Tuesday, December 28, 2010

Kenapa Kita Kena Demam ??

salam semua ..

selalu org tanye kenapa kita demam kan ? .. aku try google dan ini yg aku dpt .. skrg nie musim demam .. kebetulan pulak pantai timur selalu hujan .. panas silih berganti .. nak bawak kids jalan2 pun fikir berkali2 , tgk langit gelap jer dah x jadi nak kuar .. risaukan
hujan lagi satu ... ok2 .. moh layan info ini .. amat berguna tau .. :)

kalau kat opis aku selalu jugak tanye lect2 medic pasal demam nie .. dan banyak lagi info2 pasal kesihatan .. mana yg aku leh share aku share ngan uols ok ...



  • Demam adalah satu cara untuk tubuh kita melawan penyakit (salah satu fungsi penting dalam badan).
  • Secara purata, suhu badan yang normal ialah 37 darjah celsius (bergantung kepada umur, keadaan persekitaran dan keadaan fizikal seseorang).
  • Suhu badan meningkat menunjukkan badan sedang mengaktifkan sistem imun untuk menghasilkan sel darah putih, antibodi dan agen-agen lain untuk melawan penyakit.
  • Punca-punca demam; jangkitan kuman, toksin, kanser dan juga sebarang penyakit autoimmune.
  • Juga boleh disebabkan oleh heatstroke, dimana suhu badan meningkat dan menjadi tidak terkawal.
  • Untuk demam yang ringan (suhu tidak terlalu tinggi), hanya perlu minum banyak air dan rehat.
  • Apabila demam, makan ubat untuk mengawal suhu daripada menjadi terlalu tinggi BUKAN untuk menghapuskan demam tersebut secara serta merta.
  • Sekiranya kanak-kanak didapati demam tetapi masih bergerak aktif, bermain dan tidak bermasalah untuk tidur, kemungkinan besar ia-nya hanya demam biasa dan tidak serius.
  • Jika demam berterusan melebihi tiga hari, berjumpalah dengan doktor/pakar kerana demam yang berterusan dan terlalu kuat boleh mengakibatkan kerosakan otak (khususnya di kalangan kanak-kanak). Demam berterusan juga adalah petanda bahawa ia bukan sekadar demam biasa dan memerlukan rawatan rapi.
To wish to be well is a part of becoming well. ~Seneca



info : warkahdarimama


ps : tekak nie terasa nak makan prosperity .. uhuuhu tapi awal2 lagi hubby dah cakap nak kerja mlm nie .. huwaaaaaaaaaaaaaaa .. ada saper2 nak bawak akak makan tak ???

10 comments:

  1. ermmm.. betul tu, kalo demam berterusan tu ada something y x kena.. pengalaman lya.. deserang demam panas semasa umur 18thn.. rupanya akibat virus enchephelitis y mybe bpunca dr operation ketumbuhan otak masa umur 15 thn.. tp demam terlalu panas mmg blh menyebabkan otak dijangkiti virus enchephilitis & sejak itu lya jatuh sakit. lya kena epilepsi pon start demam panas tu... sampai mengalami kelumpuhan seluruh badan & ambik masa bertahun utk sihat semula.. skrang ni pon walau dh blh bjln, tp tubuh badan masih x sihat.. dah 7 tahun menderita.

    ReplyDelete
  2. huby tengah pun tak sihat sejak semalam.. tp selagi leh bangun dan g opis.. g jugak la mcm biasa.. tp sian pulak seseklai tengok dier demam.. huhu

    ReplyDelete
  3. sy kalo kena setitik ujan sure demam tu psl kena elak dr kena ujan...kalo dh demam aduhai seksa

    ReplyDelete
  4. salam,

    saya baru baik demam ni..huhuhu

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Ieda

    terima kasih atas info nii

    Wassalam

    ReplyDelete
  6. sikecik akak pun demam gak, pagi tadi nampak makin ok, harap2 le dia cepat sembuh

    ReplyDelete
  7. anak sy darissa tgh demam skrg nie..betul kalu demam2 lama2 ni baik check kan...

    ReplyDelete
  8. Risau sangat2 kalau anak2 demam..Kita pun boleh diserang demam gak lepas tu.

    ReplyDelete
  9. thanks kak di atas info ini..

    ReplyDelete
  10. info ilmiah ni..sy allergic dgn sume ubt demam kak..sedey kn..naseb la sy jarang demam..sy mkn suppliment royal jelly..bila demam kena guna kekdah tradisional je..MC! haha..=P

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...