Wednesday, December 29, 2010

8 Faedah Seks kepada Kesihatan

salam semua ..

haaaaaaaaaaa suke lah tuu baca tajuk jer lajuuu jer tangan tuu nak klik2
hahahhahahah ok2 lahhh nie info menarik nie ... sure tertarik kan ..
aku punn 1st time baca .. ruper2nyaaaaaaaaa banyak kelebihan seks nie .. kita jer yg mungkin x tahu ... ok moh aku sh
are :))


Seks adalah salah satu kurniaan Tuhan yang sememangnya membawa kepada kebaikan jika DIAMALKAN SECARA BETUL. Oleh itu, seks hanya HALAL kepada pasangan yang sudah berKAHWIN. Terdapat beberapa faedah seks kepada kesihatan yang mungkin tidak pernah anda fikirkan.

1) Mengurangkan Berat Badan – Aktiviti seks boleh membakar sebanyak 75-150 kalori setiap setengah jam. Aktiviti seks hampir setara dengan senaman lain seperti yoga (114 kalori setiap setengah jam), menari (129 kalori setiap setengah jam) atau berjalan (153 kalori setiap setengah jam). Seks juga boleh membantu mengekalkan kekuatan otot anda kerana rangsangan seksual dan inzal menyebabkan badan anda mengeluarkan hormon testostron yang salah satu fungsinya ialah untuk membina dan mengekalkan tisu dan otot anda.

2) Tingkatkan Kesihatan Jantung – Bersenam, mengambil makanan yang berkhasiat, mengurangkan pengambilan garam, gula dan lemak merupakan cara untuk mendapatkan jantung yang sihat. Cara lain? Tentulah seks kerana ia merupakan senaman yang meningkatkan nadi serta pengaliran darah. Menurut kajian yang telah dilakukan, aktiviti seks sebanyak 1-2 kali seminggu boleh mengurangkan 2 kali ganda risiko serangan jantung.

3) Membantu Tidur lebih Nyenyak – Jika anda mengalami masalah untuk tidur di waktu malam, ia merupakan petanda anda mengalami tekanan atau stres. Pasangan yang kerap melakukan hubungan seks melaporkan, mereka dapat mengatasi tekanan dengan lebih mudah. Perasaan tenang selepas inzal membantu badan anda untuk berehat sepenuhnya. Berdasarkan laporan penyelidikan, ramai pasangan yang dapat tidur dengan mudah dan nyenyak sepanjang malam selepas melakukan hubungan seks.

4) Meningkatkan Sistem Imunisasi – Pelbagai penyakit yang berkait rapat dengan virus semakin meningkat akhir-akhir ini seperti selsema burung. Seks boleh menjadikan sistem imunisasi anda kuat. Menurut kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Wilkes University, Pennsylvania, individu yang melakukan hubungan seks 1-2 kali seminggu menunjukkan 30% peningkatan antibodi immunoglobulin A yang berfungsi meningkatkan sistem imunisasi. Pelik tapi menarik.

5) Meningkatkan Kesihatan Mental – Hubungan seks dalam keadaan yang HALAL dan penuh KASIH SAYANG! Secara psikologi, seks membantu meningkatkan kesihatan mental kerana intimasi dan kasih sayang yang terlibat membantu mengurangkan tekanan. Hasilnya, paras hormon kortisol akan menurun. Hormon kortisol dikeluarkan oleh badan akibat stres dan ia boleh meningkatkan risiko darah tinggi dan kencing manis.

6) Membantu Melegakan Kesakitan – Anda mungkin menukar penyataan “Malam ni tak boleh. Sakit kepala ni…” kepada “OK, malam ni jugak sebab I sakit kepala”. Menurut pakar kesihatan, seks dapat melegakan kesakitan dengan pengeluaran hormon oksitosin yang merangsang penghasilan endorfin, pelega kesakitan. Betapa besarnya kuasa Tuhan!

7) Membantu Pengawalan Pundi Kencing – Mungkin agak pelik pada pendengaran anda, tapi seks dapat membantu pengawalan otot-otot pundi kencing anda. Pakar seks menyarankan senaman Kegel (kemutan otot pelvic) setiap hari dan sewaktu seks. Senaman ini bukan sahaja boleh meningkatkan rangsangan, tetapi juga menguatkan otot-otot yang terlibat dengan penyakit “incontinence” iaitu kurang pengawalan pundi kencing dan menyebabkan anda “tercicir” sewaktu bersin atau batuk.

8 ) Mencantikkan Kulit – Bolehkah seks menjadikan anda lebih cantik? Sudah tentu! Aktiviti seks akan menggalakkan badan anda mengeluarkan pelbagai hormon yang meningkatkan kesihatan keseluruhan termasuklah kulit anda. Semasa hubungan seks, badan anda kan menghasilkan hormon “dehydroepiandrosterone” yang berfungsi meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesihatan kulit.


info : srikandi mama


ps ; ape nak masak mlm nie ?? huuh ari2 pikir nak masak aper huwaaaaaaa any idea cayunk2 sekalian ... :)




13 comments:

  1. no.1 tu mcm tak jalan jee..hehehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Ieda

    terima kasih info

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. whoaahh..berkobar² nk kawen..pehtu tggu mlm jumaat...hahahahahaha~



    larikkkkk~ =P

    ReplyDelete
  4. ha ha ha...
    yg no 1 tu mcm farra ckp..mcm xjln hu hu

    yg no 2 agaknye la kot sampai member tercungap2 cari nafas he he he...(sesak dada member)

    yg no 3 mmg nyenyak..PENAT beb

    yg no 4 imunisasi ye kak? tp end up bdn lenguh hu hu hu

    yg no 5 org ckp klu isteri gembire dgn presentation mlm tu mesti diorg x bnyk membebel after the course he he he

    yg no 6 lin pun pernah baca fakta yg ni

    yg no 7 ye ke? lin msh gak kdg2 "terkucil" ms bersin yg melampau

    yg no 8 pe kaitannye dgn mencantikkan kulit hu hu hu

    jgn marah ye kak...

    ReplyDelete
  5. til now masih try yang no 1 tu mihahahaha

    ReplyDelete
  6. hi kak ieda...br dpt jenguk sini lg....mmg good info pun psl ni..lg pun kte dh kawin..hehe

    ReplyDelete
  7. farra ~ hehehhe bukan x jalan dikk .. lepas tuu jer lapoor pulakkk hahahha

    ReplyDelete
  8. bro razali ~ u are welcome bro :)

    ReplyDelete
  9. yana ~ aippppppppppp babab kanggg ... ;)

    ReplyDelete
  10. ina ~ adehhh dikk ko nie selalu ada yg ko tak paham .. heheheheheh .. dah full review tuuuu

    ReplyDelete
  11. suze ~ hehehe boleh cuba .. ker x sedar masa tuu hehehe

    ReplyDelete
  12. mia ~ u are welcome dik .. yeeeeeee mia dah kawin leh aar praktikkan .. hehehe selamat berbulan madu dikk .. :))

    ReplyDelete
  13. hehehhe utk eli, semua tu jalan heheheh

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...