Tuesday, December 21, 2010

Ada Yang X Puashati Dengan Kemenangan RAZIF MM

salam semua ..

kasihan dgn pasangan razif MM nie .. dah penat2 pulun berlatih .. kena kecam pulak dengan peserta2 lain .. x puas hati sbb mereka menang .. asal lakkk .. aper kes !!! .. dah kalah buat lah cara dah kalah wehhh .. kowang ingat kowang bagus sgt ker ?? .. hermm pasangan razif nie dah pulun habis2an .. kalau mereka nie dah pro dlm tarian buat ape mereka masuk pertandingan nie .. yg hari2 kena berlatih , bersengkang mata .. sma jer ngan peserta lain kann ..

Nampak sgt yg peserta lain iri hati sbb pasangan ini menang , aku dpt tgk jelas masa pengumuman dibuat bila hampir kesemua peserta wanita meluru ke arah pasangan ARIZ .. dan bukan kepad pasangan RAZIF nie .. apa lahhh .. kalau dh dasar x profesional tuu mcm tulah .. herghhhhhhhh ( emo lah aku nieee heheh )
alah buat x tahu jer RAZIF & ALIA .. akak tetap sokong kowang
dan kowang memang layak !!!!


KUALA LUMPUR, 20 DIS 2010: Sungguhpun nama pasangan Razif telah diumumkan sebagai juara program Mari Menari (MM) musim yang pertama, ada lagi suara yang berbisik tidak berpuas hati dengan kemenangan pasangan yang baru saja 7 bulan menjadi suami isteri.

Malah, ada segelintir peserta MM dikatakan sama sekali tidak menyokong kemenangan itu. Kejadian ini jelas kelihatan pada malam akhir MM yang mana hampir ke semua peserta yang tersingkir awal meluru ke pasangan Ariz yang mendapat tempat kedua.

Apapun, murai.com.my difahamkan kejadian ini sudah pun terjadi sewaktu Razif dan isterinya Alia mengharungi liku-liku hidup sebagai peserta MM. Apa yang pasti, punca ini terjadi disebabkan ramai tidak berpuas hati dengan Alia yang dikhabarkan memiliki kelulusan dalam bidang tarian.

Menjawab segala persoalan ini, Razif atau nama sebenarnya Raziff Abd Rahman, 26 dan isterinya Alia Nadira Ahmad Zubir , 25 atau Alia lebih awal telah menjelaskan hakikat ini sebelum mereka dipilih menjadi juara MM lagi.

"Kami tak mahu salahkan sesiapa dalam hal ini. Namun, sebagai suami Alia, saya ingin perbetulkan startement kak Dita yang telah mengatakan Alia sebagai penari terbaik Aswara. Sebenarnya, Aswara (Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan) tidak pernah mengeluarkan sijil atau diploma yang mengatakan Alia adalah penari terbaik Aswara.

"Apa yang Alia dapat adalah sijil peserta terbaik untuk kursus tarian saja. Itu pun kursus tarian asas. Saya sendiri tak tahu, di mana mereka semua dapat maklumat sebegini. Setahu saya, yang tahu tentang hal ini hanya pihak tertentu saja.

"Saya terkejut selepas mendapat tahu akan hal ini. Apapun, kami tak salah kak Dita atau sesiapa saja. Apa yang kami tahu, semua ini terjadi disebabkan adanya semangat ingin bersaing. Lagipun, kami juga sering mendapat markah tertinggi dari pihak juri," kata Razif.

Mempersetujui apa yang diluahkan suaminya itu, Alia sendiri mengakui bahawa dia hanya tahu cara menari tarian tradisonal saja.

"Saya tak pernah nak kacau hidup orang lain. Saya sendiri tak pernah terfikir mereka sanggup buat sebegini terhadap diri saya. Kalau dah tahu begini jadinya, kami tak payah susah-susah datang uji bakat. Kami masuk pertandingan ini sebab nak sara kehidupan kami yang baru saja berumah tangga.

"Terus-terang , kami hanya target sampai minggu keempat saja. Tapi, Allah berikan kami rezeki yang lebih. Niat kami bukanlah rumah semata-mata. Cukuplah sekadar sampai ke final saja. Kalau ikutkan kami nak bersemuka dengan orang yang buat kami macam ini.

berita penuh DISINI



ps : pada aku lah kalau dah kalah buat ajer lah cara dah kalah .. huhuhu , oh ya pic2 kat gambang aku x dpt nak upload lagi .. lum bawak kuar dari kamera lagi .. ingat mlm tadi leh upload .. sabar yer :))



16 comments:

  1. alaa... sokong razif menang.. kalo dua2 xde chemistry x menjadi jugak kan tarian dia.. oloo.. y satu lg pasangan tu, y kusrus2 tu.. bkn ke penari kebudayaan.. so ni lg pro.. sllau buat persembahan.. y pasangan adik beradik tu pon apa kurangnyer.. ada gak pgalaman dlm dunia pnyiaran cam lakonan ..

    mybe ramai y ingat ariz menang tu.. tu jd g2.. tp lya mula2 tgk.. mmg harap sgt razif menang..

    ReplyDelete
  2. salam dear:)

    mmg tak pernah ikuti program ni..
    cuma semlm kebetulan tertgk ulangannya..mmg nampak peserta meluru pemng ke-2 tuu..tu yg pelik gakk..!!

    Pe2...adab manusia mmglah camtu..ada jekk yg tak puas hati yaa:)

    ReplyDelete
  3. saya pon suke gak pasangan razif tuh... sbb setiap mggu diaorg menari mmg best... ndak2 masa mggu yg jd hantu dan madagascar tuh... mmg meletoplah....

    pasangan fahmi tuh bkn istri dia tuh artis budaya ker???? takde plak org komplen kan???

    fedulikkk aper org nak ckp... yg pasti pasangan razif mmg layak...

    ReplyDelete
  4. Tak kisah layak ke tak layak..dah orang SMS ..terima jerlah dgn redha...bess apa couple ni low profile...I like

    ReplyDelete
  5. biasalah kak...manusia...punya perasaan dengki dan iri hati...lagi pulak adiah yang ditawarkan agak lumayan...

    sabarlah wahai adikadikku...seme ni dugaan...

    kak...selamat pagi...

    ReplyDelete
  6. lieya mase dulu2 yg artis2 join tu lieya tgk jugak laaa...yg kali ni tak tgk pun kak.....huhuhuhu...tapi mmg lumrah la kak....ade jek yg tak puas ati bile kapel ni menang.....masing2 ade peberet kapel kan...

    ReplyDelete
  7. besa la kak...kan depa ada skill dh..so org x pueh ati kan..rezki masing2 betui x...

    ReplyDelete
  8. tak penah tgok MM ni..tp masa minggu yg razif pakai baju putih tu, yg menari lembut2, yg menangis tu, masa tu fra dah suka & target diorg leh menang, skali final mmg menang..mmg diorg ade bakat..

    biasa lah manusia, mn pernah puas..ade je yg tak kena..

    *tkejut jugak, tgok smua org meluru kat yg lagi 1 tu..bg diorg, mgkin tu lah juara sebenar kot...hehe... mcm2 kan

    ReplyDelete
  9. xpernah tgk MM..hihi..tp bg sy rezeki masing² la klu menang tu..apa la slhnya tumpang gembira...ni siap mengata bagai..nmpak sgt dengki..haha...hope psgn ni relek relek je..jgn dilayan mulut org yg xpernah nak wangi dgn kata²..ngee~ ^_^

    ReplyDelete
  10. sypun tgok malam final tu. itupun secara tak sengaja...mmg ramai yg meluru kat pasangan ariz tu. apapun sy mmg sokong pasangan razif tu menang...sbb tarian diorg mmg best malam tu berbanding pasanga ariz...

    ***ntahlah sikap manusia nie. ada je perasaan tak puas hati dan dengki. emmm...harap2 kita dijauhkan sikap2 begini :)

    ReplyDelete
  11. kesian nyer ngan pasangan ni.. mmg dh rezeki nk buat camne.. yg lain kena la terima kemenangan dorang tu..

    biasa la hati org x pernah puas.. huhuhu

    ReplyDelete
  12. suker ngan dorang laki bini ni. mmg gempak kalu bukak langkah. lantak p la ape dorang nak buat dan nak kata, janji dorang dapat kondo mewah tu.

    ReplyDelete
  13. bukan wife si fahmi tu penari ke? takde pulak orang sebut.

    saya suka pasangan razif ni, dorang bagi la rentak apa pun takde nak komplen. based on final mmg patut sgt dorang menang, perfect 10!

    ReplyDelete
  14. lorr...dah abes ke MM nih...
    lama dah miss...huhu

    ReplyDelete
  15. As'salam..

    dia memang layak menang pernah tengok sekali dia beraksi memang mantop..

    p/s: jom tinggalkan detail diri di sinar raudah...

    ReplyDelete
  16. Perasan gak masa.. dah selesai program tuh semua meluru pada Ariz.. Dia org nie dengki..dah rezeki dia org dan dia org buat yg terbaik..so mmg patut menang pun.. :)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...