Wednesday, December 8, 2010

ARWAH IBU MELAWAT JENAZAH ANAK


salam semua

sedih dan sungguh menginsafkan .. kalau kowang rajin dan ingin tahu bacalah .. tapi kalau rasa x habis baca , dtg lagi dan baca lagi ok heheh , no paksaan :)



Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut.

Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan.Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah.Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an.Allah Maha Berkuasa.Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam.Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh,namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran.Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam . Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna.Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar.

Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu.Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi?Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir,dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut . Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya.

"Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."

"Makcik lihatlah betul-betul." kata saya.

Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.

"Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. "kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya.

Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin.

Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, akan akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam. Selepas menceritakan perangai anaknya,wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,

"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang." Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan,perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"

Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.

Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya. Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.

Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

-sekian-

sumber : classic berbisik


ps : ari nie x dpt nak BW .. mlm nanti aku janji jenggah kawan2 yaa .. sebuk sgt2 .. mood pun tak der hari nie hhuhuhuh


29 comments:

  1. ermmm..
    sgt2 m'insafkan...
    semoga dpt membentuk diri ni & semua jd lebih baik

    ReplyDelete
  2. kisah ini boleh meninggalkan kesan kepada sesiapa yang menghayatinya.saya seorg kristian kakieda, tapi saya tahu dalam setiap agama, sembahyang itu penting.gud sharing :)

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing the story akak...
    menginsafkan diri sendiri agar sentiasa
    menjaga solat...

    ReplyDelete
  4. entry yg elok utk renungan bersama..

    ReplyDelete
  5. n3 yg memberi keinsafan..marilah kita berdoa agar sempena hijrah ini..kita tergolong dlm orang2 yg beriman..

    ReplyDelete
  6. tq kal share... menarik utk dibaca...

    ReplyDelete
  7. sgt meremangkn bulu roma lin...mmg dh pernah dpt email ni tp lin nk gak baca lagi

    ReplyDelete
  8. insaf baca kak
    meremamng bulu roma pon ada gak ni

    ReplyDelete
  9. menarik cerita ni..
    solat tiang agama :)

    ReplyDelete
  10. subhanallah..... bagus info yg kak eida kongsikan...

    ReplyDelete
  11. 80,000 tahun tu..masyaAllah..kena bahang matahari 10 minit pon dah pening kepala..=_=

    ReplyDelete
  12. insaf kak n3 ni..sy bc smpai ahbis tau..thanx 4 sharing

    ReplyDelete
  13. kisah yg memberi pengajaran kepada kita. Sama2lah kita amik iktibar dari kisah itu. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  14. nieda ~ insyaallah dikk semoga semua ini memberi panduan dlm hidup kita :)

    ReplyDelete
  15. lyafrina ~ insyaallah dikk :)

    ReplyDelete
  16. win ~ oh i see .. akak baru tahu win kristien , ye win dlm semua agama kita diwajibkan sembahyang .. itu adalah tiang agama kita .. keperibadian yg suci melambangkan agama yg kita anuti :)

    ReplyDelete
  17. nora ~ insyallahh dikk tujuan akak tuu begitulah agar kita sentiasa tidak leka :)

    ReplyDelete
  18. kak sarah ~ aminn kak .. semoga doa2 kita dimakbulkan allahhhh :))

    ReplyDelete
  19. ciklinn ~ u are welcome dikk :)

    ReplyDelete
  20. ina ~ heheh baca banyak kali x salah dikk .. beri keinsafan pada kita tuu yg penting :))

    ReplyDelete
  21. nana ~ heheh tu lah akak mula2 baca punn mcm tuu :)

    ReplyDelete
  22. mirra ~ ya dikk solat itu tiang agama .. :)

    ReplyDelete
  23. yana ~ huhuhu tu lah dikkk .. bayangkan kalau kita sengaja tinggalkan solattt huhuh sungguh ngeri ..

    ReplyDelete
  24. hanim ~ yer dikk .. sungguh2 menginsafkan .. akak harap ia membantu kita2 x mudah leka :)

    ReplyDelete
  25. deqna ~ ya dikk .. semoga kita ambil iqtibar :)

    ReplyDelete
  26. deqna ~ ya dikk .. semoga kita ambil iqtibar :)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...