Monday, November 8, 2010

Rentung Bersujud


salam semua .. lamanya x update .. :)

bila balik kg mc
m nie lah .. kat kg x der internet mahupun komp ..
huhuhu kalau cuti seminggu .. seminggu lah aku x upd
ate huhhu .. ape2 punn tgh ari nie nak update jugak sbb rasa sedih jer baca berita ari nie ..
baru leh boleh baca berita ..

huhuh dari pagi sampai tgh ari nie kerja banyak sgt ..
sedih sbb mengenangkan kematian seseorang yg begitu trajis sekali .. aku selalu bermohon pada allah , kiranya biarlah aku mati dlm keadaan yg x menyedihkan seperti sakit tua ...

huhuhh
u oklah moh baca berita nie .. kasihan kerana arwah mati berpelukan bersama satu2 nya anak yang dia ada .. ya allahh x dpt aku bayangkan betapa azabnya arwah sewaktu menemui kematiannya .. sakitnya , pasti arwah begitu azab sekali .. bayangkan kita yg kena api sikit jer dah menangis melolong kann .. inikan dijilat api serakusnya .. ya allahhh hanya kau sahaja yg tahu .. :(



arwah leni & anaknya sabihah

BATU PAHAT: “Tolong mak, tolong Nini mak,” itulah jeritan akhir ibu tunggal, Lenny Mariyana Daud, 29, sebelum ditemui rentung dalam kedudukan bersujud sambil memeluk anak tunggalnya, Nur Sabihah Qasreena Mohd Nizam, 3, yang turut maut dalam kebakaran di Kampung Seri Paya Darat, Ayer Hitam di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, Lenny dipercayai hanya sempat menjerit meminta bantuan buat beberapa saat disertai tangisan kuat Sabihah ketika cuba menyelamatkan diri dari biliknya.

Lenny yang bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua hujung tahun ini dipercayai gagal melarikan diri dengan anaknya melalui pintu dan tingkap bilik akibat asap tebal selain api marak.

Melihat api marak selain kesukaran menyelamatkan diri, Lenny dipercayai hanya mampu membongkok seperti bersujud sambil memeluk anaknya sebelum dua beranak itu ditemui rentung di sudut tepi katil oleh anggota Bomba dan Penyelamat, kira-kira jam 4 pagi.

Kakaknya, Ratna Dewi, 35, berkata Lenny pulang ke rumah selepas membawa ibu mereka, Saringatin Jalal, 65, berurut di kampung bersebelahan pada kira-kira jam 12 tengah malam.
“Selepas itu, Lenny membasuh baju dan bersolat sebelum tidur di biliknya pada jam 1 pagi. Kira-kira setengah jam kemudian, ketika berehat di ruang tamu, saya terdengar bunyi hentakan kaki ke lantai.

“Pada mulanya, saya ingatkan dia mengigau dan tidak mengendahkan bunyi berkenaan, namun ia semakin kuat diikuti jeritan Nini meminta tolong serta tangisan anaknya.


“Saya dan ibu bergegas ke bilik dan membuka pintu, namun api marak menyebabkan kami gagal membawa mereka keluar,” katanya di lokasi kejadian, semalam.


Ratna berkata, tidak lama kemudian jeritan meminta tolong dan tangisan anak saudaranya itu tidak lagi kedengaran dan dia terus menjerit meminta enam lagi ahli keluarga yang lain menyelamatkan diri apabila melihat api semakin merebak.


Ratna berkata, abangnya cuba memadamkan api dengan menyimbah air di tingkap bagi membolehkan Lenny terjun menyelamatkan diri, namun api terlalu marak.


Sementara itu, adik bongsu mangsa, Seri Rusidah, 25, berkata, dia hanya sedar berkaitan kejadian apabila terdengar jeritan ibunya mengatakan rumah terbakar.


“Ketika itu saya dan suami, Asaari Mohd Muji, 26, nyenyak tidur sebelum pintu bilik di ketuk ahli keluarga yang meminta kami melarikan diri kerana rumah dijilat api.


“Saya bersama suami terus keluar untuk mendapatkan bantuan, malangnya apabila kembali, rumah sudah hangus manakala kakak serta anaknya gagal diselamatkan.


“Sayu hati kami melihat dua beranak berkenaan rentung dengan arwah kakak dalam keadaan bersujud memeluk arwah Sabihah,” katanya.





ps : tadi call umah .. zahrien ada umah dgn mr hb .. mr hb x gi kerja sbb sakit belakang .. sedih pulak dgr sore dia nangis2 panggil ibu .. ishhhhhhhh sampai muntah2 pulak tuuu huhuh , kalau ikut ati nak balik dahh












17 comments:

  1. ya allah kak.... sedihnyer.... semoga roh arwah dicucuri rahmat aminn

    ReplyDelete
  2. sedihhkan...masa dgr kt berita semalam pun hati dh terdetik...mesti dia keadaan sujud tu sbb nk lindungi anak dia....huhuhhuhuuuhhu

    ReplyDelete
  3. ADUH kak...sayunye lieya.....semoga syurga laa tempat arwah......alfatihah

    ReplyDelete
  4. sedih sgt...sy bc paper td..sedih..dia nk lindung anak dia dr kene api tu..

    ReplyDelete
  5. mesti dia nk protect ank dia sbnrnye..tp ajal di tgn tuhan..siapa boleh tahn dgn asap yg byk..xde oksigen kn..Innalillah~

    ReplyDelete
  6. ieda ~ yaaa dik .. sedih sgt2 .. terbayang2 kan anak akak dirumah dgn hb skrg nie .. :(

    ReplyDelete
  7. ciklinn ~ insyaallah dikk .. kita doakan semoga rohnya tenang disana .. aminnn

    ReplyDelete
  8. ogy ~ aah .. akak baca punn sedih sgt2 .. paling sedih sbb anak tuu pun terkorban .. kalau lah dia tahu dia diselamatkan oleh ibunya .. alangkah sedih dan pilu si kecil ..
    tapi allah menyayangi dia dan ibunya ..
    semoga allah cucuri rahmat keatas rohnya :(

    ReplyDelete
  9. lieya ~ akak doakan mcm tuu jugak lieya .. semoga 2 beranak di tempatnya syurga hendaknya .. aminnn

    ReplyDelete
  10. hanim ~ ya dik .. tapi sayang anaknya juga pergi bersama dia .. :(

    ReplyDelete
  11. yana ~ ya dikk jelas dan nyata dia nak protect anak dia .. bayangkan betapa azabnya dia mengharungi api dan terbakar hangus mcm tuu .. akak selalu terfikir , apakah harapan dan doa dia pada tuhan diwaktu itu .. x dpt bayangkan sewaktu api menjilat tubuh badan ..
    kita yg kena api sikit punn dan menagis mcm nak rak kann .. inikan pula api yg banyak .. huhuh

    ReplyDelete
  12. Kesian..Tak boleh nak bayangkan situasi yang dihadapi oleh lenny disaat kematiannya..tuh..ishh..ngeri kalau kita bayangkan..

    ReplyDelete
  13. rinna ~ aah lah rinna .. tu yg buat ieda sedihh sgt duk bayangkan betapa siksanya dia .. :(

    ReplyDelete
  14. ish mmg weols baca suratkabo pun dah rasa sedih sgt2 kan...

    ReplyDelete
  15. zue ~ ye lah uols :( .. so saddd

    ReplyDelete
  16. al fatihah...sedih baca citer dia semalam kan?

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...