Tuesday, November 30, 2010

Ubah Persepsi Anda mengenai AIDS


salam semua

aku google lah mlm tadi .. terbaca pasal cerita budak perempuan yg mendakwa dia anak kepada pemain gitar kumpulan MAY .. betul atau tidak aku x pasti .. tapi aku kesian sbb dia rupanya pengidap AIDS .. aduhhhhh tersentuh jiwa .. kerana keterpaksaan dia mengharungi hidup tuu mungkin memaksa dia membuat pengakuan begitu ..

apakah dosa kanak2 ini .. aku sedih bila membacanyaaa ..




KISAH kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang menghidap AIDS dan mendakwa dia anak pemain gitar kumpulan rock May, minggu lalu, menarik perhatian ramai. Tiada siapa tahu mengapa dia berbuat demikian tetapi secara peribadi penulis mengagak dakwaan itu lahir daripada perasaan rindunya terhadap keluarga, terutama bapanya yang sudah meninggal dunia akibat AIDS.

Ketika membaca kisah kanak-kanak berkenaan, penulis teringat sebuah drama Korea berjudul Thank You yang menceritakan bagaimana seorang kanak-kanak perempuan menjalani hidupnya sebagai penghidap HIV dan ketabahannya berhadapan dengan pelbagai cabaran ekoran stigma masyarakat terhadap penyakit berkenaan.

Di negara kita, walaupun sudah banyak pendedahan mengenai HIV/AIDS sejak 1986, masih ramai yang mempunyai tanggapan salah dan pandangan serong terhadap individu dijangkiti virus HIV. Ramai menyangka HIV dan AIDS adalah masalah orang lain - penagih dadah, pelacur, golongan homoseksual atau individu yang kerap bertukar pasangan dan tidak akan berlaku pada kita. Tanggapan ini perlu diubah kerana kini semakin ramai, terutama golongan remaja yang mengadakan hubungan seks di luar ikatan perkahwinan, dan tidak mustahil salah seorang daripada mereka menjadi pasangan hidup anda, anak atau ahli keluarga anda kelak. Inilah antara sebab bakal pengantin diwajibkan menjalani ujian HIV bagi mengelakkan jangkitan terus berleluasa.


artikel penuh DISINI




aku ada terbaca dan teringatkan kata Puan NORLIANA

Norlina Alawi bersama anak-anak Pernim yang dikasihi umpama anak kandung sendiri Menurut Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (Pernim), Norlina Alawi, sebahagian besar masyarakat gagal memahami situasi kanak-kanak berkenaan yang amat memerlukan perhatian dan kasih sayang untuk membebaskan mereka daripada belenggu perspektif negatif terhadap golongan itu.
‘‘Menjaga anak-anak HIV memang ada cabarannya tersendiri lebih-lebih lagi perlu menitik berat aspek kebersihan dan kesihatan mereka yang sentiasa terdedah kepada penyakit.

‘‘Mereka memerlukan penjagaan khas 24 jam sehari, perlu mengambil ubat apabila tiba masanya dan ada di antara anak-anak ini yang mengalami tekanan sosiol dan mental kesan kehidupan terbiar dahulu,’’ ujarnya.


ps : jgn dihina budak mcm nie .. bukan dia pinta lahir mcm nie .. huhuh sedih2 ... sobx3




No comments:

Post a Comment

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...