tertutup atas permintaan pasangan itu.

Kak Engku berkahwin dengan Adzmin yang juga anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof, pada 10 Mac 2001. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7, serta Puteri Mia Maizurah, 4.

Bekas Pasangan Sehati Berdansa Syed Hussein Syed Mustafa atau Sein & Noor Diyana Muhammad atau Nana

Pasangan program Sehati Berdansa ini yang terakhir bercerai pada tahun ini.Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memperbaiki hubungan mereka sebagai suami isteri, termasuklah menggunakan keluarga masing-masing sebagai orang tengah. Namun, tiada sebarang keputusan yang dapat dicapai oleh anggota kumpulan Ruffedge yang juga seorang pelakon, Syed Hussein Syed Mustafa atau Sein, 27, dengan isterinya, Noor Diyana Muhammad (Nana), 26.

Aktres popular, Ida Nerina Husin & Sha'rin Mohammed Razali

Aktres Ida Nerina dan bekas anggota kumpulan Blackrose, Sharin antara pasangan yang terakhir yang disahkan bercerai pada hujung tahun ini iaitu, 13 Disember lalu. Menurut sumber perceraian berlaku selepas pasangan itu mencapai persetujuan untuk mengakhiri ikatan perkahwinan yang terjalin empat tahun secara baik.

Permohonan pengesahan lafaz cerai difailkan Sha'rin sendiri kerana mendakwa dia sudah melafazkan cerai terhadap pelakon yang terkenal melalui filem Susuk itu pada hari raya Aidilfitri kedua pada 22 September lalu.


ps : pagi2 lagi dah ujan .. sejukkk .. tibe2 rasa lapoor hahahhahah dugaan tul pagi2 nie .. kowang bfast ape ??? musti best :)

12 comments:

  1. kak, moga ikatan perkahwinan kita berkekalan hingga ke hujung nyawa...

    ReplyDelete
  2. errmmmm...
    ramai sunggoh artis y bercerai berai nih

    ReplyDelete
  3. ramai nye org yg bercerai..tkt lak nk kawen nii...

    ReplyDelete
  4. Macam kawin main2 je ye..

    ReplyDelete
  5. Biar la mereka yg hidup glemer tu.. Moga ikatan perkahwinan kita berkekalan ke akhir hayat.. :D

    ReplyDelete
  6. moga jodoh kita semua dipanjangkan.AMINNNNN.

    ReplyDelete
  7. cik mot ~ amin dikk harap2 mcm tu lah :)

    ReplyDelete
  8. lyafrina ~ x dinafikan dikk huhuhu

    ReplyDelete
  9. MT ~ eh dikk jgn gituuu .. biar kan mereka dgn dunia mereka .. kita doa sama2 semoga kita x jadi mcm mereka huhuhu

    ReplyDelete
  10. Yan ~ aah mereka nie .. x sedar kuuut

    ReplyDelete
  11. ena & mamaharriz ~ ya dikk aminnnn :))

    ReplyDelete
  12. + aduh2.... sangat mencabar ke hidup sebagai suami isteri sampai nak cerai berai?? +

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...