Wednesday, December 15, 2010

Apalah Nak Jadi Dunia Sekarang Nie



salam semua ..

benci aku .. terperanjat baca berita hari nie .. apalahh nak jadi ngan dunia skrg nie .. manusia dah betul2 hilang pertimbangan .. lepas berita anak kecil yg hampir kelaparan sebelah jenazah ibunya .. ada pulak berita budak OKU di bunuh dan dikerat tubuh badannya .. huhuhuh sedihhnyaaa apalahh dosa budak yg x berdaya itu .. sungguh aku x sangka .. sayu hati bila baca artikel nie ..


KUANTAN: Remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) yang mayatnya dikerat lima sebelum ditemui dalam dua beg berasingan di tepi jalan menuju pusat peranginan dekat Bentong, Ahad lalu, disahkan mati akibat radang paru-paru.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Superintendan Nordin Mustapha, berkata polis mengesahkan punca kematian mangsa selepas menerima laporan bedah siasat dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, semalam.
Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya masih menyiasat motif mayat mangsa dikerat sebelum dibuang.
“Mangsa dipercayai berbangsa India, berumur antara 15 atau 16 tahun serta OKU kerana kakinya yang kecil dan dipercayai tidak dapat berjalan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, polis juga akan mendapatkan kerjasama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mengenal pasti identiti mangsa berikutan mangsa seorang OKU selain berusaha menjejaki keluarga atau penjaga mangsa.


“Sesiapa yang ada kehilangan ahli keluarga atau saudara-mara yang mempunyai ciri-ciri seperti mangsa diminta menghubungi balai polis terdekat untuk membuat pengecaman,” katanya.


Ahad lalu, mayat seorang remaja perempuan OKU yang masih lengkap berpakaian ditemui kira-kira jam 5 petang dengan tangan dan kakinya dikerat dan diisi dalam beg pakaian dan beg kecil sebelum dibuang di kawasan berkenaan.

Beg kecil berisi kaki kiri dan tangan kanan mangsa ditemui dua pemburu haiwan eksotik yang mencari cicak gecko selepas melihat kaki terjuntai dari beg berkenaan lalu menghubungi polis.


sumber : metro

ps : kalau aku jumpe jantan yg bunuh budak nie .. aku kerat2 pulak dia .. buat sop bagi makan anjing2 kat area umah aku .. hurghhhhhhhhhhhhhhh marah nieee !!!
astagfirullahhhhhh ...



4 comments:

  1. ada bc dlm berita smlm
    kesian betul huhuhu

    ReplyDelete
  2. el ~ zalim kann .. walau bukan islam sekalipunn jgnlah buat mangsa mcm tuu huhuhu

    ReplyDelete
  3. camne laa rupa hati org yg membunuh dan mengerat2 ni?? adakah hatinya hitam??

    ReplyDelete
  4. alona ~ lebih hitam dari yg biasa .. takut dia x der hati huhuhhu

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...