Friday, December 3, 2010

BAPA SETAN !


salam semua ..

erghhhh pagi lagi dah ada berita yg menaikkan darah aku nie ..
heyyy geram tul aku dgn si bapa yg layak di panggil SETAN nie .. kenapa x ko jirus jer asid tuu ke badan kooo nak rasa sgt mcm mana rasanya asid tuuu ...
kasihan si kecil nie .. mcm mana dia nak melalui kehidupan dia ??
apa yg harus dia lakukan agar kehidupan dia tidak terganggu ??
sungguh aku x leh terima !!!!!




KUALA TERENGGANU: “Bayangkan perasaan anak saya apabila kawan-kawan memanggilnya hantu. Kejadian itu menyebabkan dia menjadi semakin pasif dan enggan ke sekolah tahun depan jika wajahnya belum pulih seperti sediakala.

“Saya sangat bimbang kerana emosinya terganggu, dia baru sembilan tahun dan cuba bayangkan apabila dia semakin meningkat remaja nanti,” kata Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, ibu dua beradik yang cedera teruk di muka apabila disimbah asid oleh bapa sendiri.

Che Ku Zaimah berkata, sebelum ini, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9, pernah memakai topeng ke sekolah tetapi diejek hantu menyebabkan dia membuka topeng.

“Apabila topeng dibuka wajahnya memang teruk kerana daging pipi membengkak sekali gus menyebabkan hidungnya semakin mengecil dan masih dipanggil hantu,” katanya.


Menurutnya, doktor memaklumkan daging akibat simbahan asid akan membengkak dalam tempoh dua tahun dan itulah yang berlaku pada muka Nurul dan adiknya, Muhammad Irfan Firdaus, 2, malah bahagian belakang badannya yang terkena asid turut membonjol.


Sikap pasif dan malu kanak-kanak berkenaan terserlah kelmarin kerana ketika disapa wartawan Harian Metro di perkarangan mahkamah, dia hanya menundukkan muka dan enggan menjawab sebarang pertanyaan.

Harian Metro pada 16 Ogos lalu melaporkan seorang lelaki bertindak melempar asid hingga menyebabkan isteri, dua anak dan ibu mentuanya cedera berikutan berang dengan keputusan isteri berpindah ke rumah ibunya ketika mereka dalam proses bercerai. ( hanya kerana ini !!! )

Tertuduh, Mat Haizan Mat Yasin, 32, dikatakan memecah masuk ke rumah ibu mentuanya, Minah Omar, 56, dengan membawa bersama sebungkus plastik mengandungi asid.

Tindakan tertuduh menyebabkan Nurul cedera parah di muka, manakala Muhammad Irfan juga cedera di muka.

Semalam, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan di Mahkamah Sesyen kerana perbuatannya.

Terdahulu, lelaki berkenaan dihukum penjara 10 tahun dan lima sebatan yang dijatuhkan mahkamah sama, 25 Ogos lalu, selepas mengaku menyimbah asid ke atas Che Ku Zaimah.

Ditanya sama ada dia masih mempunyai hati kerana masih sudi menjenguk suaminya di penjara, Che Ku Zaimah berkata, lawatannya ke penjara sekadar menunaikan janji kepada Nurul yang meminta untuk melihat ayahnya ketika dia masih terbaring di katil hospital.

“Saya hanya tunaikan janji, tak lebih daripada itu kerana sebagai manusia biasa saya boleh memaafkan kesalahannya tetapi yang lain biar dia dengan Tuhan...hanya Allah yang dapat memaafkan kesalahannya.

( kalau aku sampai mampus aku x maafkann .. anak aku tuuuuu )


“Terus terang saya cakapkan saya sudah tiada hati untuk kembali dengannya tetapi jika anak ingin bertemu dengannya saya tidak akan menghalang kerana dia masih bapa mereka,” katanya.


sumber : harian metro 03/12/10



ps : mlm nie aku balik kg .. bermaksud aku x akan sempat nak BW umah kawan2 .. huhu rinduuunyaaaaaaaa ecehhh !! .. mlm nie ada kenduri kawin sepupu hubby .. makan sup tulang .. esok kenduri besar .. makan nasi minyak pulakkk .. adoiyaiiiiiiiiiiiiiiii makan jer nieeee .. huhuuh


20 comments:

  1. sy pun geram tgk berita nih.. rasa cam nk curah2 je asid kt bapak budak tuh.. mmg lg teruk dr binatang.. huhu.. emosi sudah..

    ReplyDelete
  2. kesian budak tu...ada ke pnjara 5 tahun je..mmg xcukup...

    ReplyDelete
  3. salam,
    geram baca cite2 camni... hewan pun sayangkan anak... bengong punya bapakk!!

    ReplyDelete
  4. Eeee bodohnya laki mcm ni...kalau la sy jgn harap ank buat suami...

    ReplyDelete
  5. ya Allah...sggup dia buat mcm tu....hukuman di dunia br...x tau masa di sn nnti...

    ReplyDelete
  6. sedih sangat saya baca entry ni kak, bagi saya dia tu tak layak bergelar ayah.kesian sangat anak yang tak berdosa tu..

    ReplyDelete
  7. As'salam..

    masyaallah kesianya budak tue , bodh punya laki macam nie...

    ReplyDelete
  8. OMG, this is worst than an animal! Poor kid..:(

    Akak, abt ur Q on how to make images bigger dlm post.

    When akak resize the pic, make it let's say 600 pixels width. Then kat post editor, lepas akak add images...click at the pic. There will be some options whether to make it small, medium, large, X-large, or original size.

    Kalau akak dah resize the pics before masuk post editor, akak leh set original setting. But if akak tak resize pics akak, leh set the other options. Akak boleh view that time itself if the image fits the screen ker or too big.

    That is all kak. Hope this helps...;)

    ReplyDelete
  9. yg nak marah tu... bini dia kata masih sayang .. bengong betulah bini dia

    ReplyDelete
  10. kejam kan..masa kes ni kua bite tu sy ngah cuti kat msia,lama gak nk bicara kat mahkamah..kejam gilee!!org cmni mmg takde otak la..geramnye!

    ReplyDelete
  11. ct rahani ~ yelah dikk .. kenapa x jirus kat diri sendiri jer kan .. rasa mcm mana asid tuu erghhh :) akak pun emo jugak nieee

    ReplyDelete
  12. hanim ~ tulah dikk .. kalau akak harus aku sebat 10 kali .. sebat tuu yg penting biar dia rasa .. kdg tu kenapalahh keadilan x betul2 ditegakkan .. specially pada budak kecik mcm nie :(

    ReplyDelete
  13. my little diry ~ tulah binatang pun sayang anak .. nie bukan binatang dik .. tapi setan !!!

    ReplyDelete
  14. alida ~ tu yg akak pelik .. kenap isteri x tahu lagi perangai si suami tuu erghhhh :(

    ReplyDelete
  15. zura ~ ye dik ... akak harap akan diberi hukuman yg setimpal .. dan kalau x insaf lagi x tahulahh ..

    ReplyDelete
  16. win ~ ya dikk .. seorang ayah adalah utk menjaga dan protect keluarga dari sebarang ancaman .. ini tidak dia dah mengancam keluarga dia sebenarnya ..

    ReplyDelete
  17. amy ~ wsalam dik .. memang bodoh kan ..

    ReplyDelete
  18. love ~ thanx dear .. dah cuba dah .. my next posting have shown :)

    ReplyDelete
  19. munna ~ tulah dikk .. akak pun geram .. dah lama hidup bersama dikk .. pegangan itu masih kuat .. entahlah .. hati manusia nie x sama kann .. kalau sama senang cite huhuhuh

    ReplyDelete
  20. alexa ~ oh ya ke dik .. ermm akak pun geram .. rasa cam nak tumbuk2 dan terajang jantan mcm nie .. memang x gune !!!!

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...