Friday, November 26, 2010

Lidah Paling Mahal Di Dunia


salam semua ..


hermm walaupun aku x daya .. aku teruskan jua mengupdate blog nie ..
dah jadi eddicte sebenarnya aku nie .. bosan jugak duk umah , dari pagi tadi baring jer .. kuar masuk tandas .. last2 aku terjah jugak buat auto publish nie ..
x lah sunyi sgt kann .. aku duk skodeng2 google tadi .. terbaca artikel nie ..
pelikkan lidah nie ada jugak value nya .. hermmmm

moh kita baca .. yg aku tahu keburukan lidah nie banyak .. suke bercakap bohong terutamanya .. x tahu lah pulak di negara luar .. ada istilah dan ada org yg membayar berjuta2 utk LIDAH ...


Peribahasa lama Melayu menyebut, "kerana lidah (mulut) badan binasa" atau "kerana pulut santan binasa" memberikan kita kepada satu ingatan yang tegas. Untuk hidup dalam suasana yang tenteram, aman dan damai, hendaklah diawasi lidah kerana melaluinyalah tutur kata akan menjadi lebih benar, beradab dan bahasanya lebih bersopan.

Sikap suka berbohong bukan sahaja menimbulkan kemarahan orang yang mendengarnya, malah menimbulkan implikasi buruk kepada si pembohong itu sendiri.
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda
bermaksud: "Tidak beriman seseorang itu dengan sempurna sehingga
ditinggalkan pembohongan sama ada semasa senda gurau atau semasa bersengketa atau perbalahan."



dan ini menjadi PELIK




Pemilik restoran Costa Coffee di London sanggup memperuntukkan sehingga £10 juta (RM50 juta) untuk melindungi lidah pekerja yang bertugas sebagai ‘pakar rasa kopi’. Individu yang dimaksudkan ialah Gennaro Pellicia. Tindakan majikannya bukanlah mencari populariti atau mencipta sejarah, sebaliknya menjadi cara penting bagi memastikan lidah pemuda itu sentiasa dalam keadaan baik untuk membolehkan ia mampu membezakan ratusan jenis kopi yang dijual.

Pelliccia bertanggungjawab di atas rasa 108 juta cawan kopi Costa Coffee yang dijual di Britain setiap tahun. Polisinya dengan firma insurans Lloyd’s of London menjadikan lidahnya dua kali lebih berharga dari senyuman bintang Ugly Betty, America Ferrera dan satu persepuluh satu peratus daripada keseluruhan tubuh pemain bola sepak terkenal, David Beckham.

Pelliccia, 34, yang perlu merasa beratus-ratus biji kopi kisar di rangkaian restoran itu di Lambeth, selatan London, juga perlu melakukan pengorbanan berikutan tuntutan kerja uniknya itu. Ini termasuk menjauhi makanan terlalu panas kerana berisiko melecurkan lidahnya. Beliau juga dilarang menikmati kari dalam masa dua hari sebelum musim merasa kerana dibimbangi rempah ratus itu boleh menjejaskan sensitivitinya.

Dengan 5,000 jenis kopi perlu dirasa dan dikelaskan oleh Pelliccia setiap tahun, pegawai atasan Costa memutuskan lidah pemuda itu berbaloi untuk setiap sen yang dikeluarkan. Pengalaman selama 18 tahun membolehkan beliau membezakan antara beribu perisa. Lidah juga membolehkan beliau membezakan sebarang kecacatan, yang membenarkan beliau melindungi dan menjamin campuran Mocha Italia unik Costa.



ps : BUAT TEMAN2 DAN ADIK2 YANG MENDOAKAN KESIHATAN AKAK .. TKASIH X TERHINGGA .. TEMAN ALAM MAYA AMAT BERMAKNA .. TIADA ANDA TIADALAH PENGHIBUR JIWA .. ecehhh bermadah pulak ... BENARRR .. TKASIH KERANA MENGAMBIL BERAT .. BADAN YG PENAT TAPI HATI TERHIBUR .. MUAHHHHHHHHHH :)


18 comments:

  1. ada gk smpi cm tu noh....mcm2...

    ReplyDelete
  2. Salam Ieda,
    Info yg menarik. Tak sangka lak ada kerja cam tu

    ReplyDelete
  3. mahalnya lidah dia...untung dia sbb lidah dia berharga so boleh jd kaya...muaaahhhh kat akak plak....:)

    ReplyDelete
  4. dahsyat sey.......tp ye lah dh keje dia mcm tu kene la diINSURANKAN

    ReplyDelete
  5. salam
    aku pun nak nsurankan semua angota badan kalau gitu

    ReplyDelete
  6. hishhh giler mahal kak dia...

    linn pernah tgok kat discovery channel pasal kerja yg camni.. tiap2 hari rasa beratus2 kopi... ada gak yg rasa beratus rasa wain... huhuhuh

    ReplyDelete
  7. Salam Kak :)

    moga cepat sihat..
    kalau lidah tercela.. akibatnya hancur business dia.. ada gak kurang asam boi tak jaga lidah.. menegur org menyakitkan hati org.. isk ingat dia ja yg betul.. nak tegur xsalah tp ada cara etikanya kan.. akibatnya ramai yg kurang senang dan tak suka akan dia.. ehmm.. kisah benar rakan fb maiza hehe.......

    ReplyDelete
  8. macam2..!
    pe2..moga ieda dah sembuh!:)
    Take care yaa

    ReplyDelete
  9. salam kak:)
    pertama kali singgah sini:)
    salam kenal

    ReplyDelete
  10. zura ~ ada dikkk .. mcm2 hal dunia nie kann :)

    ReplyDelete
  11. kak aidah ~ u are welcome kak :)

    ReplyDelete
  12. hanim ~ heheh aah kan .. kalau jadi mcm dia nie .. mauuuu makan x habis :)

    ReplyDelete
  13. ina ~ aah siap ada insurans tuu yg akak cam x caya hehehe

    ReplyDelete
  14. brutal ~ heheheh silakannn :)

    ReplyDelete
  15. ciklinn ~ aah dikk mahal sgt2 .. tapi cam x der life lah org mcm nie .. dia bukannye leh makan sebarangan .. ada kenikmatan ker idup mcm nie huhuhu

    ReplyDelete
  16. maiza ~ ya dikk yg kita tahu kerana mulut badan binasa .. dan kerana lidah boleh jadi musuh dan sengsara .. jadi yg mana kita pilih .. lebih baik berdiam dari berkata2 ..:)

    ReplyDelete
  17. kak kartini ~ thanx kak .. dah ok dah skrg kak :)

    ReplyDelete
  18. CGG ~ hai dear .. nanti singgah layie yer :)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...